“Ilmu pelita hidup”. Kata-kata hikmat ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan dan dapat menjadikan kehidupan seseorang itu lebih sempurna.
Sesungguhnya figura hebat ini, Dr Hajjah Oki Setiana Dewi telah menunjukkan contoh yang baik sebagai wanita, isteri dan juga ibu. Bahagia bersama keluarga tercinta wanita ini juga telah berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah pada tahun lalu.
Di usia 31 tahun, ibu kepada 4 orang cahaya mata ini telah meraih PhD melalui kajian dan penulisan tesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Oki menerima anugerah PhD dari Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah pada 2020.
Tahun ini, Oki sekali lagi meraih gelaran doktor falsafah buat kali kedua setelah menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran Jakarta. Beliau telah menjalani sidang melalui kertas kerjanya bertajuk “Pendidikan Moderasi Beragama Dalam Keluarga Berbasis Al-Qur’an” di Perguruan Tinggi Ilmu Al-Qur’an.
Memetik sumber Kompas, Oki Setiana Dewi mengaku hobinya adalah belajar. Malah Oki turut memanjatkan kesyukuran di atas kejayaannya dan menganggap tanggal 1 November 2022 hari yang membahagiakan buat dirinya.
“Hobi saya belajar, dunia kampus, dan suka bertemu guru-guru. Yang penting suami memberi sokongan untuk saya sambung belajar. Kuncinya di sini (suami),” ujar bintang filem Ketika Cinta Bertasbih.
Ketika ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara tugas sebagai pelajar, isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, menurut Oki ia adalah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi dia perlu bijak membahagikan masa untuk perkara-perkara penting dalam hidupnya.
“ Saya tidak nafikan ia memerlukan pengorbanan dan pada waktu yang sama, saya dikelilingi orang-orang yang hebat. Hujung minggu, anak-anak akan berada di rumah Ria Ricis. Jadi saya bebas belajar dari pagi sampai malam. Rumah jadi sunyi ,” kata Oki Setiana Dewi lalu tertawa.
Meraih gelar Doktor kali kedua tidak meletakkan noktah dirinya dalam proses pencarian ilmu. Oki Setiana Dewi merancang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara pula tidak lama lagi.
“Doakan semoga cita-cita saya dipermudahkan untuk mencari ilmu. Semoga ia memberi manfaat bersama, ” ujar Oki lagi.
Untuk rekod, Oki Setiana Dewi melanjutkan pelajaran kedoktoran di jurusan Pengkajian Islam Konsentrasi Komunikasi dan Dakwah di Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah sejak 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gigih berusaha mengubah nasib diri dan keluarga. Make-up artist yang juga Instafamous, Muabellaz ini misalnya berjaya menjadi usahawan dan hidup mewah atas keringat dan kerja kerasnya sendiri. Yang pasti, tahun 2020 menjadi tahun paling bermakna dalam diri Bellaz kerana selain impian memiliki rumah baru dimakbulkan Allah SWT, dia juga menerima kehadiran cahaya mata ketiga yang diberi nama Muhamad Ean Yusuf pada Julai lepas. ‘Bonus’ berganda!
Mengintai media sosial Bellaz, memang besar dan moden rumah banglo isteri kepada Anuar Ahmad ini. Meskipun sudah menikmati kesenangan hidup namun Bellaz sedikit pun tidak malu mengakui kehidupan silamnya sebagai anak nelayan dan berbangga memiliki rumah papan yang dihuni selama ini. Malah, Bellaz atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini juga tidak kisah berkongsi keadaan rumah dan dapur papan kepada hampir dua juta followers miliknya.
Terbaharu, ibu tiga anak ini memuatnaik gambar ruang wardrobe dan makeup room di kediaman barunya. Berkonsepkan moden dan serba putih, semua beg tangan, kasut dan aksesori mewah milik Bellaz ditempatkan di ruang berkenaan. Memang cantik dan tersusun kemas. Lepas ni, lagi rajinlah Bellaz buat live tutorial mekap di bilik ini.
Melihat keadaan bilik tersebut nyata mengundang rasa sebak di hati Bellaz. Tidak pernah menyangka nasib hidupnya diberkati seperti hari ini, Bellaz meluah rasa hati. “Siapa sangkakan… saya yang naik gerek sebelum ni, niaga karipap pagi-pagi buat makeup background berlatarkan papan rumah kesayangan saya… hina saya sehinanya… fitnah macam-macam, saya sabar terus sabar.”
Baru berusia 28 tahun, ada tiga anak, suami penyayang dan ada bisnes sendiri pastinya satu pencapaian membanggakan buat anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini. Bellaz mula serius mendalami dunia solekan sejak hamil anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula dengan live tutorial mekap di media sosial, nama Muabellaz kian meningkat naik dan menjadi inspirasi ramai generasi muda hari ini.
Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea menghasilkan rangkaian produk kosmetik keluaran sediri termasuk lip matte dan berus mekap. Difahamkan, Bellaz juga kini dalam perancangan untuk membeli rumah kedai baru yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta untuk dijadikan ibu pejabat Bellaz Beauty.
“Proudly myself. Bukan senang dan mudah nak capai semua ni. Liku-liku ooo jalan dia. Tambah lagi lah nak mendaki ke puncak bukannya mudah. Orang tak nampak kita dulu struggle macam mana. Sorang-sorang saja. Lani bila dah berubah semua pakat suruh saya jangan buat tu, jaga market itu ini. Sedangkan aku dulu hanya sorang-sorang sahaja tak ada sapa mai bantu tolong tarik bantu ku untuk cari solution lebih maju ke depan.
Semua ku sorang-sorang naik sorang-sorang. Doa hari-hari suami bantu, kawan-kawan rapat banyak bagi nasihat. Lani apa yang aku buat semuanya untuk orang. Sebab semua orang bukannya mampu, sebab tu saya letak harga murah sebab tak semua orang mampu. InshaAllah buat kerja sambil beramal murah lagi rezeki. Umur 25 I dah ada office sendiri, ada team sendiri, macam tak percaya.
Dulu hanya makeup dalam bilik background papan hijau sahaja. Orang lena ku buat kerja, pulun sungguh. Cuba buktikan yang aku nak berjaya macam orang lain jugak nak ubah nasib hidup dan bantu orang ramai di luar. Ni semua berkat doa ibu ayah dan doa hampa semua.”
Moga usaha gigih dan kejayaan yang digapai Bellaz hari ini menjadi inspirasi lebih ramai wanita untuk berjaya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak sungguh kisah-kisah suka dan duka berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Walaupun beberapa kisah perceraian selebriti menjadi tajuk utama di dada akhbar, namun kisah selebriti yang berpisah tetapi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas suami atau isteri tidak kurang hebatnya menjadi perbualan netizen.
Perkongsian Fasha Sandha dan Nora Danish di laman Instagram masing-masing mengenai keberadaan mereka mengunjungi kediaman bekas keluarga mentua, Tan Seri Dato Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menjadi sorotan netizen sejak semalam.
Mana tidaknya, dengan berpakaian sedondon rona merah, kedua-dua bekas menantu bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat ini beriftar bersama keluarga besar tersebut yang turut dihadiri oleh Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Menjengah laman Instagram kedua-dua selebriti ini, ramai berkongsi rasa gembira melihat ukhwah yang terjalin di antara mereka. Kisah silam telah menjadi satu lipatan sejarah buat mereka dan dibuang jauh-jauh dan mengeratkan silaturahim demi kepentingan keluarga dan anak-anak.
Kisah kedua-dua selebriti ini pernah menjadi hot topik di kalangan netizen apabila mereka sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka bersaudara.
Selepas Fasha mengemukakan permohonan maaf di depan hakim M Gunalan, Nora Danish bersetuju menarik balik saman fitnah yang dikemukakan ke atas Fasha dan syarikatnya dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta. Persengketaan mereka juga berakhir pada bulan Ramadan tahun 2018 yang lalu.
Nora Danish hadir ditemani keluarganya termasuk ibu, suami dan anak-anak. Manakala Fasha hadir bersama keluarga dan anak-anak tanpa kelibat Aidil Aziz kerana terikat dengan komitmen kerja. Walau bagaimanapun, Aidil tetap berkongsi komen berupa penghargaan kepada Jejai dan keluarga yang menganjurkan majlis iftar tersebut sekaligus meraikan ulang tahun ke 10 Putra Rayfal.
Rumah tangga Fasha dan Jejai berakhir pada 20 Januari 2016 selepas empat tahun bergelar suami isteri. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang puteri Aisha Amaira yang kini berusia 2 tahun.
Manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang zuriat lelaki bernama Putra Rayqal Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan bahtera perkahwinan. Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.
Ramadan yang indah buat insan-insan yang menjadikan ianya sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kemaafan yang lahir dari hati nan ikhlas!
Foto: Instagram Nora Danish & Fasha Sandha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.