Siapa sangka di sebalik wajah jelita, Alia Bhatt hidap ADHD, malah rupanya heroin Bollywood ini sejak kecil sulit untuk fokus!
Namanya cukup tersohor, kecantikannya jadi pujaan dan bakatnya sering mengangkat nama Alia Bhatt ke peringkat global. Heroin Bollywood berusia 32 tahun ini turut berbakat sebagai penyanyi, malah jumlah pengikutnya di media sosial sahaja mencecah 85.5 juta.
Namun Alia Bhatt baru-baru ini mendedahkan masalah kesihatan yang mengejutkan. Beliau yang kini sibuk mempromosikan filem terbaharu, Jigra, mengakui menghidap Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).
ADHD merupakan satu gangguan perkembangan araf yang menjejaskan tingkah laku atau perkembangan kanak-kanak atau remaja.
Walau bagaimanapun, ramai kanak-kanak yang mempunyai ADHD terus mengalami simptom ini apabila dewasa, tetapi masih dapat menjalani kehidupan yang sihat, terkenal dan berkerjaya.
Alia Bhatt adalah salah seorang selebriti yang kebetulan hidup dengan ADHD.
Ads
BUAT PENDEDAHAN
Pelakon itu berkongsi secara terbuka tentang diagnosis ADHD yang dijalani. Dalam satu temu bual terkini dengan media The Lallantop, Alia berkata bahawa dia benar-benar ‘sedar’ sepenuhnya hanya dalam dua situasi – apabila dia berada di set atau bersama anak perempuannya dengan Ranbir Kapoor, Raha, yang dilahirkan pada November 2022.
“Sejak kecil lagi, saya selalu termenung atau ‘zoned out’. Saya kerap melamun dalam kelas atau semasa berbual dengan orang. Baru-baru ini, saya buat ujian psikologi dan dapat tahu yang saya sebenarnya berada di tahap tinggi dalam spektrum ADHD.
Saya ada ADHD – gangguan kurang tumpuan dan hiperaktif. Bila saya beritahu kawan-kawan saya tentang ini, mereka cakap, ‘Kami dah lama tahu’. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan bagi mereka. Tapi, saya sendiri tak tahu. Lepas itu, barulah saya faham kenapa saya rasa tenang bila berada di depan kamera,” ujar Alia Bhatt.
Ads
Tambah beliau,”Saya hanya ‘sedar’ dan dapat fokus sepenuhnya pada saat itu. Bila saya berada di depan kamera, saya hadir sebagai watak yang saya mainkan.
Sekarang selepas kehadiran Raha, bila saya bersama dia, saya rasa cukup fokus. Inilah dua saat dalam hidup saya di mana saya rasa lebih tenang.”
(1) Pelupa
ADHD mempengaruhi cara memori kerja dan memori jangka pendek otak berfungsi. Ini seterusnya mempengaruhi cara kita mengingat perkara, sering kali menyebabkan kita lupa peristiwa yang baru berlaku mahupun yang sudah lama.
(2) Pengurusan Masa
Di bawah ketidakseimbangan dopamin, kita sukar untuk mengatur masa bagi tindakan yang perlu dilakukan. Akibatnya, kita sering melengah-lengahkan kerja dan kemudian tergesa-gesa menyelesaikan tugasan sepanjang hari.
(3) Menangguh Kerja
Kurang aktiviti di bahagian korteks prefrontal mempengaruhi fungsi eksekutif, yang menyebabkan masalah dalam memahami keutamaan tugas yang perlu diselesaikan. Oleh itu, kita cenderung untuk menolak kerja dan terus menangguhkannya.
(4) Fokus Berlebihan
Ia merujuk kepada tabiat memberi tumpuan yang sangat kuat dan perhatian mendalam terhadap sesuatu perkara. Dalam ADHD, orang menghadapi kesukaran untuk mengalihkan perhatian mereka disebabkan cabaran dalam mengawal neurotransmitter, terutamanya Dopamin.
(5) Fikiran Melayang
Gangguan yang kerap dan menyebabkan fikiran melayang ke mod lamunan. Ini berlaku disebabkan oleh aktiviti berlebihan dalam rangkaian mod lalai, yang menyebabkan otak beralih fokus dan terjebak dalam lamunan.
(6) Sensitiviti terhadap Penolakan
Ketidakseimbangan dalam neurotransmitter boleh memperkuatkan reaksi emosi terhadap penolakan yang dirasakan, mengakibatkan pemikiran berlebihan, kebimbangan, dan tekanan. Reaksi emosi yang meningkat boleh menyukarkan untuk menangani emosi dengan cara yang sihat.
Ramai yang sedia maklum, primadona Erra Fazira mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup 7 tahun bersama dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.
Dan baru-baru ini, Erra Fazira yang cukup terkenal ketika era 90-an dengan filem-filem seperti Sembilu, Maria Mariana dan Gerak Khas itu ada memuat naik gambar serta videa dia meluangkan masa bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon yang juga penyanyi dan model terkenal itu dilihat mengenakan pakaian sedondon dengan anak perempuannya ketika menghadiri sebuah ‘event’.
Namun yang menarik perhatian warga maya adalah keanggunan anak dara Erra Fazira tersebut yang tampil sopan dan anggun dengan imej bertudung di samping ibunya meraih pujian ramai. Dapat dilihat Aleesya mengenakan selendang berwarna kelabu serta kemeja putih sedondon dengan ibunya yang turut memakai pakaian tona serupa.
Difahamkan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek menemani Aleesya dan rakan-rakan melayan pengunjung di booth pameran sekolahnya. Di ruangan komen, netizen memuji Aleesya yang dilihat semakin sopan dan ayu bila pakai tudung. Netizen turut mengusik Erra mengatakan dia dan Aleesya seperti adik dan kakak!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menimang cahaya mata adalah suatu anugerah terindah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Pelbagai keperluan bayi yang bakal lahir perlu dipersiap agar perkembangan si manja sempurna dan teratur. Tapi, di mana nak cari kelengkapan bayi yang serba lengkap?
Jangan risau, Pa&Ma Baby Fiesta sebuah ekspo bayi yang menjanjikan keperluan perkembangan bayi A to Z. Pa&Ma Baby Fiesta bakal berlangsung pada 2,3 dan 4 Ogos 2019 di SACC Shah Alam nanti bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibubapa tanah air.
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo, nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Pengurus Unit Acara, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Emma Masri
Menurut penganjur, ini merupakan ekspo yang berbeza sentuhannya berbanding lain kerana turut menerapkan elemen gaya hidup seimbang untuk para ibu yang bakal melahirkan.
Fiesta sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli belah dimeriahkan dengan hadiah-hadiah lucky draw dengan nilai keseluruhan RM18,000, tawaran harga RM1 dan banyak lagi menjanjikan kepuasan sebenar buat para pengunjung.
Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, penganjur menganggarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan.
Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pengamal perubatan, syarikat penawaran servis dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook.
Gambar hiasan
Kini Pa&Ma Baby Fiesta menawarkan peluang kepada pemilik barangan keperluan bayi untuk memeriahkan ekspo bayi ini dengan membuka booth di sana nanti dengan keuntungan berganda-ganda.
Penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini.
Gambar hiasan
Tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
Ringkasan antara tawaran dan aktiviti menarik
o Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
o Fashion Show Ibu Hamil Anggun
o Himpunan Super Hero Junior Party
o Pertandingan Baby Merangkak Race
o Super Hero Junior Party
o Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
o Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
o Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
o Pelancaran Pa&Ma Community
o Meet & Greet Hos PA&Ma TV
o PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena
Ikuti kami di Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my atau hubungi : 019 675 3057
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular baru-baru ini di media sosial seorang pakcik yang berusia gigih melakukan kerja penghantaran makanan atau Grab yang dikongsikan oleh seorang netizen. Kegigihan warga emas tersebut mencari rezeki walau dalam keadaan ‘bongkok’ dan uzur nyata menyentuh hati para netizen.
Isteri kepada Youtuber terkenal Alieff Irfan iaitu Bella turut menyatakan dia tersentuh hati dengan perkongsian tersebut. Dalam video tersebut, jelas memaparkan seorang lelaki warga emas tetap gigih mencari rezeki meskipun sudah berusia dan berada dalam keadaan ‘uzur’.
Atas dasar mengasihani keadaan pakcik tersebut, pemilik nama Nurul Nabilah Aliah Hamzan yang juga isteri kepada pempengaruh Alieff Irfan itu bertindak menghadiahkan sebuah kereta dengan tujuan memudahkan pakcik tersebut melakukan sebarang aktiviti harian termasuk mencari rezeki.
“Jadi, Bella membuat keputusan di bulan puasa yang mulia ini, Bella nak kongsi rezeki, hadiahkan pakcik sebuah kereta untuk raya. Jadi pakcik dah boleh bergerak dengan kereta lebih selesa dan selamat. Tapi apapun, pakcik tetap kena jaga diri,”ujarnya.
Sementara itu, Bella juga turut sempat berkongsi perkembangan terkini keadaan pakcik tersebut yang memaklumkan, doktor tidak menyarankan pakcik berkenaan untuk menunggang motosikal atas faktor kesihatannya yang kurang mengizinkan.
“Pakcik ni sakit belakang, jadi doktor sarankan tidak galakkan bawa motor dah…Saya doakan semoga pakcik disihatkan tubuh badan dan murah rezeki.. harap raya ni pakcik akan lebih happy. Terima kasih atas perjuangan pakcik selama ni,” tulisnya lagi.
Melihat pada ruangan komen di Instagramnya, ramai pengikut menitipkan rasa kagum dan terharu dengan keikhlasan Bella dan Alieff menyantuni warga emas tersebut.
Semoga mencurah-curah rezeki Alieff dan Bella.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.