Allah Lebih Menyayangimu! Adik Rayan Ditemui Tidak Bernyawa, Rakyat Malaysia Tumpang Sedih & Pilu

Innalillahiwainnailaihirojiun, al-fatihah.

Berita duka mengakhiri operasi menyelamat seorang budak lelaki Maghribi, Rayan Awram, yang terperangkap dalam sebuah lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Lebih menyayat hati, Rayan sebenarnya telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat.

Ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, sebelum itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan terus menaiki ambulans tanpa sebarang bicara.

Foto: BBC News

 

Ibu bapa arwah, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh

 

Ambulan yang membawa tubuh si kecil

 

Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya. Berita menggemparkan ini disahkan Istana Diraja Maghribi sebentar tadi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan paru-paru dan tulang belakang.

 

MISI PENYELAMATAN

Kanak-kanak berusia lima tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam perigi tersebut sejak malam Selasa lepas apabila mengikut bapanya, Khalid Awram membersihkan kawasan.

Insiden berlaku di Kampung Ighran yang terpencil, terletak di wilayah Chefchaouen di Maghribi.

 

 

Usaha-usaha menyelamat Rayan sebelum ini menarik tumpuan dunia dengan kebanyakan pengguna media sosial menggunakan hashtags

#saverayan sebagai tanda prihatin.

Kru penyelamat telah dikerahkan menggali kawasan berdekatan perigi tersebut selain mendapatkan khidmat pakar kejuruteraan topografi untuk mencari kaedah terbaik dan paling selamat mengeluarkannya.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

Adik Rayan

 

Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan.

Selama berhari-hari pasukan perubatan dan anggota keselamatan berada di lokasi untuk mengejarkan Rayan ke hospital sebaik dia dibawa keluar.

Berita menyayat hati ini jelas menyentuh hati majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan misi penyalamatan Adik Rayan di media sosial.

Banyak ucapan takziah dan kiriman doa mengiringi berita memilukan hati itu termasuk pihak pengendali twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

IKLAN
Share