Ada ‘Master’ Ekonomi & Dibesarkan Dengan Didikan Agama Yang Baik, Terpikat Kesederhanaan Isteri Designer Ini!

Terpikat dengan kesederhanaan isteri designer tersohor tanah air ini, Nurul Hidayati Yahaya! Walau suami tercinta iaitu Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil merupakan antara pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini dan dikenali dalam kalangan selebriti dan VVIP namun wanita ini enggan mendabik dada.

Sebaliknya, dia selesa memilih ‘sederhana’ dalam setiap segi kehidupan termasuklah melalui pemakaian mahupun gaya hidup.

Tidak melebih-lebih dalam bergaya, Nurul Hidayati atau mesra disapa Ida menerusi media sosial mendedahkan dia dibesarkan oleh ibu bapa yang sangat menitikberatkan soal agama.

Artikel https://www.nona.my/pilih-nama-assara-untuk-puteri-kesayangan-fila-amir-adama-syukur-impian-jadi-ibu-bapa-dimakbulkan/

Isteri Designer, Nurul Hidayati Yahaya Suri Hati Ruzaini

Dalam posting terdahulu, ibu seorang cahaya mata ini berkongsi kenangan di samping arwah bapa tersayang.

“Mula berhijab since primary school in standard two. Even arwah abah memang garang pasal solat, mengaji semua.”

Allahyarham Haji Yahaya Imam Mohd meninggal dunia pada 16 September 2006. Manakala arwah ibu Iqa pula pulang ke rahmatullah pada 5 Oktober 2020.

Tanggal 1 September lepas, Ida menyambut ulang tahun kelahiran. Bersempena hari lahir, Ruzaini menitipkan ucapan romantis buat suri hati kesayangan.

“Happy birthday, my love. Every day with you is the happiest part of my life. You make me feel safe, loved, and truly appreciated.

I’m so grateful to have you by my side, and my love for you never stops growing. I hope this birthday brings you lots of joy, good health, and everything you’ve been wishing for.

Thank you for being the best partner in my life. I promise I’ll always be here for you, every day and every moment. I love you always.”

Rumah Tangga Nurul Hayati & Ruzaini

Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 5 Februari 2016 dan majlis perkahwinan mereka disambut penuh meriah dengan tema Bollywood dan tradisional Melayu untuk majlis resepsi.

Tanggal 5 Februari lalu genap sembilan tahun Ruzaini Jamil dan Nurul Hidayati Yahaya. Rumah tangga mereka lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata comel, Wan Rahil Wan Mohd Ruzaini yang menginjak usia lima tahun.

Ida juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Share
Published by
Suzi