
Jika dulu hotel Burj Al Arab yang dilapisi emas 22 karat dikatakan sebagai destinasi penginapan termewah di dunia, kini Vietnam pula membuka pintu hotel Dolce Hanoi Golden Lake terbaharu, yang ‘lebih hebat’ disalut emas 24 karat.
Selepas 11 tahun dibina, hotel lima bintang pertama bersalut emas 24 karat di Vietnam akhirnya membuka pintu. Walaupun kita masih belum diberi kebenaran untuk keluar negeri, apa salahnya cuci mata kan? Mana tahu boleh ke sana selepas pandemik berakhir nanti?
Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi bangunan setinggi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.
Jadi dah sedia nak ‘berurusan’ dengan sinki dan mangkuk tandas dari jenis emas 24 karat? Apa pula rasanya berendam dalam tab mandi emas tu?
DALAM KEMAMPUAN
Penginapan di hotel unik ini ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam. Ia dibina di Tasik Giang Vo serta turut menyediakan unit apartmen berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.
Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama ‘American Wyndham Hotels’. Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).
Beratnya Amanah TANGGUNG DOSA Isteri, Baca 8 Nasihat Rasulullah SAW Ini Buat Semua Lelaki Bernama Suami

Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan daripada seorang lelaki.
Setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Seorang suami yang bertanggungjawab pula akan cuba memahami sikap dan tabiat isterinya, kemudian berusaha pula menasihati dan membaiki segala kekurangan yang dimiliki oleh si isteri yang tercinta. Tapi bagaimana caranya?
Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W ada menasihatkan para suami tentang beberapa perkara. Ayuh renung semula dan amalkan dalam rumah tangga kita!
(1) Tidak Membenci Pasangan Yang Beriman
Dalam melayari alam rumah tangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami.
Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang terbenci dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.” Hadis Riwayat Muslim
Walaupun ada satu sikap isteri yang kurang disenangi oleh para suami, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.
(2) Menghormati Kaum Wanita
Muawiyah R.A berkata:
“Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.” Hadis Riwayat Abu Daud
Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri. Rasulullah S.A.W sendiri amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia.
(3) Memaklumkan Kepulangan Kepada Isteri Di Rumah
Anas R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Janganlah kalian mengetuk pintu isterimu di malam hari.”
Dalam riwayat lain, Rasulullah S.A.W menegaskan larangan tersebut supaya para isteri yang ditinggalkan itu dapat membuat persiapan dengan merapikan dirinya bagi menyambut kepulangan suami masing-masing.
Ada benarnya gesaan seperti ini kerana apabila para isteri tidak dimaklumkan tentang kepulangan suami lebih awal, dibimbangi isteri yang berada di rumah dalam keadaan yang kurang menyenangkan seperti baju berbau busuk, tidak mandi lagi, rumah berselerakan, makanan tidak dimasak dan sebagainya.
Lalu, apabila situasi tersebut berlaku sejurus suami pulang ke rumah, sudah pasti akan mematikan mood si suami yang letih dan mahu beristirahat di rumah. Bahkan, lebih parah apabila keadaan ini akan menimbulkan pula kebencian di hati suami terhadap isteri yang sudah pasti akan memberi kesan terhadap institusi keluarga yang dibina.
(4) Memberi Nafkah Kepada Keluarga
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.” Hadis Riwayat Bukhari
Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.
(5) Menjaga Rahsia Suami Isteri
Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya manusia paling buruk tempatnya di sisi Allah S.W.T pada hari kiamat adalah suami yang mendatangi isterinya dan isterinya mendatanginya (berhubungan intim) lalu dia sebarkan rahsianya.” Hadis Riwayat Muslim
Menerusi hadis ini dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan sebaran rahsia tersebut adalah hal yang berlaku antara suami isteri di tempat tidur. Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci.
Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal hubungan kelamin kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya.
(6) Perintahkan Ahli Keluarga Untuk Solat
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.” Surah Taha : 132
Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititik beratkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar.
Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.
(7) Tidak Meninggalkan Isteri Terlalu Lama
Aisyah R.A meriwayatkan:
“Apabila Rasulullah S.A.W hendak melakukan perjalanan, Baginda akan mengundi isteri-isterinya dan siapa yang namanya keluar, maka dialah yang akan menemani Baginda S.A.W dalam perjalanan.” Hadis Riwayat Tirmizi
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W juga tidak akan meninggalkan isterinya sekalipun ketika berjihad. Baginda akan melakukan undian dan memastikan salah seorang daripada mereka akan ikut serta.
Ini kerana meninggalkan isteri dalam tempoh masa yang lama dibimbangi akan melunturkan rasa kasih seterusnya menjadikan sesebuah perhubungan itu rapuh dan mudah ditiup angin. Akibatnya, perceraian juga akan mudah berlaku.
(8) Tidak Membawa Perkara Yang Bertentangan Masuk Ke Dalam Rumah
Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan).” Muttafaqun Alaih
Bagi mewujudkan rumah tangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititik beratkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing.
Gantikanlah hal tersebut dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan Al-Quran.
Diharapkan perkongsian ini akan dapat memberi panduan kepada umat Islam terutamanya para suami yang mengemudi bahtera rumah tangga masing-masing. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Tazkirah
Bimbang Anak Letih Masa Ramadan, Perkongsian Marion Caunter Didik Anak Puasa Jadi Perhatian & Dipuji!

Kagum dengan kesungguhan Marion Caunter sebagai ibu yang mendidik anak-anak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Meskipun anak masih kecil, dia berusaha mendedahkan mereka terhadap kewajiban tersebut dengan cara tidak memaksa.
Apatah lagi, anak-anak masih kecil dan belum mencapai usia matang.
Mengakui ada ketika dia diselubungi rasa bimbang apabila anak gadis yang kini berusia 12 tahun mampu berpuasa penuh akan keletihan selepas melakukan pelbagai aktiviti di sekolah, namun jauh di sudut hati jelitawan ini, dia bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Leia.



Berkongsi kegigihan anak-anak sepanjang berpuasa di bulan Ramadan, perkongsian terbuka Marion yang meminta pendapat followers untuk mendidik anaknya berpuasa nyata mendapat perhatian.
“Another year, another Ramadan with my babies who are growing up very quickly. Each year presents different and new challenges with parenting. Leia is turning 12 this year and she has now decided on her very own to fully fast.
I have to admit, I worry about her in school with all the activities she has going on which she still wants to be part of, but she’s rather adamant on not breaking her fast.
Lana and Liam say they want to on weekend but they don’t usually follow through. We tell them that they can try, but only if they want to and are able.”
Sebagai wanita yang bukan dilahirkan Islam, pastinya ada 1001 pertanyaan yang bermain di fikiran Marion berhubung ibadah puasa.





“I’m a convert, so I naturally have a ton of questions. As far as I know, kids don’t need to fast until the reach puberty, so without judgement whatsoever, when did most of you guys start fully fasting and parents, when do you encourage your kids to do so?”
Pertanyaan Marion mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata mereka mendidik anak-anak berpuasa sekitar usia enam ke lapan tahun.
Marion berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 13 tahun bergelar isteri, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Leia, Lana dan Liam.
Ketika Ramadan, keluarga ini juga meneruskan aktiviti dengan berkongsi rezeki dan berbuka puasa bersama golongan kurang berkemampuan. Terbaharu, Marion dan suami serta anak-anak berkesempatan meluangkan masa iftar bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Malaysia.
Ada 3 Anak Kacukan Inggeris-Melayu, Datin Azila Caramella Konsisten Jaga Kecantikan Sejak Umur 15

Melihat penampilan pemilik Caramel Fashion Scarves ini macam tak percaya sudah memiliki tiga orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja. Datin Azila Caramella sentiasa tampil sofistikated, versatil dan berani sementelah pula pemilihan jenama yang bukan calang-calang.

Wanita kelahiran Taiping, Perak ini rupanya mula menjaga kecantikannya sejak usia 15 tahun lagi. Menurut isteri kepada usahawan berjaya, Datuk Marco Caramella ini selain daripada pengambilan vitamin sebagai penambah tenaga, beliau juga mengamalkan pengambilan jamu sejak usia remaja.


“Saya dah mula amalkan jamu sejak usia 15 tahun lagi. Dari dulu saya suka dengar nasihat orang tua-tua agar menjaga kecantikan dalaman dengan makan jamu. Ketika itu saya masih ingat lagi saya mula makan jamu untuk remaja keluaran Mustika Ratu. Sehingga kini saya masih mengamalkan jamu tetapi selaras dengan peningkatan usia,” tutur ibu kepada Luca Caramella, Lucia Caramella dan Luna Caramella.

Bersuamikan lelaki kacukan Inggeris-Itali bukan bermaksud wanita tinggi lampai ini melupakan petua tradisional. “Memang benar, saya patuh dengan amalan berpantang tradisional selepas melahirkan ketiga-tiga anak kami. Pada saya amalan berpantang sangat penting untuk mengekalkan kecantikan dalaman seorang wanita,” terang Datin Azila yang mengamalkan pengambilan vitamin Berocca bersama secawan lemon panas semasa perut kosong setiap pagi sebaik bangun dari tidur.

Datin Azila Caramella wanita yang tidak betah duduk ‘goyang kaki’ walau mampu bersenang-lenang dengan segala-galanya. Menyingkap tentang bisnes skarf yang diusahakan, Datin Azila benar-benar telah bersedia sebelum menceburi bidang perniagaan fesyen ini. “Sebelum ini, saya aktif berkecimpung dalam perniagaan suami. Hinggalah suatu hari, tergerak hati ini mahu memiliki bisnes sendiri.

Jadi saya mulakan research, bertahun-tahun juga meneliti prospek, kaji market dan cita rasa pelanggan. Akhirnya selepas yakin dengan potensi dan permintaan skarf yang tinggi, lahirlah Caramel Fashion Scarves yang tidak khusus untuk hijabi semata-mata, tapi untuk semua lapisan peminat fesyen umumnya,” cerita Datin Azila.

Melihat sendiri keindahan deretan skarf yang tergantung di rak Caramel Fashion Scarves di Mytown, Cheras, jelas menggambarkan keperibadian Datin Azila yang tersendiri. Patutlah rekaan yang dipertaruhkan bercita rasa tinggi kerana Datin Azila pernah mendalami bidang couture di Paris selepas tamat pengajian dalam bidang Rekaan Fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
dah ready nak tunggu 12.12