Akhirnya Dibuka, Inilah Kehebatan Hotel Bersepuh Emas 24 Karat Pertama Di Dunia!

Jika dulu hotel Burj Al Arab yang dilapisi emas 22 karat dikatakan sebagai destinasi penginapan termewah di dunia, kini Vietnam pula membuka pintu hotel Dolce Hanoi Golden Lake terbaharu, yang ‘lebih hebat’ disalut emas 24 karat.

Selepas 11 tahun dibina, hotel lima bintang pertama bersalut emas 24 karat di Vietnam akhirnya membuka pintu. Walaupun kita masih belum diberi kebenaran untuk keluar negeri, apa salahnya cuci mata kan? Mana tahu boleh ke sana selepas pandemik berakhir nanti?

Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi bangunan setinggi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.

Jadi dah sedia nak ‘berurusan’ dengan sinki dan mangkuk tandas dari jenis emas 24 karat? Apa pula rasanya berendam dalam tab mandi emas tu?

DALAM KEMAMPUAN

Penginapan di hotel unik ini ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam. Ia dibina di Tasik Giang Vo serta turut menyediakan unit apartmen berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.

Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama ‘American Wyndham Hotels’. Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).

IKLAN
Share