Lama tak dengar khabar pengacara televisyen cantik manis, Cheryl Samad. Mengintai media sosial figura ini, macam tak berubah muka Cheryl. Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara.
Cukup energetik, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan dia disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Meniti usia 43 tahun, pesona Cheryl tetap menarik pandangan apatah lagi dia dikurniakan raut wajah yang tidak dimamah usia.
Malah penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl merupakan anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula keturunan Eurasian.
Ads
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Namanya mula melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan program Muzik-Muzik.
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Ads
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Mei lepas genap 12 tahun usia perkahwinan Cheryl dengan KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
Ads
2 Oktober lepas, Ping menyambut ulang tahun kelahiran ke-50. Dia sebelum ini pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi.
Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia 10 tahun dan Kate, tujuh tahun.
Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian wow! kepada anda, lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Deepavali nanti.
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus berbentuk kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus pemerah pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus penyamar noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus blending pembayang mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus penggaris mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus pembayang mata bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes. Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus kening condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata. Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.
Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati. Anda boleh pilih dari pelbagai jenis, harga, warna dan bentuk. Pilih saja di SINI dan enjoy your makeup moment!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, rambut sering diibaratkan mahkota yang perlu diberi penjagaan yang sebaiknya. Rambut yang sihat dan bersinar sememangnya bonus untuk seseorang jika pandai menjaga kesihatan rambut secara total.
Kini bukan saja wanita mempunyai kesedaran mengenai pentingnya penjagaan rambut, malah lelaki juga inginkan rambut mereka terus subur serta indah dipandang. Oleh itu, sebelum anda berhabis untuk membeli produk rawatan rambut, perkara asas yang perlu dilakukan ialah mencuci rambut. Pemilihan syampu sesuai untuk kulit kepala anda juga penting kerana syampu yang tepat adalah langkah pertama mendapatkan rambut sihat bersinar.
Berapa kerap harus mencuci rambut?
Tidak salah mencuci rambut setiap hari, tetapi proses mencuci, mengering dan dandanan yang dibuat secara kerap akan menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Justeru, teliti jenis rambut dan lakukan mengikut tip yang diberikan.
Cuci rambut setiap hari jika rambut anda jenis berminyak. Bekerja atau sentiasa berada di persekitaran berhabuk dan berdebu juga boleh menyebabkan rambut berminyak.
Cuci rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mempunyai rambut kering atau tinggal di kawasan tinggi kerana udara di kawasan itu terhindar daripada kelembapan atau pencemaran.
Bolehkah syampu digunakan dalam kuantiti yang banyak?
Boleh. Bagaimanapun, pastikan selepas bersyampu, rambut dibersihkan sehingga ke akar rambut tanpa ada yang tertinggal. Malah, kuantiti syampu juga ditentukan oleh panjang dan ketebalan rambut. Bolehkah menggunakan air suam untuk membilas rambut? Adakah suhunya sesuai?
Air yang digunakan untuk membilas seelok-eloknya adalah air suam kerana ia dipercayai dapat membilas syampu dan kotoran lebih bersih. Bagaimanapun, air yang terlalu panas boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh. Oleh itu, gunakan air dingin untuk cucian terakhir sebelum pelembap atau sebarang produk disapukan pada rambut bagi menghindarkan kandungan nutrien di dalam produk hilang. Ia juga dipercayai membuat rambut lebih bercahaya.
Lemon Untuk Rambut Beralun
Jika rambut anda jenis berminyak, ia akan kelihatan mudah leper dan tidak bermaya. Untuk mengembalikan sinaran rambut, perah dua biji lemon, dicampur dengan satu liter air. Gunakan jus berkenaan untuk membilas rambut selesai bersyampu. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih
Jangan Abaikan Keindahan Rambut
Bertudung bukan alasan untuk anda mengabaikan kecantikan dan kebersihan diri. Seringkali juga ramai wanita yang bertudung tidak menitikberatkan aspek penjagaan rambut. Alasannya cukup mudah, tiada siapa mahu melihat dan tiada siapa yang tahu apa yang ada di sebalik tudung yang sentiasa melekat di kepala.Bagi yang bertudung, rambut merupakan anggota tubuh yang sering diabaikan. Sedangkan yang terselindung itu lebih indah jika dipelihara sebaik mungkin. Masalah seperti kegatalan kulit kepala, rambut berbau dan yang lebih serius berkelumumur sering dialami oleh wanita bertudung. Selain itu jika tidak dijaga dengan betul rambut juga akan menjadi cepat kering, rosak, kusam, kusut dan mudah putus.
Pemilihan syampu yang sesuai dengan jenis rambut sangat penting. Oleh itu sebelum anda membeli syampu kenalpasti dahulu jenis rambut anda.
Sekiranya anda hendak memakai tudung kepala, pastikan rambut anda betul-betul dalam keadaan kering sebelum memakai tudung. Rambut yang lembap atau basah boleh menyebabkan masalah kelumumur, rambut berbau hapak dan kepala terasa pening.
Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan rambut yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mudah rosak. Tetapi tahukah anda bahawa rambut yang ditutupi dengan tudung kepala akan lebih terpelihara kerana ia terlindung daripada habuk yang berterbangan ketika anda berada di luar rumah
Sewaktu mengeringkan rambut dengan tuala, pastikan anda tidak menggosok rambut dengan cara yang kasar. Sebaiknya lurutkan tuala secara perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut secara berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.
Pastikan anda sering menyikat rambut semasa tidak memakai tudung (di rumah) ini perlu supaya akar rambut dan kulit kepala mendapat udara yang secukupnya.
Gunakan air sejuk sewaktu membasuh rambut supaya poripori kulit kepala mengecil.
Amalkan pengambilan vitamin khusus untuk menstabilkan hormon dan membaiki akar rambut.
Untuk rambut yang berkelumumur, ia boleh dihilangkan dengan cara menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, bersihkan rambut dan kulit kepala dengan syampu yang mengandungi bahan anti kelemumur ataupun syampu yang mempunyai campuran limau purut.
Sementara bagi rambut yang berminyak pula, gunakan syampu yang boleh digunakan untuk cucian rambut setiap hari. Rambut berminyak mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan, cuaca yang panas atau banyak mengambil makanan yang berlemak.
Perbuatan menyikat rambut yang terlalu kerap juga akan membuatkan kulit kepala menjadi panas dan boleh menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan. Oleh itu sikap rambut hanya apabila perlu sahaja dan jangan lakukannya dengan cara yang kasar.
Sebaiknya elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut kerana rambut mudah menjadi kusam. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa dan ingin mengeringkannya dengan kadar yang segera, sebelum melakukan ‘blow’, letakkan ‘foam’, ‘setting lotion’ atau ‘volumizer’ pada rambut terlebih dahulu bagi memudahkan ia didandan. Bahan-bahan tersebut dapat menjadi penghadang antara rambut dan alat pengering rambut. Alat penghalang ini dapat mengelakkan rambut daripada mudah rosak akibat terkena bahang panas daripada alat pengering rambut tadi. Selain itu, ia juga membantu agar rambut mudah dibentuk.
Gunakan pengering rambut pada suhu yang tinggi. Saranan agar menggunakan alat tersebut pada suhu yang rendah adalah salah kerana suhu yang rendah secara relatifnya mengambil masa yang lama untuk proses pengeringan sehingga menjadikan rambut lebih mudah rosak.
Pastikan anak tudung atau cekak rambut yang anda pakai tidak terlalu ketat. Seeloknya pakailah jenis yang boleh membenarkan aliran udara masuk agar rambut tidak terlalu terperap. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah mendapat julukan majlis perkahwinan ‘Asian Wedding of the Year’ kira-kira 17 tahun yang lalu, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah masih menjadi bualan hingga ke hari ini. Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di negara ini kerana penampilan baginda yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut menyaksikan ia dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan. Hasil perkahwinan selama hampir 17 tahun, baginda berdua dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Pada 8 Januari lalu, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dilihat merasmikan acara pembukaan butik SR Design. Seperti kelaziman, penampilannya telah menarik perhatian ramai. Anggun mengenakan blouse corak berbunga lembut dan tudung bawal polos berwarna putih, kejelitaan Pengiran Anak Sarah jelas terserlah!
Sekitar tiga tahun lalu, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menjalin berkolaborasi dengan usahawan wanita Malaysia terkenal, Datin Vivy Yusof yang merupakan pengasas The Duck Group dan FashionValet bagi menghasilkan empat koleksi skaf edisi terhad iaitu The Royal Duck.
Kredit foto: Instagram Brunei Royal Family & Sarhmhtdee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!