Soal kecantikan dan penampilan diri sememangnya menjadi antara keutamaan yang diberi perhatian khusus oleh wanita. Atas platform tersebut, Nu Skin Malaysia  bekerjasama dengan majalah NONA menganjurkan majlis jamuan teh  bertemakan Woman Empowerement bertempat di Element Kuala Lumpur baru-baru ini. Seramai 30 tetamu jemputan terdiri dari VIP dan pembaca setia majalah NONA diundang untuk mempelajari tentang keistimewaan produk Nu Skin yang telah berada di pasaran sejak tahun 1984 lagi. Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran penyanyi Noryn Aziz dan usahawan Mawar Karim yang turut sama berminat untuk mengetahui tentang kelebihan serta keistimewaan produk Nu Skin ini.

Prihatin Soal Kecantikan, NU SKIN X NONA Beri Dimensi Baharu Penjagaan Wajah

Majlis santai pada petang tersebut dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Editor Pengurusan majalah NONA, Kiffy Razak diikuti ucapan  alu-aluan dari Pengurus Komunikasi, Cik Ng Mei Ling.  Usai sesi pengenalan, para jemputan tidak sabar-sabar menunggu sesi demonstrasi penggunaan produk Nu Skin yang dipersembahkan oleh Product Trainer Nu Skin, Cik Sapura. Sepanjang sesi demonstrasi produk, para jemputan diberi peluang untuk mencuba secara hands on produk yang terdapat di Nu Skin antaranya termasuklah ageLOC Galvanic Spa, ageLOC LumiSpa dan sebagainya. Para jemputan teruja dengan pelbagai produk rawatan wajah yang terdapat di Nu Skin dan berpeluang untuk mencuba beberapa star prdouk keluaran Nu Skin.

Prihatin Soal Kecantikan, NU SKIN X NONA Beri Dimensi Baharu Penjagaan Wajah

Usai sesi demonstrasi produk Nu Skin, satu sesi santai berupa gubahan bunga pula mengambil tempat di mana Flora By Shayra pula mengambil tempat untuk berkongsi beberapa tips menggubah bunga yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Sebagai highlight untuk majlis tersebut, dua personaliti iaitu Mawar Karim dan Noryn Aziz diundang untuk sama-sama menggubah bunga untuk hiasan meja dan gelagat kedua-dua personaliti amat mencuit hati kerana masing-masing mengakui kurang arif mengenai gubahan bunga.

Prihatin Soal Kecantikan, NU SKIN X NONA Beri Dimensi Baharu Penjagaan Wajah

Majlis santai pada petang tersebut diakhiri dengan jamuan hi tea dengan pelbagai hidangan enak yang disediakan oleh Hotel Element Kuala Lumpur. Semoga para jemputan NONAX Nu Skin mendapat pelbagai manfaat sepanjang sesi pengenalan produk untuk memastikan kecantikan terus diberi keutamaan walaupun faktor usia semakin bertambah!

Prihatin Soal Kecantikan, NU SKIN X NONA Beri Dimensi Baharu Penjagaan Wajah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI