Wanita jangan merungut apabila terpaksa buat kerja rumah 24 jam kerana menurut Ustazah Asma Harun, rumah adalah gudang pahala untuk wanita.
Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asma’ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Ads
Diringkaskan oleh Ustazah Asma’, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
“Diri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kita boleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.” ujarnya.
Ads
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
“Apabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.”
Ads
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.’
“Kalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.” katanya lagi.
Kredit Foto: Instagram Ustazah Asma’ Harun
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah berpeluang Terbang ke Amerika Syarikat untuk menjadi salah seorang penceramah pada Persidangan IMSA-MISG yang diadakan di Boston, Amerika Syarikat pada 23 hingga 27 Disember lalu.
Pelakon tanah seberang yang popular dengan watak Anna Althafunnisa menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga kakak kepada pempengaruh media sosial, Ria Ricis ini menegaskan bahawa baginya, peluang menghadiri kongres di AS meninggalkan kesan yang amat istimewa.
Sudah menjadi kebiasaan apabila memiliki akaun media sosial, pastinya ingin berkongsi sesuatu yang indah bersama pengikut, malah ramai selebriti berbuat demikian begitu juga orang ramai.
Setiap perjalanan pasti menuntut pengalaman yang berlainan, pendakwah bebas dari Indonesia ini mempunyai misi melawat Amerika Syarikat yang pastinya setiap pengikutnya mendambakan cerita terkini darinya.
“Ke luar negara sebenarnya bukan sekadar mengunjungi tempat-tempat pelancongan dan mengambil foto di tempat-tempat ikonik ini,” tulis Oki Setiana Dewi di akaun Instagram.
Malah Keluar dari negara sendiri sebenarnya memahami kebesaran Tuhan kerana mencipta bumi yang begitu luas dan manusia yang pelbagai,” sambung isteri Ory Vitrio.
MISG ialah kumpulan pengajian Islam Malaysia yang diasaskan di Illinois pada 1976 manakala IMSA adalah singkatan bagi Persatuan Pelajar Muslim Insonnesia aka Persatuan Pelajar Muslim Indonesia yang ditubuhkan pada 1998, di Missouri, Amerika Syarikat, pada konvensyen tahunan MISG.
Misi IMSA adalah membantu masyarakat Islam Indonesia di Amerika dalam memajukan kapasiti intelektual dan spiritual bagi masyarakat baik di AS mahupun ketika pulang ke Indonesia nanti.
Membawa keluarga dan anak-anak, Oki juga diduga kesihatan anak yang tidak berapa sihat dan dengan izinNya segalanya dipermudahkan.
Oki juga meluangkan masa lawatan wajib selain tempat ikonik, jika berkesempatan mengunjungi masjid, kampus, masyarakat Indonesia.
Berkesempatan bertemu dengan para ilmuan di sana Oki juga berbesar hati memberi ceramah untuk komuniti Indonesia yang bermastautin di luar negara.
Perjalanan yang melelahkan namun membahagiakan, perkongsian perjalanannya di luar negara ramai yang titipkan semoga pendakwah ini terus sihat dan dilindungiNya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kagum dengan semangat Ozlynn. Walau pun sedang berbadan dua, tetap gigih memenuhi selera anak-anak dan suami. Pantang saja dengar anak-anak teringin makan masakannya, terus bergegas masuk ke dapur. Salute!
Mengakui berdepan morning sickness pada awal kehamilan, Ozlynn juga pernah berkongsi luahan hatinya yang enggan dilayan seperti bayi ketika sedang mengandung. Dalam erti kata lain, tidak mahu semua benda sudah tersedia di depan mata. Sebagai anak sulung dalam keluarga, isteri kepada pelawak Johan ini menjelaskan dia sudah terbiasa hidup berdikari dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Lebih-lebih lagi ibu bapanya.
Kalau jenguk Instagram pasangan suami isteri ini memang penuh dengan foto-foto aktiviti harian. Sama ada ketika memasak, melayan karenah anak-anak mahupun semasa bersantai, semuanya dikongsikan bersama 3 juta pengikut mereka. Sikap Ozlynn yang cukup prihatin menjaga pemakanan ahli keluarga juga wajar diberi pujian.
Tiap hari ada saja gambar masakan yang dimuat naik ibu kepada empat orang anak ini. Nasi ayam, nasi goreng, sayur buncis, kue tiau goreng, ikan cencaru sumbat kelapa dan bermacam-macam lagi jenis masakan yang disediakan Ozlynn. Kecur jugalah tengok hidangan isteri kesayangan Johan ini.
Selain upload gambar-gambar masakan, Ozlynn juga rajin selit tip dan nasihat rumah tangga. “Sian anak-anak dah berapa minggu minta nasi ayam. Sempat juga buat hari ni. Terharu bila tengok dorang makan anak-beranak. Banyak kali bertambah-tambah. Kadang kita ni sibuk kerja janganlah alpa dengan anak-anak. Kena luangkan masa dengar apa masalah dorang, keinginan dorang, cerita dorang.
Bukan anak-anak je, kena dengar juga dari pihak suami kita dan begitu juga dengan suami kena dengar luahan isteri. Baru boleh kekal bahagia. Bergaduh kecil hati normal tapi macam mana kita atasi perkara tu supaya tak jadi lebih besar kalau pendam perasaan? Uishh, tak bagus ok. Luahkan. Biarlah masa luah tu nak mengalir air mata pun tak apa. Biar terasa sampai ulu hati sebak tu.”
Bukan mudah bagi ibu yang tengah sarat mengandung hendak lakukan semua ini. Tapi Ozlynn membuktikan semuanya tidak mustahil. Iyalah, bila sudah bergelar ibu, waktu sakit atau sibuk pun tetap gagahkan diri juga untuk keluarga. Tak sampai hati buat mereka kecewa, kan?
Apa-apa pun, semoga Ozlynn dikurniakan kesihatan yang baik dan segala urusan kelahiran anak kelima ini dipermudahkan kelak. Ambil ilmu rumah tangga yang dikongsikan Ozlynn dan Johan sebagai rujukan agar perkahwinan yang dibina terus bahagia hingga ke syurga.
Sumber: Instagram @jozlynnhanania
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, dari seorang penyanyi kini Rosma merupakan salah seorang usahawan berjaya tanah air. Beralih untuk serius dalam bidang perniagaan apabila kerjaya seninya dilihat kurang bersinar, selebriti yang ‘lahir’ daripada program realiti Akademi Fantasia Musim 1 ini tidak lelah mengejar kejayaan. Berkat usaha gigih selama hampir tujuh tahun, Rosma bangga membangunkan legasi KR Successful Sdn Bhd di samping suami tercinta, Khai.
Berpeluang menghubungi Rosma baru-baru ini, Nona dimaklumkan bisnes yang diasaskan sejak tahun 2014 tersebut kian rancak merencana jualan. Apatah lagi sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rosma mengakui permintaan pelanggan terhadap produknya adalah berlipat kali ganda. “Sekarang memang tengah fokus bisnes. Sebelum PKP ada juga terlibat dengan recording program TV tapi ada beberapa daripadanya terpaksa ditunda buat masa ini.
Bercerita tentang bisnes, alhamdulillah berjalan dengan baik. Lagipun saya dah mula berniaga online dari tahun 2014 jadi bila berlaku macam ni tak rasa sangat sebab kita memang fokus platform digital. Tak dinafikan jualan dapat berganda daripada biasa memandangkan orang duduk di rumah sekarang. Waktu PKP tahun lalu pun sambutan menggalakkan walau ada beberapa kesulitan termasuk dari segi penghantaran. Tapi bila berlakunya PKP kedua ni, kita dah ada pengalaman dan semua tu dapat di atasi dengan mudah. Syukur.”
Mengimbas perjalanan awal menceburi bidang keusahawanan, Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik menjelaskan produk MS SenaRos sudah mula dipasarkan sejak tahun 2014. “Ia ialah minuman detoks yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh badan selain menstabilkan hormon dan sistem pencernaan serta memberi tenaga tambahan. Walau sebagai peniaga, kita nak produk terjual tapi saya lebih suka memberi knowledge kepada pelanggan terlebih dahulu dan menegaskan mereka tentang kepentingan pemakanan.
MS SenaRos ni boleh dijadikan bantuan untuk amalan gaya hidup sihat tapi 80 peratus mereka yang berjaya turunkan berat dan tampil lebih langsing serta sihat terletak pada pemakanan sendiri.”
Tambahnya lagi, “Tak pernah tercetus idea pun nak buat bisnes ni tapi sebab Khai suka berniaga, dia yang bagi idea memandangkan masa saya bersalin anak pertama memang gigih turunkan berat. Bila hamil anak kedua, Khai bagi idea keluarkan produk berkaitan slimming. Dari idea tu, kami ‘cantikkan’ lagi sehinggalah wujudnya MS SenaRos sekarang.
Waktu tengah sarat hamil anak kedua, gigih kami pergi tanya dan bincang dengan orang lab untuk ramuan produk. Elok je lepas saya bersalin, tester produk siap. Memang lepas anak berusia 6 bulan dan saya cuba, terus hilang 10 kilogram dalam masa dua bulan setengah. Sejak itu bisnes makin berkembang. Dekat setahun jugalah saya dan Khai berdua saja uruskan bab packaging, pos dan ambil order. Staf belum ada lagi masa tu. Memang tak cukup tangan dibuatnya.”
Selain produk minuman kesihatan dan detoks MS SenaRos, Rosma juga mempelbagaikan perniagaannya dengan menghasilkan rekaan body suit dan pants pada tahun 2017. Menjelang Februari nanti pula mereka akan mengeluarkan packaging MS SenaRos dalam bentuk kotak.
Jika kebanyakan usahawan muda selesa berkongsi gaya hidup kepada umum, lain pula situasinya bagi Rosma dan Khai. Biarpun rezeki dalam bidang perniagaan makin melimpah, namun pasangan romantis ini lebih bahagia berkongsi dengan orang sekeliling.
“Kami hidup bersederhana saja. Ada masa, memang perlu reward diri dengan barang yang diidamkan selama ini tapi kami lebih mengutamakan keluarga. Misalnya bawa mereka pergi bercuti dan luang masa bersama-sama. Untuk diri sendiri memang saya tak beriya sangat. Rasanya dalam setahun, baru sekali pergi shopping. Waktu muda dulu memang ketagih shopping tapi sejak kahwin, Khai banyak ajar saya macam mana nak uruskan duit.
Lagi-lagi musim PKP ni, kita pakai apa ada je. Jenis saya memang suka kasut, tapi sekarang ni banyak tengok je dari membeli. Sebab saya fikir ada benda yang jauh lebih penting daripada semua itu. Kalau ada rezeki duit lebih, kita bagi bantuan untuk orang lain lagi baik. Asalkan dapat membantu ikut kemampuan. Dulu saya pernah cakap, ‘Kalaulah ada duit banyak nak tolong orang.’ Jadi bila Allah dah bagi rezeki macam sekarang, saya kena buat.”
Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai yang juga bintang Akademi Fantasia Musim Pertama pada 26 April 2008. Hasil perkongsian hidup selama hampir 13 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.
Kredit foto: Instagram Khai Rosma
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.