Aktres & Atlet Pencak Silat, PRISIA NASUTION Kongsi Rahsia Kulit Sihat

Aktres Indonesia terkenal, Prisia Nasution antara yang memiliki kecantikan asli. Biarpun tanpa secalit solekan di wajah, kecantikan Prisia sentiasa menjadi bualan. Beruntungnya Prisia adalah kerana dia memiliki kulit yang sihat.

Aktres terkenal Indonesia, Prisia Nasution.

Selain aktif dalam bidang seni dan peragaan, Prisia juga seorang yang menggemari aktiviti sukan kerana ia membantu dirinya untuk kekal sihat dan cergas. Secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan kulitnya di samping mengamalkan rutin penjagaan harian.

Menurut isteri kepada aktor Malaysia, Iedil Putra yang berusia 37 tahun ini, dia akan bersukan dua kali dalam seminggu. Ini kerana Prisia seorang yang suka bergerak.

Prisia bersama suami yang juga aktor Malaysia, Iedil Putra.

Selain bersukan, Prisia juga sangat menitikberatkan soal kecantikan luar dan dalam. Begitu juga dengan kulitnya yang perlu diberi perhatian memandangkan dia sering berpeluh kerana aktif bersukan.

Maka, dia tidak pernah meninggalkan rutin pemakaian serum dan pelembap. Baginya, dua item tersebut ‘wajib’ dipakai setiap hari. Di samping itu, pemakaian sunblock

juga menjadi keutamaan Prisia setiap kali sebelum keluar rumah.

Memiliki kulit yang sihat dan mulus tidak semestinya bebas daripada masalah contohnya jerawat. Begitu juga Prisia yang juga merupakan atlet pencak silat yang pernah mengalami masalah kulit suatu ketika dahulu.

Ia berlaku disebabkan dia mengambil mudah rutin penjagaan kulit terutama sebelum keluar rumah. Sebelum ini dia tidak mementingkan penggunaan sunblock maka berlakunya breakout pada kulit.

Bermula saat itu, Prisia mula sedar betapa pentingnya sunblock dan juga serum serta pelembap digunakan khususnya sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.

Sekadar infiormasi, Prisia berkahwin dengan aktor Malaysia, Iedil Putra pada 1 Jun 2016. Pasangan ini berkenalan ketika mereka sama-sama berlakon di dalam filem ‘The Interchange’.

Kredit Foto: Instagram Prisia Nasution & Iedil Dzuhrie Alaudin

IKLAN
Share