Rasanya ramai sudah layan dan mendengar karya terbaru dari penyanyi bertaraf legenda, Ziana Zain yang tampil dengan single berjudul Waktu bersama penyanyi baru Hasif Upin.

IKLAN

Terkini, Ziana Zain mencuri tumpuan ramai apabila dirinya  dilihat menggayakan gaun avant-garde mewah dalam muzik video terbaharunya.

Ambil Inspirasi ‘Evil Queen’, Busana ZIANA ZAIN Rekaan Behati Untuk MV Waktu Raih Perhatian Ramai!

Menggayakan persalinan rekaan Kel Wen dari jenama fesyen terkenal Behati, berkongsi di laman Instagramnya, dia menjelaskan gaun Custom Queen’s taffeta dengan spiked hand-pleating yang direka untuk Ziana Zain mengambil inspirasi dari watak Evil Queen dari Snow White.

Jelasnya lagi, busana ini sangat sukar untuk disiapkan dan mengambil masa selama seminggu untuk disiapkan.

“Busana paling sukar pernah saya buat, dengan pembinaannya yang kompleks, ia mengambil masa seminggu untuk menyelesaikannya. Saya sentiasa mahu bereksperimen dengan ‘sharp draping’, istilah yang saya gunakan untuk menggambarkan rupa baharu ini, di mana saya mencipta silhuottes yang tajam dengan draping dan bukannya rounded volume biasa.” jelas Kel Wen di lama Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KEL WEN (@kel__wen)

Ziana Zain juga turut meninggalkan kepsyen menyatakan busana ini adalah busana paling ‘mega’ digayakan oleh pelantun lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu dalam muzik video tersebut.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai komen dan reaksi, di mana mereka terpegun melihat penampilan dan keberanian Ziana Zain ini single kali ini.

Ambil Inspirasi ‘Evil Queen’, Busana ZIANA ZAIN Rekaan Behati Untuk MV Waktu Raih Perhatian Ramai!

Malah ada yang berjenaka menyifatkan Ziana ibarat telah ‘berjangkit’ dengan cara pemakaian penyanyi, Aina Abdul yang sememangnya unik. Video muzik Waktu kini sudah boleh distrim di Youtube.

IKLAN

Ambil Inspirasi ‘Evil Queen’, Busana ZIANA ZAIN Rekaan Behati Untuk MV Waktu Raih Perhatian Ramai! Ambil Inspirasi ‘Evil Queen’, Busana ZIANA ZAIN Rekaan Behati Untuk MV Waktu Raih Perhatian Ramai!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI