Lebih dua dekad hidup bersama nyata bukan satu tempoh singkat. Bak kata pepatah, ‘Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi suami isteri,’ ini jelas menggambarkan realiti sebenar sebuah perkahwinan. Pastinya Dato’ AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida sudah pun melalui pelbagai dugaan alam rumah tangga namun berkat kesabaran mereka kini bahagia melayar bahtera bersama-sama dengan dua anak tersayang.
IKLAN
Tanggal 10 Oktober ini genap 21 tahun usia perkahwinan pasangan romantis yang juga pemilik stesen televisyen SUKE TV. Terharu dengan pengorbanan masing-masing, Datin Emylia berkongsi video dan memori bersama suami tercinta di media sosial miliknya.
Ternyata, ia meraih perhatian peminat dan followers yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan selebriti berkenaan.
Datin Emylia turut menitipkan ucapan romantis buat Dato’ AC, “Happy Anniversary B, alhamdulillah 21 tahun bersama. Thank you for everything, thank you for being a good husband and father to me dan anak-anak, susah senang kita bersama, segala-galanya kita buat bersama.
Syukur pada Allah kerana mengurniakan kebahagiaan, kejayaan, rezeki, kesihatan yang baik dan mempunyai anak-anak yang baik dan pandai. Syukur alhamdulillah! Yes we made it 21 tahun perkahwinan! Syukur alhamdulillah, thank you Allah. Love you B so much, love you till Jannah.”
Datin Emylia mendirikan rumah tangga bersama Dato’ AC Mizal pada 10 Oktober 2002 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Pada hujung tahun 2009, bekas anggota kumpulan 4U2C tersebut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’.
Anak sulung mereka, Reeve Damien kini menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Jerman selepas tamat pengajian Diploma in Business Study di Raffles College of Higher Education Kuala Lumpur pada Jun lepas.
Reeve yang berusia 19 tahun sebelum ini turut aktif dalam dunia seni dan mengikut jejak ayahnya sebagai penyanyi.
Pada 21 Julai lepas, genap 12 tahun usia anak sulung Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabella. Menginjak usia remaja, anak perempuan angkasawan negara ini membesar menjadi gadis pemalu dan pintar.
Walau baru belasan tahun tapi ketinggian Sophea Isabella atau mesra disapa Bella mencecah 163 sentimeter. Tinggi lampai macam ayah tersayang.
Bella merupakan anak sulung daripada enam beradik dan dia menjadi perhatian followers ibu bapanya kerana sering memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.
Sebelum ini, Dato’ Dr Sheikh pernah memberitahu bahawa Bella seorang pelajar genius dan terpilih menyertai program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Mengimbas kembali momen kelahiran cahaya mata pertama, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar bersyukur dikurniakan anak yang bijak dan menjadi contoh terbaik buat adik-beradik yang lain.
“The day Bella was born. It was a joyous moment. A 13 hour prolong labour with a weight of 3.6 kg. Brought me to tears.
Bella is the eldest. She has the biggest responsibility, biggest expectations to lead the rest, to become the best.
All her siblings look up to her. They adore her, they love her, they follow her, they want to be just like her. No doubt it’s a big responsibility.
Bella grows in front of my very eyes. Blossoming each day, full of love, full of kindness.
She has many friends, always thinking of others but what attracts me the most is her determination of wanting to succeed to excel and to lead and knowing what is expect of her.
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Daddy has taught you everything and soon you will leave the nest. Always remember to help others in need, to respect the elders, to protect the weak, to be kind and humble at all times. Put others first and yourself last dunia and akhirah.
I love you my child. More than you can ever imagine. Never forget that daddy is always there for you. A Happy 12th birthday. You have surely grown and daddy is proud of you.”
Bersempena hari lahir Bella, suami Datin Dr Halina Yunos ini turut berkongsi momen fotografi dalam air bersama anak tersayang. Waktu itu Bella baru berusia empat bulan.
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi dan pertanyaan daripada followers Dato’ Dr Sheikh Muszaphar yang kagum dengan cara bapa ini mengasuh anak-anak sejak kecil.
12 Julai lalu, pasangan ini menyambut kelahiran anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki yang diberi nama Sheikh Muhammad.
Kredit Instagram @drsheikhmuszapharKredit Instagram @drsheikhmuszaphar
Dato’ Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu
Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.
Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah pula lahir pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang kini berusia dua tahun.
