Perjalanan menaiki pesawat penerbangan untuk berjam-jam lamanya mungkin bukan suatu kisah menarik apabila banyak laporan perubatan menyiarkan kes ‘sakit kaki’, atau lebih dikenali Sindrom Kelas Ekonomi.

Fenomena yang sama turut menimpa mereka yang duduk terlalu lama di depan komputer, atau bekerja tanpa henti di atas kerusi. Tanpa disedari, insiden yang disangka biasa ini rupanya simptom-simptom Venous Thromboembolism (VTE) atau gejala pembekuan darah yang menyebabkan salur pembuluh darah di bahagian betis, peha dan pelvis tersumbat.

IKLAN

Penyakit ini biasanya terjadi di bahagian kaki akibat pesakit tidak menggerakkannya atau kes darah membeku lebih cepat daripada kebiasaannya (hypercoagulability).

Darah sepatutnya mengalir untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh, tetapi jika perjalanannya tersekat atau tidak lancar, darah berpotensi untuk membeku, sekaligus menyukarkan ia dipam ke paru-paru.

Mengapa Thrombosis Berbahaya?

Akibat Duduk Terlalu Lama, Darah Boleh Membeku & Kaki Susah Digerakkan. PENUMPANG PESAWAT Paling Kerap Kena!

Darah akan kembali ke jantung kerana otot-otot tubuh yang besar menekan salur darah ketika kita melakukan aktiviti normal dari gerakan tubuh. Pembekuan darah (thrombus) di dalam salur darah kaki sebenarnya tidak berbahaya, tetapi situasi akan mengancam nyawa apabila VTE (ketulan darah beku) menyumbat arteri.

VTE terbahagi kepada Deep Vein Thrombosis (DVT) iaitu situasi darah beku merosakkan saraf kaki; dan Pulmonary Embolism (PE) iaitu darah beku terlepas melalui jantung ke paru-paru, lalu menyekat peredaran darah di situ.

Risiko VTE sukar dikenalpasti sehingga ia dikesan sudah terlewat. Tanpa terapi pencegahan, lebih dari 60% pesakit yang menjalani pembedahan ortopedik boleh mendapat VTE. Sehingga kini, Amerika Syarikat melaporkan lebih daripada dua juta kes VTE dengan 60,000 daripadanya gagal diselamatkan. Sementara di England, kes pembekuan darah membunuh 25,000 orang setahun.

FAKTOR RISIKO

  • Usia lanjut
  • Obesiti melebihi BMI >30
  • Tidak bergerak dari katil (lebih 4 hari)
  • Kehamilan (termasuk 6-8 minggu selepas melahirkan)
  • Pengambilan dos estrogen/pil perancang yang tinggi
  • Pernah menghidapi DVT atau PE
  • Genetik
  • Thrombophilia
  • Melakukan surgeri di bahagian pelvis, pinggul atau anggota bawah badan
  • Pernah melakukan ‘replacement’ pinggul atau lutut
  • Malignancy (sebarang pembedahan di abdomen)
  • Kegagalan hati
  • Jangkitan
  • Penyakit radang usus
  • Otot tidak berfungsi
  • Sindrom nefrotik (air kencing berprotein, tinggi kolestrol dan bengkak)

SIMPTOM

IKLAN

Ramai yang bertanya, mengapa VTE banyak terjadi di bahagian bawah kaki (lower leg)? Ini kerana bahagian itu lebih terdedah kepada trauma atau aktiviti berat, dan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa disedari.

Perhatikan simptom-simptom VTE ini untuk pencegahan awal:

  1. Cepat penat dan mengah
  2. Kerap sakit dada dan batuk
  3. Denyutan nadi yang laju
  4. Sering lemah di bahagian kaki
  5. Kurang selera makan
  6. Nafas pendek samada dalam keadaan rehat atau aktif

PENCEGAHAN

Akibat Duduk Terlalu Lama, Darah Boleh Membeku & Kaki Susah Digerakkan. PENUMPANG PESAWAT Paling Kerap Kena!

IKLAN
  • Menggunakan compression stockings untuk perjalanan jarak jauh. Ia mampu mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah, mencengkam kulit dan mengempiskan saraf supaya darah tidak bertakung.
  • Perbanyakkan gerakan terutamanya di bahagian kaki (dan selepas surgeri).
  • Elakkan meminum ais dan biasakan mengambil air panas.
  • Elakkan memasang hawa dingin sehingga suhu terlalu sejuk.

RAWATAN

Pesakit VTE biasanya akan dirawat dengan ubat-ubatan untuk menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin atau warfarin. Ia juga membantu untuk mencegah darah beku sedia ada daripada membesar dan menghalang pembentukan darah beku yang baru.

Menerusi Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia, pelbagai pendekatan rawatan disyorkan untuk mencegah VTE, antaranya Primary Prophylaxis iaitu panduan penggunaan ubat-ubatan atau pengubatan mekanikal.

Primary Prophylaxis boleh diamalkan di klinik kerana pencegahan lebih baik berbanding kesan rawatan VTE itu sendiri. Ia lebih selamat, mudah dikendalikan, kos berpatutan, dan menggalakkan kepatuhan di antara pesakit, doktor dan jururawat.

Panduan ini mengesyorkan agar rawatan dimulakan sebaik pesakit pulih daripada surgeri dan disambung sehingga mereka benar-benar mampu bergerak sendiri. Durasi minimum ialah lima hari atau sehingga pesakit keluar dari hospital.

Selain itu, terdapat juga pelbagai rawatan terapi lain seperti penggunaan aspirin, ‘low molecular weight heparin’, ‘synthetic antithrombotic agents’ dan warfarin. Rosmah Idayu Abu Samah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI