Ramadan tahun ini meninggalkan kesan yang pelbagai. Kemangkatan Sultan Pahang kelima, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam yang turut berlaku dalam bulan mulia bulan Ramadan meninggalkan kesan kepada rakyat dan institusi diraja negara ini.
Karisma Almarhum Sultan Ahmad Shah sebagai pemimpin memang tidak perlu dipertikaikan. Dukacita dan rasa kehilangannya turut dikongsi oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Permaisuri Johor menggambarkan Almarhum Sultan Ahmad Shah sebagai kerabat diraja yang sentiasa dekat di hati rakyat negara ini.
“Generasi muda Malaysia tidak akan tahu atau mengingati banyak perkara ketika masa sebelum internet dan media sosial. Ia ketika surat khabar dan berita televisyen sahaja menjadi medan perkongsian dan maklumat kepada kita.
Tetapi sesiapa yang boleh ingat kembali kepada masa itu, mereka akan ingat ia bukan perkara yang luar biasa jika melihat gambar Almarhum Sultan Ahmad Shah berpakaian biasa dan duduk di lantai rumah kampung ataupun berbual dengan mereka yang sedang sakit ataupun memerlukan rawatan kesihatan.
Bagaimanapun, Almarhum bukan berada di sana untuk memberikan nasihat kesihatan semata-mata, tetapi mahu memberitahu mereka itu yang mereka mempunyai simpati dan perhatian Sultan mereka,” titah baginda menerusi laman Facebook The Royal Johor sebentar tadi.
Ads
Permaisuri Johor bertitah, selain daripada hubungan erat bersama rakyat, Almarhum Sultan Ahmad Shah juga merupakan pemimpin paling awal yang turun padang yang mana jika membabitkan sebarang bencana atau musibah di Pahang.
“Jika ada sebarang bencana alam di Pahang, kebiasaannya banjir, pastinya Almarhum Sultan Ahmad Shah akan menjadi yang pertama di lokasi. Bagi keluarga saya di Perak, kami dah biasa melihat gambar baginda di surat khabar, sentiasa dengan rakyatnya.
Itu yang bila kita lihat gambar baginda berada di kampung-kampung bukan perkara yang luar biasa,” titah baginda lagi.
Ads
Dalam kenyataan sama, Permaisuri Johor turut menceritakan pelbagai pengalaman manis serta penghargaan yang ingin baginda terjemahkan terhadap budi baik yang dipersembahkan Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Ia adalah termasuklah pengaruh Almarhum dalam beberapa pengalaman hidup Permaisuri Johor itu sejak perkahwinan baginda dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hingga kemangkatan anakanda ketiganya Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.
“Saya berusaha keras untuk memahami sensitiviti dan kerumitan protokol diraja dan siapa yang lebih senior, ayahanda saya adalah Sultan Perak dan bapa saya atau Almarhum Sultan Ahmad Shah anak saudaranya yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong. Ia bertambah rumit apabila ayahanda suami saya juga adalah seorang Sultan.
Ads
“Akhirnya, Almarhum sendiri yang duduk dahulu bersama rakyat dan membiarkan ayahanda saya atau bapa saudaranya memulakan majlis merenjis. Baginda abaikan protokol dan membuat keputusan sendiri walaupun ketika itu Baginda adalah Yang di-Pertuan Agong serta mempunyai hak untuk mendahului semua Sultan lain,” titah Permaisuri Johor.
Selain itu, Permaisuri Johor memaklumkan Almarhum Sultan Ahmad Shah juga merupakan antara kerabat diraja yang paling kerap melawat Almarhum Tunku Abdul Jalil selepas disahkan menghidap kanser hati pada 2014.
“Kami tidak sangka Almarhum begitu memberikan perhatian dan kasihnya kepada anakanda kami, Jalil adalah seseorang yang baginda jarang jumpa dan kenali.
Kami tidak boleh menafikan apa baginda telah lakukan kepada kami semua dan Jalil adalah sesuatu yang istimewa. Ketika Jalil hilang kekuatannya untuk melawan kanser setahun selepas itu, Almarhum datang ketika pemakamannya walaupun ketika itu kesihatannya sudah tidak sebaik dahulu,” titah baginda.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut nama saja nama penyanyi terkenal, Amy Mastura terus terbayang karakternya yang lucu tapi comel. Selain itu, wajahnya yang tak dimamah dek usia sering menjadi perhatian serta perbualan ramai. Dari dulu sampai sekarang serinya tu tak pernah berubah, awet muda sungguh!
Bagi peminat-peminat Amy Mastura yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya mungkin sudah tahu berapa usianya. Tapi bagi yang tidak tahu, jangan terkejut bila diberitahu usia sebenarnya sekarang. Kalau dilihat sekali imbas macam 20an atau 30an pun orang percaya, kan?
Pada 10 Mei 2021 yang lalu, genaplah usia Amy Mastura yang ke 50 tahun. Wow! Memang tak nampak langsung walaupun anak-anak dah remaja. Anak sulungnya, Adriana Tham Suffian kini berusia 20 tahun manakala anak kedua, Adalia Tham Suffian berusia 16 tahun.
Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas menerusi Instagram peribadinya, menggambarkan bahawa penyanyi lagu Sha Na Na ini benar-benar bersyukur dan bahagia dengan fasa usia barunya itu. Antara rakan artis yang memberi ucapan harijadi buat Amy Mastura ialah Fara Fauana dan Haiza Hanafi.
Menurut Amy Mastura, dia tidak terikat dengan sebarang petua untuk kekal awet muda. Hanya yang diamalkan ialah tidak minum ais pada setiap masa dan ini salah satu cara yang dapat membantu dirinya untuk kekal sihat dan bertenaga. Untuk kecantikan pula, dia sering mendapat nasihat mahpun tip-tip kecantikan daripada anaknya, Adalia yang sangat menitikberatkan soal kecantikan.
Selama 28 tahun dalam industri seni hiburan, Amy Mastura yang bergelar penyanyi dan pelakon ini tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi murahan. Sebagaimana lancar perjalanannya dalam industri seni begitulah jua kehidupan peribadinya yang kekal bahagia bersama suami tercinta, Alvin Tham Suffian.
Pasangan ini berkahwin pada Julai 2000. Ini bermakna usia perkahwinan mereka hampir 21 tahun. Bagi penulis, Amy Mastura cukup bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang baik serta penyayang bukan saja buat dirinya bahkan kedua-dua puteri mereka. Mudah-mudahan mereka sekeluarga kekal bahagia sampai ke syurga, Insya-Allah.
Amy Mastura mula dikenali setelah bergelar juara dalam pertandingan nyanyia Asia Bagus 1993. Kemudian Amy Mastura mula mencipta nama sebagai penyanyi tanahair. Kariernya terus cemerlang apabila memenangi beberapa anugerah berprestij antaranya Cover Album Terbaik (AIM 2003) Penyanyi Wanita Popular (ABPBH 1994), Juara Kategori Pop Rock (AJL 2000) dan Pelakon Wanita Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-14).
Sepanjang karier seninya juga, Amy Mastura telah menghasilkan beberapa buah album seperti The Best of Amy Mastura (1998), Keunggulan Amy Mstura (2007) dan The Best of Amy Mastura II (2011). Manakala filem-filem yang pernah dibintanginya adalah Tragedi Oktober (1996), Bintang Hati (2004), Puteri Impian, Aku Tak Bodoh (2010), Keluarga Iskandar The Movie (2020) dan banyak lagi.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah rumahtangga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astillah yang dilanda badai kali kedua, sekali lagi mengemparkan industri. Ramai yang bersimpati dengan Bella dan tidak kurang juga yang menyanjung tinggi kesabaran wanita genit ini.
Kesempatan bertemu dengan ibu kepada Mohamad Ayden Adrean ini telah menyerlahkan lagi kekuatan hati seorang wanita yang bergelar isteri. Langsung tiada riak sedih mahupun kecewa yang tergambar di wajahnya. Ekspresi wajah yang terpamer hanyalah kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap anak sulungnya itu.
Bercerita tentang liku kehiduapn yang ditempuh oleh wanita yang baharu berusia 25 tahun ini, nyata vibrasi positif melingkunginya. “Apa juga yang terjadi dalam hidup ini saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya mahu move forward, maju ke depan demi anak dan juga keluarga tercinta.
It’s not about myself anymore tetapi fokus kehidupan ini untuk orang-orang yang saya sayang terutama Ayden. Ayden merupakan sumber kekuatan saya untuk terus melangkah menempuh cabaran yang mendatang.
Sebagai kakak sulung kepada lima orang adik-beradik saya juga mempunyai tanggung jawab terhadap mereka. Jadi saya tiada masa untuk selfish, bermuram-durja kerana masalah sendiri. Itu menunjukkan bad example kepada adik-adik saya and I need to show very good example to them.
Bagi saya sebagai seorang wanita atau pun isteri, sokongan keluarga sangat penting. Jika sudah berkahwin jangan sekali-kali membuang keluarga kerana mereka sentiasa akan berada di samping kita saat susah dan senang,” tutur Bella.
Bella terus positif mengatur perjalanan hidupnya demi kelangsungan hidup. “Sekarang Bella plan nak keluarkan single. Sebenarnya dah lama plan tetapi sebab Ayden sedang membesar dan saya sibuk menguruskan keluarga sepenuh masa ditambah pula denga tugas menguruskan jadual seni Aliff membuatkan hasrat saya yang satu ini terpaksa disimpan sahaja.
After so long saya mahu merealiasasikan hasrat untuk membuat single. Lagipun Ayden sudah besar dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Lagu ini merupakan ciptaan Mark Adam berkonsepkan lagu balada. Insyaallah dalam masa yang terdekat saya akan masuk studio untuk merakamkan lagu,” ucap Bella sambil mengelus lembut rambut anaknya yang sedang tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, dari seorang pramugari kini Anim Ezati Rizki merupakan antara personaliti televisyen popular. Simpan hasrat menceburi bidang pengacaraan sejak dulu, impian tersebut akhirnya menjadi realiti apabila Anim berjaya dalam pencarian uji bakat pengacara bagi sebuah stesen televisyen swasta.
Berusia 30 tahun, sebelum mewarnai dunia pengacaraan Anim pernah menjadi pramugari Air Asia. Difahamkan siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini beberapa kali menyertai uji bakat untuk jadi pengacara dan pelakon.
Rezeki mula berpihak kepadanya dan tugasan pertama yang dikendalikan Anim ketika itu ialah sebagai hos Pitch Side Football. Dia kemudian mengacarakan Malaysia Hari Ini (MHI) dan berhenti kerjaya pramugari pada April 2017.
Bermula dari MHI, Anim seterusnya diberi kepercayaan mengendalikan program 999 pada tahun 2018 yang pernah dihoskan oleh personaliti TV popular, Zakiah Anas. Bersandarkan bakat dan pesonanya, Anim turut mengacarakan program berbentuk kesihatan ‘Helo Doktor’ selama empat musim.
Anim juga pernah menjadi pemenang Anugerah Bintang Olay 2017. Kebelakangan ini, namanya menjadi perhatian apabila berita penceraiannya hangat diperkatakan di Internet. Khabarnya, rumah tangga yang dibina bersama Mohd Fadli Sahudin pada 28 Disember 2019 hanya bertahan selama dua tahun.
Hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Anim dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Yara Alanna Khalsom berusia dua tahun.
Tabah mendepani ujian mendatang, Anim menerusi media memberitahu tidak mudah baginya menempuh fasa ibu tunggal. “Saya tabik hormat kepada semua ibu tunggal di luar sana. Menggalas gelaran sebagai ibu tunggal bukan mudah.
Saya merasai segala pahit manis, cabaran untuk membesarkan anak tetapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan dengan pelbagai cara.”
Berbekalkan populariti dan wajah cantiknya yang sering menghiasi program di kaca televisyen, Anim turut menerima tawaran sebagai pengacara majlis bagi perkahwinan, seminar dan sebagainya. Melimpah ruah rezeki ibu muda ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kisah tular remaja berusia 13 tahun dari Sabah, Zara Qairina Mahathir yang maut akibat dibuli oleh beberapa pelajar senior di sekolahnya telah membuka mata...