Amalan Pantang Tradisional TETAP Jadi PILIHAN MIA AHMAD

Melahirkan cahayamata sememangnya menjadi momen indah buat setiap wanita bergelar isteri. Proses kehamilan sepanjang 9 bulan dilalui dengan penuh rasa debaran, teruja dan penuh doa agar zuriat yang dikandung berada dalam keadaan sihat walafiat dan cukup sifatnya.

Perasaan teruja tatkala hamil dan menimang cahayamata sulung merupakan momen indah yang dikongsi oleh Mia Ahmad dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi. Mia selamat melahirkan cahayamata sulung seberat 3.27 kilogram pada 28  September 2018 yang lalu. Bayi comel pasangan pelakon dan penjaga gol ini diberi nama Sayf Issa Bin Mohd Izham Tarmizi.

Namun begitu, sebaik sahaja Sayf Issa dilahirkan, Mia mengamalkan proses berpantang secara tradisional di bawah pemantauan  @natalismothercare. Tambah Mia lagi, sepanjang dalam pantang, dia rajin melakukan   tungku dan sauna setiap pagi dan petang, urut, dan bertangas.

Nampaknya, ibu moden seperti Mia juga percaya amalan berpantang secara tradisional berkesan untuk membantu ibu di dalam pantang menjaga kesihatan dari segi fizikal dan mental. Mia sempat berpesan kepada bakal ibu agar jangan ponteng treatment kalau nak cepat kurus dan sihat!

 

 

 

 

 

IKLAN
Share