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana tekanan darah pesakit melebihi tahap normal, iaitu lebih dari 140mmHg untuk sistolik dan lebih 80mmHg untuk diastolik.
Penyakit ini bukan hanya dialami oleh mereka yang sudah berusia, tetapi kini semakin ramai golongan muda yang menderita akibat hipertensi.
Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi punca kepada kegagalan atau kerosakan organ seperti jantung, otak dan ginjal untuk berfungsi secara baik, lantas mengakibatkan risiko serangan jantung atau strok.
Penerima Nona Health Influencer Award yang juga Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santhi Santherasegapan mendedahkan pesakit akan mengalami kecederaan organ dalaman jika tekanan terlampau tinggi.
Dalam satu hantarannya di Facebook baru-baru ini, Dr Malar berkongsi pengalamannya pernah berdepan dengan pesakit darah tinggi yang culas makan ubat.
Ceritanya pada satu malam, dia dan team menerima seorang pesakit yang mengalami muntah-muntah yang teruk, mata tertutup serta tangan dan kaki mengeras serta tiada respon bila dipanggil.
Apabila mengambil bacaan darah pesakit itu, didapati tekanan mencapai 250/120.
“Ini lain mcm je ni, mesti bukan kes muntah biasa. Memangg betul. Perlukan empat staf untuk keluarkan pesakit dan baringkan dia atas troli. Saya nampak dia langsung tak bukak mata. Tangan dan kaki keras. Panggil nama takde respond. Takde suara.
“Hanya ada bunyi seperti mengerang kesakitan. Nadi masih ada tapi lemah. Pesakit masih bernafas. Hadoi! Saya dah tahu ni, kami tolak masuk RedZone terus. Pasang BP cuff kat lengan, bacaan menunjukkan 250/120. Adui! Adui! Adui!!!
“Saya kira kadar kesedaran dia, Glascow Coma Scale dia 6/15. Sejurus selepas tu, pesakit sawan! Nightmare! Ini adalah nightmare bila kerja malam!
“Staf saya dah tak perlu diberi arahan, dia orang tahu apa nak buat. Sorang pasang 2 jarum besar, satu kat tangan kiri satu kat tangan kanan. Sorang lagi letak oxygen mask. Sorang lagi check gula dan masukkan darah dalam botol. Semua kerja jalan tanpa arahan. Semua kerja jalan serentak. Korang kira lah berapa jarum semuanya.
“Saya tanya sejarah sikit je kat ahli keluarga. Info yang saya dapat, akak ni umur dalam 40-an, memang ada tekanan darah tinggi lebih kurang setahun, tapi tak makan ubat. Pesakit tak suka makan ubat hospital katanya.
“Muntah muntah dan sakit kepala sejak petang, nampak lembik, dan ada cakap merapu sikit. Lebih kurang waktu Maghrib, dia jatuh terkulai kat dapur. Kurang dari dua minit je perbualan saya dengan keluarga.
“Saya terangkan keadaan pesakit kritikal, mata tak bukak, dah tak sedar walaupun jantung masih berdegup dan masih bernafas, dan tekanan darah sangat tinggi,” ujarnya.
Jelas Dr Malar, keadaan itu dikenali sebagai Hypertensive Emergency. Tekanan darah yang sangat tinggi sampai organ dalaman cedera.
“Saya dapatkan “Verbal Consent” yakni persetujuan untuk melakukan prosedur intubasi iaitu prosedur untuk “tidurkan” supaya rawatan untuk pastikan dia bernafas dan jantung berdegup diberi dengan segera. Keluarga izinkan dengan keadaan penuh ketakutan,” katanya.
Katanya, pesakit diberikan Diazepam iaitu ubat untuk hentikan sawan, ubat pre intubasi, Fentanyl, Midazolam dan Rocuronium. Tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak, atau lebih tepat, ke dalam trachea. Tiub tersebut disambung ke mesin ventilator dan oxygen disalurkan secara terus ke paru-paru. Mesin ventilator adalah pengganti kepada paru paru.”
“Ubat untuk stabilkan tekanan darah, iaitu Labetolol dimulakan dengan segera melalui jarum di tangan.Ubat pelali iaitu campuran Midazolam dan Morphine kat tangan satu lagi pula. Kedua dua ubat ni diberi secara infusion, iaitu secara berterusan.
“Korang kiralah berapa ubat ye! Ryles Tube iaitu tiub dari hidung ke perut dimasukkan untuk elakkan perut kembung. Tiub kencing juga dipakaikan dipakaikan. Tiub kat tekak masih berterusan. Korang kira lah berapa tiub ye,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, ujarnya lanjut pesakit juga akan dibuat CT Scan Brain (otak) yang mana proses itu memerlukan pesakit dipasang pelbagai mesin pada badan.
“Macam macam mesin kena pasang kat patient, dan kena angkut sekali. Mesin ventilator, mesin pantau tekanan darah dan tahap oxygen, dan dua mesin pam ubat. Itu minimum! Korang kira lah berapa mesin! Ohh lupa plak.. Tangki oxygen pun kena tolak sekali, biasanya kami letak kat bahagian bawah katil. Kira lah berapa ye,” katanya.
Apa yang mengejutkan apabila pesakit itu disahkan mengalami pendarahan dalam otak. Pedarahan yang besar menyebabkan bahagian otak kanan, tertolak ke kiri (midline shift).
Pesakit perlukan pembedahan segera untuk buang ketulan darah itu iaitu Craniotomy. Tengkorak kepala akan dibuka dan ketulan darah akan disedut dan dibuang. Pembedahan segera akan menyelamatkan nyawa. Tetapi adakah pembedahan boleh pulihkan tahap kesedaran dan fungsi otak pesakit. Adakah pesakit akan kembali normal atau terus lumpuh? Doktor tak boleh nak jawab.
pengajarannya, pesan Dr Malar, bila anda tak suka makan sebiji ubat darah tinggi, silalah suka sukakan diri untuk diberi berlambak-lambak ubat ubatan seperti ini daripada anda dimasukkan tiub di tekaklah, di ataslah di bawahlah.
“Boleh kira sendiri berapa banyak ubat terpaksa diberi bila dah dalam kecemasan macam ni. Tak ke lagi senang kalau makan je ubat sebiji sehari tu. Entahlah.
“Ajal maut memang di tangan Tuhan. Tapi bukan ke tanggungjawab setiap umat untuk menjaga kesihatan dirinya. Makan lah ubat mengikut nasihat doktor kalau tak nak ditolak ke dewan bedah seperti wanita di atas,” pesannya.
Posting tersebut telah meraih perhatian ramai yang turut berkongsi kisah peribadi masing-masing.
Menurut Dr Malar, bukan ubat darah tinggi yang menyebabkan sakit buah pinggang. Tak makan ubat darah tinggi yang menyebabkan tekanan darah sangat tinggi dan itulah yang merosakkan buah pinggang.
Sama-samalah kita menjaga masing-masing termasuk ahli keluarga. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Sumber: Facebook Dr Malar Santherasegapan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Hijab mata dibuka, maka hati terasa dekat pada bonda. Lahirnya seorang zuriat di muka bumi Allah adalah hadiah paling istimewa buat seorang ibu. Tidak dinafikan setiap pengorbanan yang dicurahkan ibu malah tiada harta di dunia mampu membalas segala jasa mereka.
Sehingga kini, penulis sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberikan kebahagiaan buat bonda, apa termampu, itu yang dilakukan. Selagi mereka masih hidup, selagi itulah kita akan menabur jasa dan menggembirakan mereka.
Ibu yang mengandungkan, membesarkan dan memberi pendidikan adalah ibu yang menjadi ratu hati kita. Dan seorang lagi ibu yang perlu menjadi sebahagian daripada kita ialah ibu mertua juga perlu dijaga dengan baik.
Tidak perlu penulis ingatkan bagaimana sama pentingnya kehadiran ibu kandung dan ibu mertua. Tidak perlu ada double standard, tidak perlu rasa bongkak atau sombong dalam soal kegembiraan kedua-dua harta dunia akhirat ini.
Namun, di sebalik kesungguhan kita mencari peluang mengukir senyuman di wajah bonda, ada juga segelintir manusia yang memilih untuk tidak mengendahkan harta yang satu lagi… ibu mertua.
Baru-baru ini, penulis mendengar luahan seorang teman yang cukup akrab. Dalam wajah kegembiraan rupanya terselit kedukaan di hati kecilnya. Hampir lima bulan hubungan kekeluargaan antara adik-beradik Kalsum dengan salah seorang abangnya seakan terputus, gara-gara fitnah yang dilempar.
“Dalam keluarga, kakak ipar yang seorang ni jadi pengantara kami dengan seorang lagi kakak ipar. Itu pun, mengenai abang kami juga.
Entah macam mana, kami dituduh menabur fitnah sedangkan apa yang kami beritahu adalah perkara yang benar dan jelas maksudnya. Itu sebenarnya diakui oleh abang kami juga.
Dalam kami adik-beradik tidak bertegur sapa, rupa-rupanya dalang yang memutuskan lagi hubungan kami adik-beradik adalah kakak ipar, isteri kepada abang kami yang bermasalah itu!”
Nampak complicated pula masalah Kalsum ni. Menurut Kalsum, kakak iparnya itu langsung tidak menghubungi ibunya, apa lagi cuba menjernihkan hubungan mereka atau sekurang-kurangnya bertanya khabar ibu mertua.
Malah, satu-satunya anak tunggal mereka juga dipengaruhi dengan entah fitnah apa lagi mengenai keluarga Kalsum. Langsung tidak ada khabar berita. Sejak awal lagi, si abang memutuskan tali persaudaraan dengan adik-beradiknya. Peranan si isteri pula bukan untuk memperbaiki hubungan malah lebih mengeruhkan keadaan!
“I rapat sangat dengan anak buah I tetapi sejak kejadian tu, kami langsung tak bertegur sapa. Whatsapp tak, SMS tak, call lagilah tidak! Satu hari mak I hubungi abang Iand you know what, bila mak I kata isterinya langsung tak call mak I, abang terus suruh mak I yang call dia sendiri. Hey, kau siapa nak suruh mak aku terhegeh-hegeh!”
Marah sungguh nada Kalsum. Penulis yang mendengar pun rasa panas telinga juga. Tergamak anak lelakinya menyuruh ibu kandung sendiri menghadap isteri kesayangan. Tidak sedar kewajipan seorang anak lelaki sepatutnya sehingga ibu dimasukkan ke liang lahad?
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hubungan yang terputus sunyi tanpa berita. Baik ibu Kalsum mahupun abangnya, masing-masing menyepikan diri sehinggalah satu jemputan kahwin diterima daripada ibu saudara Kalsum.
Dalam hati kecil ibu Kalsum, dia berharap anak lelakinya itu akan hadir bersama keluarga kecil mereka ke majlis itu. Setidak-tidaknya, boleh juga menyambung kembali tali persaudaraan.
“Abang I dan keluarganya datang tetapi tidak mesra seperti dulu. Dia datang ke meja kami dan bersalaman dengan ibu sebelum berangkat pulang. Anaknya juga bersalaman dengan kami tapi membisu seribu bahasa.
Sedih rasa hati, anak buah yang rapat kini umpama orang asing. Rindu untuk memeluk, rindu untuk mencium, rindu untuk bergosip malah rindu untuk bertanya khabar. Lebih menguatkan lagi sangkaan I pada kakak ipar I apabila dia langsung tidak bertemu mak untuk bersalam!
Harapkan tudung labuh, mengajar agama dan sibuk soal halal haram, tetapi ibu mertua sendiri diketepikan, siapa pula mahu ‘azankan’ di telinganya? Wajah mak sedih dan terkilan. Tidak dapat nak bermesra dengan cucunya, malah anak lelaki juga kian jauh. I tak tahu apa yang ada dalam hati mak tapi memang dia sedih,” kisah Kalsum.
Kita hanya mampu menarik nafas panjang. Hina sungguh hati seorang menantu. Di mana letaknya rasa hormat pada ibu mertua, yang sepatutnya dilayan seperti ibu sendiri?
Tidak terfikir bagaimana tindakan itu akan mengundang persepsi pada anaknya yang sedang membesar? Mungkin ramai yang tidak sedar soal kifarah tapi bagaimana pula jika mengingati pepatah ‘hidup umpama roda’?
Sesungguhnya insan mulia bergelar ibu cukup bernilai. Beruntung mereka yang masih berpeluang berbakti kepada ibu, waima ibu mertua sekalipun.
Tidak miskin hartamu untuk mengukir kebahagiaan di wajahnya, tidak sakit tubuhmu tatkala memimpin atau mengendong mereka saat mereka tidak mampu berjalan malah tidak mati jasadmu biarpun seluruh jiwamu diberikan pada mereka. Wallahua’lam. KR