Air, Bukan Sekadar Penghilang Dahaga Tapi KUASA UTAMA Kecantikan. Mengapa?

Saban hari, teknologi kecantikan berkembang bagai tiada kesudahan. Perkembangan ini boleh dilihat dari segi positif dan ada juga negatifnya. Secara positif, pengguna dapat membuat pilihan terbaik untuk kulit mereka tetapi di sebaliknya, pengguna juga terdedah kepada risiko penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Biar bagaimanapun caranya, percayalah… Air boleh menjadi medium kecantikan semula jadi untuk anda.

  1. Penghidrat terbaik kulit
  • Hanya ada satu sahaja yang boleh dikatakan mengenai air. Kulit amat memerlukan air untuk memelihara kelembapan. Air juga memastikan kulit wajah lebih halus, anjal dan bersih. Penjagaan kulit wajah amat penting terutamanya pada anda yang sering menaiki pesawat dan berada dalam persekitaran berhawa dingin. Namun, kekerapan mencuci wajah juga akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan dan menjadi kering.
  • Bawa semburan pelembap seperti Evian dan semburkan pada wajah pada bila-bila masa yang diperlukan.

  1. Air penghalang penuaan
  • Kadar elastik wajah dipertingkatkan dengan air kerana ia juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan. apabila sistem dalaman anda berfungsi dengan baik, ia akan terpancar pada wajah. Minum air putih secukupnya agar ia mampu ‘berbaik’ dengan sistem dalam badan.
  • Jauhkan diri daripada pengambilan kafein. Setiap cawan kafein akan menyebabkan anda perlu minum tambahan lapan gelas air sehari!

 

  1. Jerawat berkurangan
  • Jerawat mula timbul apabila pori pada wajah anda dilitupi dengan toksin yang tidak keluar dari badan. Pengambilan air putih pada kadar tertentu seperti lapan gelas sehari boleh menyingkirkan toksin dan memastikan buah pinggang dan hati berfungsi lebih baik.

  1. Selamat tinggal bibir kering!
  • Kesibukan kerja boleh membuatkan anda terlupa untuk minum air putih secukupnya. Cuaca panas dan lembap yang dirasai di negara kita boleh membuatkan badan kekurangan air apalagi sekiranya anda tergolong di dalam golongan wanita yang bekerja di laur pejabat. Bibir yang lembap dan mungil boleh didapati dengan mudah, hanya perbanyakan minum air putih!

  1. Renang untuk kecantikan kulit
  • Sukan renang boleh menguatkan otot manakala lap training pula menguatkan jantung anda. Berita baiknya, senaman melibatkan air seperti renang membolehkan kulit sentiasa lembap dan kelihatan cantik dan halus.

 

  1. Kurangkan bau mulut
  • Mungkin anda merasakan bau mulut bukan penilaian kecantikan seseorang. Tetapi percayalah, jika mulut anda berbau, secantik mana sekalipun anda pastinya akan membantutkan kecantikan yang anda miliki. Pengambilan air putih yang cukup menggalakkan pengeluaran air liur dan pada masa sama membersihkan mulut anda.

  1. Nafas baru untuk kulit dan tubuh!
  • Sementelah produk kecantikan kulit menjalankan kerja-kerjanya memperbaiki kulit wajah, air putih juga berfungsi membaiki sel kulit mati. Tubuh kita mengandungi 70 peratus air. Jika sel mula dehidrasi, ia akan mengganggu keseluruhan sistem dalam badan.

  1. Rawatan asas air
  • Rawatan berasaskan air banyak digunakan di spa serata dunia, meninggalkan memori kepada kita bahawa air membantu mencantikkan kulit juga memberi ketenangan. Antara water spa yang sering ditawarkan adalah dan mandian jacuzzi. Berada di dalam air terlalu lama boleh menyebabkan kulit kering, atasinya dengan sapuan losen badan.

  1. Kawal berat badan
  • Saat anda terasa lapar walaupun di tengah-tengah amalan, minum segelas atau dua gelas air suam ataupun jua buah-buahan agar terhindar dari pengambilan makanan yang lebih berat. Apabila berat badan terkawal, wajah pula kelihatan lebih ceria dan cantik!

IKLAN
Share