Pejam celik pejam celik, berbaki beberapa hari saja lagi untuk meraikan hari kemenangan 1 Syawal. Sebelum tibanya Aidilfitri, apa salahnya jika kita pun mempersiapkan diri untuk tampil lebih menawan dengan wajah glowing berseri-seri walaupun tanpa mekap tebal.
Selain berbaju baru, serlahkan penampilan Hari Raya dengan kulit yang sihat dan glowing. Boleh amalkan tip ini dari sekarang agar hasilnya terlihat menjelang musim perayaan nanti.
1. Sentiasa pakai krim pelembap
Krim pelembap atau moisturizer adalah salah satu produk penjagaan kulit yang paling penting. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa, ketika kita dehidrasi sehingga menampakkan kesan kulit yang kering dan kusam.
Pastikan anda memakai krim pelembap kerana ia bagaikan ‘suntikan’ air pada kulit. Gunakan yang sesuai jenis kulit selepas mencuci muka.
2. Minum banyak air dan makan buah-buahan
Ads
Sambil menikmati hidangan kegemaran, jangan lupa untuk menikmati buah-buahan, sayuran dan minum banyak air untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Minumlah air secukupnya ketika bersahur dan berbuka supaya kelembapan kulit terjaga selama berpuasa.
Selain itu, amalkan buah dan sayur yang mengandung vitamin A, B2, C, D, dan E yang membantu kulit terlihat cerah dan sihat. Buah-buahan seperti mangga, limau, tembikai, pisang dan kurma bagus untuk menyerikan kulit dari dalam.
Ads
3. Gunakan sabun wajah yang lembut
Lupakan sabun yang bersifat pengelupasan. Pilihlah sabun daripada bahan-bahan yang lembut dan tidak menyebabkan kerengsaan. Ketika kulit sihat, wajah akan terlihat cerah dan bebas kusam.
Pastikan anda mencuci muka dengan sabun wajah sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan malam hari. Ia boleh membantu membersihkan kulit dari radikal bebas dengan aman.
Ads
4. Pakai sunscreen walaupun di dalam rumah
Radiasi sinar UV tetap mampu menembusi jendela, itulah sebabnya anda sangat disarankan untuk memakai sunscreen meskipun berada di dalam rumah atau memandu pulang ke kampung halaman.
Kulit yang terlindung dengan baik daripada radiasi sinar UV akan tampak lebih sihat, glowing, dan terhindar daripada penuaan pra-matang.
5. Pilih mekap dengan kemasan glowing
Agar kulit tampak cerah dan glowing, pilihlah produk mekap dengan hasil akhir glowing. Pakai foundation dengan hasil akhir yang dewy. Jika anda hanya memiliki foundation dengan kemasan matte, campurkan foundation dengan face oil.
Anda juga boleh memilih pemerah pipi yang mengandungi highlighter di dalamnya, untuk membuat pipi kelihatan lebih bersinar. Jangan lupa akhiri dengan setting spray supaya mekap tahan lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertemu Datin Mas Anizan di majlis resepsi anak sulungnya baru-baru ini membuatkan ramai tetamu kagum dengan kecantikan yang dimiliki. Mana tidaknya, tahun ini Datin Mas Anizan bakal meniti usia 50 tahun. Walau cecah usia separuh abad, personaliti ini masih jelita dan langsing!
Memiliki raut wajah lembut, mesra dan berbudi bahasa membuatkan Datin Mas Anizan disenangi rakan-rakan artis. Bahkan, pelakon era 90an ini masih diterima baik masyarakat dan menerima tawaran berlakon hingga ke hari ini. Apatah lagi anak-anak Datin Mas pun sudah besar.
Masih ingat lagi pesona pemilik nama Mas Anizan Mohd Shahid ini ketika sesi fotografi penghias muka depan Nona suatu ketika dulu. Ternyata dia seorang wanita yang mudah didekati, ramah dan cukup menjaga tutur kata.
Kredit Instagram @makeupbydeqshaKredit Instagram @masanizan1Kredit Instagram @masanizan1Kredit Instagram @masanizan1
Sering berkongsi aktiviti dan perkembangan diri di media sosial, salah satu hantaran Datin Mas Anizan di Instagram sewaktu hari lahir ibunda tersayang menarik perhatian ramai.
Melihat wajah ibunya, jelas membuktikan aktres ini mewarisi kecantikan dan kejelitaan ibunda tersayang. Terserlah ibu dan anak ini berkongsi bentuk wajah, hidung mancung dan sepasang mata yang cantik!
Berkongsi amalan kecantikan kepada Nona, Datin Mas Anizan dalam nada rendah diri berkata, “Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.
Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Kredit Instagram @masanizan1Kredit Instagram @masanizan1Kredit Instagram @masanizan1
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, ini jawapan jujur Datin Mas Anizan. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah.
Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Kredit Instagram @sheila_mohamadKredit Instagram @masanizan1Kredit Instagram @masanizan1
Datin Mas Anizan sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Allahyarham Datuk Ali Bapoo pada tahun 1993 dan dikurniakan dua anak iaitu Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel.
Menerusi perkahwinan kedua, Datin Mas mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ariana Marissa yang kini berusia lapan tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan bra umpama ‘sahabat baik’ yang tidak dapat dipisahkan. Pakaian dalam wanita ini sebenarnya membantu membentuk payudara. Namun kebanyakan kaum Hawa seringkali salah memilih ukuran bra sehingga boleh mengancam kesihatan.
Murah atau mahal bukanlah persoalan. Apa yang penting keselesaan dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap aset berharga ini. Menurut pakar kesihatan, seorang wanita tidak seharusnya memakai bra dalam tempoh yang agak lama.
TAHU WAKTU TIDAK PERLU MEMAKAI BRA
Anda perlu tahu waktu yang sesuai untuk tidak memakai bra ialah pada waktu tidur. Namun, ada juga wanita yang tidak memakai bra sehingga beberapa jam sebelum atau selepas tidur. Ini adalah baik untuk aliran di bahagian payudara.
GUNAKAN PAKAIAN YANG BETUL
Pakaian yang disarankan ketika anda tidak memakai bra adalah pakaian yang longgar dengan warna yang gelap dan tebal. Elakkan menggunakan pakaian berwarna putih kerana ia boleh menyerlahkan bentuk payudara anda.
URUTAN
Ini perlu untuk anda menjaga aliran darah agar berjalan dengan lancar. Urutan ini juga penting untuk anda yang sering menggunakan bra atau pakaian yang ketat.
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Anda boleh melakukan pemeriksaan sendiri ketika tidak memakai bra. Keadaan ini membantu anda untuk mengesan benjolan di bahagian payudara. Jangan takut untuk melakukannya kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawatnya.
DUDUK TEGAK
Ketika anda tidak memakai bra pastikan anda berada dalam postur duduk dan berdiri yang biasa anda lakukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Julia Farhana Marin selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 14 Disember lalu. Selebriti cantik ini memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan mereka di laman Instagram hari ini selepas seminggu bergelar pasangan suami isteri.
Menurutnya, majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dah hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Assalamualaikum everyone,
I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement. We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody.
Nanti bila official photos are ready we will share ☺️
Ditanya detik perkenalan mereka, Julia berkata, dia mengenali bakal suaminya yang juga duda anak satu itu menerusi ibunya.
“Ibu sudah lama kenal dan memang berkenan menjadikannya sebagai menantu. Saya pula sebenarnya, belum merancang untuk menamatkan zaman solo kerana gembira dengan kehidupan yang sibuk berlakon dan menyambung pelajaran.
“Tetapi, setelah mengenalinya, dia sebenarnya okey, selain berbudi bahasa, baik hati, matang dan senang dibawa berbincang. Bagi saya, dia calon yang sesuai untuk dijadikan suami.
“Bukan mudah untuk mendapat pasangan yang benar-benar faham kesibukan saya. Apatah lagi, saya masih dalam fasa permulaan membina kerjaya. Tetapi, apabila mengenalinya, saya bersetuju dengan pilihan ibu,” katanya memetik Utusan.
Pasangan pengantin baharu juga dikatakan sedang berbulan madu di Indonesia sebaik sahaja selesai majlis akad nikah baru-baru ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!