KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan rakyat berpisah tiada. Raja berjiwa prihatin.
Baru-baru ini, Seri Paduka Baginda berkenan menunggang motosikal mengelilingi Kampung Tekek, Pulau Tioman serta menyantuni penduduk kampung tersebut.
Kelihatan begitu ‘humble’ sekali ketika Seri Paduka Baginda menunggang motosikal bersama penduduk kampung.
Malah, penampilan sederhana Seri Paduka Baginda yang berbaju T-shirt polos berkolar turut meraih perhatian.
Ads
Memetik perkongsian Istana Negara, Seri Paduka Baginda turut berkenan untuk singgah di sebuah gerai bagi menikmati minum petang di samping beramah mesra dengan para pengunjung.
Ads
Turut mengiring, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Ads
Terdahulu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pusat Bersalin, Klinik Kesihatan Tekek dan berangkat ke majlis jamuan tengah hari bersama rakyat di Pulau Tioman.
Kongsi Foto: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekalung tahniah buat pelakon Remy Ishak yang kini bergelar Datuk! Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Rustam pada 25 Ogos lalu.
Dalam istiadat tersebut, suami kepada Roszaliza Yusof ini dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Remy yang segak berbaju Melayu hitam, lengkap bersongkok dan bersamping hadir bersama isteri yang juga usahawan 2morrow.
Menerusi perkongsian di media sosial, Roszaliza atau mesra disapa Ezza anggun dalam persalinan tradisi rona dark blue.
Memetik kenyataan bintang The Secret berkenaan, dia sama sekali tidak menyangka terpilih menerima anugerah yang disifatkan sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira dua dekad lalu.
“Dengan penuh rasa syukur dan hormat, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas kurniaan darjah kebesaran yang diberikan kepada saya oleh Yang Dipertua Negeri Melaka sempena hari ulang tahun ke-75 TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Rustam.
Penganugerahan ini menjadi suntikan semangat kepada saya untuk memberikan lebih banyak sumbangan dalam mengangkat Malaysia, khususnya Melaka ke persada antarabangsa. InshaAllah.”
Sebagai isteri, Ezza tidak ketinggalan menitipkan ucapan syukur dengan kejayaan suami tercinta.
“Terima kasih Datuk Seri Utama Abdul Rauf Yusoh di atas kurniaan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Melaka ke atas kami. Didoakan semoga Melaka terus maju di bawah pimpinan Datuk.”
Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dan baru meraikan ulang tahun perkahwinan ketiga mereka. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki pada 27 Julai 2023 yang diberi nama Tuah Alam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri yang bekerja dapat membantu membangunkan ekonomi keluarga sekaligus meringankan beban suami. Walaupun mencari nafkah bukan kewajiban seorang isteri namun pahala yang diperolehi tak terhitung. Selain pengorbanan itu, seperkara lagi yang tidak harus dilupakan oleh seorang isteri ialah mendoakan suami. Percayalah, di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita yang menyokongnya dari belakang, dialah isteri.
Doa seorang isteri besar kuasanya demi kesejahteraan suami serta menjadi pelindung paling ampuh buat keluarga. Baik atau buruk seorang suami, isteri perlu menerima seadanya. Isteri juga harus lebih kuat salah satunya dengan mendoakan suami dalam aspek kehidupan. Berikut beberapa perkara penting yang perlu ada dalam doa seorang isteri setiap hari.
KOMITMEN
Doakan komitmen suami terhadap perkahwinan agar sentiasa dijauhkan daripada permusuhan, sikap tidak matang dan saling melukai. Berdoalah agar komitmennya terhadap anda tidak pernah goyah walau dilanda bermacam dugaan. Semoga cinta semakin kuat setiap hari dan dijauhkan daripada perceraian.
KARIER
Doakan agar kerjaya suami sentiasa diberkati dan terus sukses. Agar setiap pekerjaan yang dilakukannya diberkati oleh Allah SWT selain dijauhkan dari kemalasan dan diberikan kemampuan untuk terus bekerja demi mencari nafkah buat keluarga. Semoga kewangan dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang betul.
KESIHATAN
Badan yang sihat mahal harganya. Jika suami sakit banyak hal rumah tangga yang akan terjejas. Maka, seorang isteri perlu mendoakan agar suami sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada kecelakaan seperti penyakit mahupun kemalangan.
SIKAP & KESIHATAN MENTAL
Sikap dan mental yang baik akan menjadikan seisi rumah tenang dan bahagia. Doakan agar suami sentiasa mencurahkan kasih sayang, prihatin, sabar, tidak ego, tidak mudah marah, memiliki jiwa yang bersih dan bersyukur seterusnya dijauhkan sikap yang boleh memberikan tekanan dalam rumah tangga.
HUBUNGAN INTIM
Hubungan intim bersama isteri merupakan satu keperluan terpenting bagi seorang suami. Sebagai isteri anda harus peka kerana ia satu hal yang sensitif. Doakan agar suami dapat meluangkan waktu untuk bersama di samping berkongsi perasaan masing-masing secara terbuka. Jagalah nafsu suami agar dijauhkan daripada gejala-gejala negatif seperti kecurangan mahupun pencabulan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahu, dia baru berusia 23 tahun tapi dugaan yang Allah berikan kepadanya sangat besar. Mungkin empunya diri pun tak pernah terlintas akan menghidap penyakit ini. Mahu atau tidak, inilah takdir yang perlu ditempuh Nur Farlena.
Meskipun sukar menerima kenyataan pada awalnya, namun sokongan padu ibu tersayang dan keluarga membuatkan wanita ini cekal melawan sakit.
Apa yang pasti, catatan ‘perjuangan’ Farlena yang dikongsikan di Facebooknya hari ini mendapat perhatian ramai. Rata-rata mereka yang membaca coretan ringkasnya melahirkan reaksi positif.
“Aku baru kerja setahun, tak sah jawatan lagi baru nak rasa pikul tanggungjawab tu ermm dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai 2 bulan. Malam-malam badan panas sangat.
Hujung bulan 12 sakit belakang pulak, X-ray takda apa-apa. Refer Ortho, refer Physio. Aku pergi TCA, aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan. Sakit. Tapi aku masih boleh berjalan. Awal 2018, aku start demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji kat leher. Aku jumpa doctor hospital, doctor kampung pun aku jumpa tapi still sakit. Biji tu pulak makin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.
28/4/2018 aku kerja shift pagi. Masa tu memang tengah semput tapi sr suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motor buruk aku pergi klinik staff. Dekat klinik staff, buat X-ray, ambik darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat… refer medical. Suspek TB pulak. Maka admit wad.
Dekat wad aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum 3 kali, negatif. Ambil biopsy dekat leher, dekat lung (tak dapat-dapat detect juga). Aku dah on ubat Tibi dah, pahit, banyak, tak sedap pulak tu. Last-last ambil biopsy dekat celah paha aku, ambil biji tu. Seminggu lepas tu baru tahu lymphoma.
Eh, sepanjang aku kat wad aku semput, dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate je. Aku kena cucuk sana-sini, dekat belakang, tepi, nak buang air. Bayangkan apa aku rasa? Pleural taping banyak kali. Chest tube aku 3 kali kena. Kiri kanan pulak tu. Sakit, pedih. Nak buat macam manakan, kalau tak aku semput, tak boleh nak bernafas. Seksa weh, aku rasa saat nak hilang nyawa tu macam mana, Allah bagi aku rasa.
23/5/18 diagnos cancer lymphoma, 24/5/18 transfer Hospital Ampang. Petang doctor review kata dah stage 4 . Aku hilang arah masa tu, air mata bertan-tan juga lah. Tengok mak kat sebelah, lagi aku sedih. Lama-lama aku reda, aku cuba lawan.
Sekarang aku dah kemo kali ketiga, inshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan reda. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang je. Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga aku, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun aku macam ni. Doakan aku tau. Panjang lagi perjuangan aku ni. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak bantu aku. Much of love.”
Benar, sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Mungkin ini juga salah satu ‘cara’ Yang Maha Esa menguji hambaNya agar sentiasa mengingati dan mendekatkan diri kepadaNya. Berdoa dan tawakal dengan ketentuan ini. Moga ada sinar hidayah di penghujungnya kelak.
Sumber: Facebook Nur Farlena
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Roslia Maisara KUYPJ mengharumkan nama Malaysia apabila meraih gelaran Outstanding Chef serta 15 pingat di World Chef Championship 2026, membuktikan bakat muda tempatan mampu bersaing di pentas dunia.