Seakan tidak percaya, itulah perasaan yang dikongsikan Mira Filzah saat beliau diumumkan sebagai wajah kempen Swarovski Raya 2023. Nona tertarik membaca perkongsian kapsyen Mira Filzah saat diminta memperkenalkan diri sebagai wajah Swarovski untuk Ramadan dan Raya tahun ini.

“Saya hanya seorang gadis berusia 22 tahun bila saya membuat keputusan untuk masuk dunia hiburan dan bekerja sepenuh masa dalam industri ini. Tiada ilmu, tiada teman, hanya berbekalkan doa dan restu mak dan abah.

IKLAN

Fast forward. Here I am.

Pada tahun 2023, berusia 30 tahun, saya di angkat menjadi wajah sebuah jenama antarabangsa. Satu jenama yang cukup besar. Dua orang selebriti hijab yang saya sangat segani dan hormati, pernah menjadi wajah jenama ini. Bila saya di angkat menjadi selebriti berhijab yang ketiga sebagai wajah jenama ini, terdetik dalam hati saya “Adakah aku setanding mereka?”

Another milestone achieved.

Assalamualaikum semua. Syukur, Alhamdulillah. Saya adalah wajah untuk Ramadan dan Raya 2023.” Mira Filzah

Dalam usaha menjelmakan aura glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas dalam masa sama bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri.

“Adakah Aku Setanding Mereka?” Luahan Hati Mira Filzah Diangkat Selebriti Berhijab Ketiga Sebagai Wajah Kempen Swarovski Raya 2023!

 

“Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sambutan.

Inilah masanya untuk bersama insan-insan yang disayangi – tiada yang lebih indah meraikannya selain bersama Swarovski.” Mira Filzah

IKLAN

 

Menyifatkan koleksi Swarovski sebagai ‘Stunning, Dazzling and Elegant’, Mira Filzah tampil manis mengenakan koleksi rantai, cincin dan gelang tangan terbaharu jenama ini.

Seleksi Swarovski untuk Hari Raya 2023 disemarakkan dengan serbaneka warna menyerlah dan rekaan menakjubkan yang tentu sahaja menyentuh perasaan, menikmati keindahan dan kemeriahan bersama. Amat sesuai dan padan sebagai perhiasan diri ataupun sebagai cenderamata.

“Adakah Aku Setanding Mereka?” Luahan Hati Mira Filzah Diangkat Selebriti Berhijab Ketiga Sebagai Wajah Kempen Swarovski Raya 2023!

IKLAN

“Adakah Aku Setanding Mereka?” Luahan Hati Mira Filzah Diangkat Selebriti Berhijab Ketiga Sebagai Wajah Kempen Swarovski Raya 2023!

 

Antara rekaan-rekaan hebat Swarovski sempena Hari Raya 2023 yang menawan untuk dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia.

Tersedia dengan kemasan warna emas dan kemasan rose gold, gubahan-gubahan ini mudah digayakan dan dipadankan agar tampak anggun atau mewah.

Sesuai dengan rona-rona hijau tradisional Ramadan, rumpun Millenia menampilkan gaya-gaya baharu halus dengan Kristal hijau tua.

Manakala bagi rumpun Swan Ikonik pula, swan Swarovski digubah semula dengan kristal hijau pavé segar bercahaya bagai bulan purnama dan berkerdipan laksana bintang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI