Selepas pemakaian pelitup muka berganda yang dikatakan dapat mengurangkan risiko pemakai kepada virus COVID-19, terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menyarankan pemakaian face shield pula untuk memaksimumkan tapisan terhadap partikel virus di udara.

Merujuk saranan Dr Noor Hisham, beliau menerangkan keberkesanan penggunaan pelindung muka (face shield) bersama pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan.

IKLAN

“Kita perlu mengadaptasi penggunaan pelindung muka ini, yang mana ia bukan saja cepat malah berpatutan untuk dihasilkan serta diedarkan.

Pelindung muka juga wajar dijadikan sebahagian strategi untuk keselamatan bagi mencegah penyebaran wabak dalam komuniti.” Dr Noor Hisham

 

Alternatif Pelitup, Pelindung Muka, Kini Helmet COVIDISOR Pula Janjikan Manfaat Bebas Bernafas!

 

Saranan ini mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen Dr Noor Hisham. Ada yang bersetuju dan mahu ia dijadikan mandatori, tak kurang juga yang kurang senang akibat faktor kelemasan, mengalami masalah respiratori dan sebagainya.

Secara umumnya penggunaan pelitup muka berganda dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ia tidak mengurangkan bekalan oksigen kepada pemakai.

Namun sejak tersebarnya varian-varian baru seperti Delta, Delta Plus dan yang terkini Lambda bawaan udara, pemakaian pelindung muka dilihat mampu meningkatkan lagi tahap perlindungan, menapis lebih banyak partikel dan dedahan terhadap virus COVID-19.

 

FESYEN & KESIHATAN

IKLAN

Pelindung muka, atau face visor merupakan sebahagian item penting kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang digunakan secara meluas dalam industri perubatan, pergigian, pembinaan, ketenteraan dan sebagainya.

Ia lazimnya diperbuat daripada Polyethylene Terephthalate (PET) atau Glycol Modified Polyethylene Terephthalate (PETG). Selain itu, lapisan plastik telus pandang dengan ketebalan tertentu juga boleh memberikan fungsi yang sama.

Alternatif Pelitup, Pelindung Muka, Kini Helmet COVIDISOR Pula Janjikan Manfaat Bebas Bernafas!
Vue Shield rekaan Joe Doucet

 

Alternatif Pelitup, Pelindung Muka, Kini Helmet COVIDISOR Pula Janjikan Manfaat Bebas Bernafas!
Kiri ke kanan: Polaroid, Zazzle

 

Walau bagaimanapun, pemakaian pelindung muka semata-mata tidak dapat menapis droplet atau titisan yang mengandungi virus COVID-19. Tapi dengan gandingan pelitup muka berganda, pemakai dapat bertahan daripada jangkitan virus apabila pembawanya batuk atau bersin. Ia juga boleh diguna semula dan dibersihkan dengan sabun.

IKLAN

Mahu lebih selamat? Mungkin topi helmet COVIDISOR ini pilihan terkini makhluk bumi yang mahu bebas bernafas. Direka di New York, inovasi helmet ‘powered air purifying respirator’ (PAPR) ini menawarkan perlindungan N95 serta mampu menapis udara bersih untuk pemakainya.

 

Alternatif Pelitup, Pelindung Muka, Kini Helmet COVIDISOR Pula Janjikan Manfaat Bebas Bernafas!
COVIDISOR bakal gantikan pelitup muka?

 

Nampak aneh macam angkasawan? Pelik, tapi itulah nilai udara bersih dalam persekitaran hari ini.

Sebenarnya ia bukan saja ringan, COVIDISOR juga dikatakan selesa dipakai berjam-jam, mesra Face ID, dilengkapi lubang penyedut minuman dan tidak menyebabkan kesesakan nafas. Baguskan? Setimpallah dengan harganya iaitu $275 atau RM1,162!

Mahal tapi mungkin bagi mereka yang pernah mengalami COVID-19, mungkin semua itu tidak seberapa jika dibandingkan harga keselesaan menghirup oksigen yang sebenar! Pilihan di tangan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI