Agong Berkenan Tunggang Motosikal Ronda Kampung & Minum Petang Di Gerai ‘Curi’ Jiwa Rakyat

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan rakyat berpisah tiada. Raja berjiwa prihatin.

Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal mengelilingi Kampung Tekek, Pulau Tioman serta menyantuni penduduk kampung tersebut.

Kelihatan begitu ‘humble’ sekali ketika Seri Paduka Baginda menunggang motosikal bersama penduduk kampung.

Malah, penampilan sederhana Seri Paduka Baginda yang berbaju T-shirt polos berkolar turut meraih perhatian.

Memetik perkongsian Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk singgah di sebuah gerai bagi menikmati minum petang di samping beramah mesra dengan para pengunjung.

Turut mengiring, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pusat Bersalin, Klinik Kesihatan Tekek dan berangkat ke majlis jamuan tengah hari bersama rakyat di Pulau Tioman.

Kongsi Foto: Instagram Istana Negara

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share