Selepas beberapa bulan ‘sembunyikan’ cahaya mata, Priyanka Chopra dan Nick Jonas akhirnya berkongsi foto bersama anak mereka buat pertama kali kepada umum sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini.
IKLAN
Bagaimana pun, wajah bayi perempuan berkenaan masih belum didedahkan.
Walau hanya memuat naik sekeping gambar saja di media sosial masing-masing namun perkongsian tersebut sudah cukup menggembirakan jutaan peminat Priyanka dan Nick.
Menerusinya, jelas kelihatan bayi perempuan bernama Malti Marie itu berkulit putih kemerahan dan mewarisi gen Nick Jonas.
Difahamkan pasangan suami isteri ini menerima kehadiran permata hati kesayangan mereka pada Januari lepas melalui kaedah ibu tumpang.
Teruja bergelar ibu dan bapa, Priyanka dan Nick rupa-rupanya berdepan pelbagai detik sukar menjaga anak mereka yang khabarnya telah dimasukkan ke NICU selama lebih 100 hari.
Patutlah baru sekarang mereka berkongsi foto dengan anak.
Dedah mereka, “On this Mother’s Day we can’t help but reflect on these last few months and the rollercoaster we’ve been on, which we now know, so many people have also experienced. After 100 plus days in the NICU, our little girl is finally home.
IKLAN
Every family’s journey is unique and requires a certain level of faith, and while ours was a challenging few months, what becomes abundantly clear, in retrospect, is how precious and perfect every moment is.
We are overjoyed that our little girl is finally home, and just want to thank every Doctor, nurse and specialist at Rady Children’s La Jolla and Cedar Sinai, Los Angeles, who were there selflessly every step of the way.
Our next chapter begins now, and our baby is truly a badass. Let’s get it MM! Mommy and Daddy love you.
IKLAN
Happy Mother’s Day to all the mothers and caretakers in my life and out there. You make it look so easy. Thank you.
Also there is no one I’d rather do this with than you. Thank you for making me a mama, Nick Jonas. I love you.”
Priyanka Chopra meniti usia 39 tahun sementara Nick pula 29 tahun. Pasangan ini memilih untuk menetap di California dan Priyanka dilaporkan mula bertemu suami tercinta ketika Majlis Met Gala 2017 sebelum disatukan sebagai suami isteri di Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, India pada tahun 2018.
Nuansa natural seperti putih dan krim mendominasi ruang. Setiap perabot disusun kemas di tempatnya lalu menciptakan satu suasana yang begitu mendamaikan. Ruang yang terhad kelihatan lebih luas bukan hanya dengan penggunaan warna malah brass mirror yang digunakan turut menghasilkan refleksi khususnya di bahagian dapur untuk kesan ruang yang lebih luas.
ELEGAN
“Konsep dekorasi kediaman ini ialah moden dan kontemporari. Saya memilih konsep ini kerana ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan konsep ringkas, tidak sarat dan tampil dengan gaya eksklusif dan elegan. Faktor kewangan yang membuatkan saya memilih untuk mendekorasi sendiri berbanding mengupah pereka hiasan dalaman.
Idea dan konsep daripada saya sendiri. Saya juga membuat lakaran bagi setiap sudut sebelum membeli sebarang perabot. Malah, saya turut membuat senarai barang yang diperlukan bagi setiap sudut rumah beserta harga agar selari dengan bajet kami.
Saya lebih suka rona pastel yang mampu memberi ketenangan pada kami sekeluarga. Walaupun mempunyai anak-anak yang masih kecil namun ia tetap tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menata rias kediaman dengan warna pastel.
Saya sentiasa memastikan anak-anak mengemas kembali barang-barang mainan mereka atau apa saja barang yang bersepah setelah selesai bermain,” kongsi Fazilah Ali yang merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.
Fazilah sekeluarga sudah pun mendiami kediaman yang berkeluasan 21×76 kaki ini hampir dua tahun dan merupakan kediaman kedua mereka.
RUANG LEBIH LUAS
“Saya memilih jenis kediaman ini kerana keutamaan kepada anak-anak yang suka dengan keadaan yang luas dan lapang untuk bermain. Tambahan pula, saya suka bercucuk tanam. Dengan adanya sedikit ruang membolehkan saya untuk bercucuk tanam dengan pokok-pokok bunga serta tanaman buah-buahan dan sayuran.
Kekerapan menukar dekorasi bergantung kepada keadaan. Jika barang atau perabot telah rosak terlebih dahulu saya akan pastikan ia masih boleh digunakan ataupun tidak. Jika masih elok saya akan membaikinya. Sebulan sekali saya akan menukar kedudukan perabot atau warna hiasan seperti kain alas dan langsir.
Hanya dengan sedikit sentuhan warna mampu merubah keadaan rumah. Sekali sekala juga saya akan menambah item baru jika dirasakan sesuai,” ungkap Fazilah yang memilih ruang tamu kedua sebagai sudut paling digemari.
Leceh dan membazir! Itu mungkin tanggapan negatif segelintir orang tentang ibu bapa yang membawa anak kecil mengerjakan umrah. Namun apa yang dikongsi oleh Puan Rebecca Melessa Haji Romaini, 30, ini pasti menukar persepsi tersebut.
Bolehkah ibu bapa beribadah dengan sempurna jika membawa anak kecil? Tidakkah kesibukan menguruskan ragam mereka nanti bakal mengganggu kelancaran dan fokus kita di Tanah Suci?
Jujurnya Nona tertarik dengan sharing Puan Rebecca Melessa atau Cikka di akaun Facebook beliau. Keluarga kecil yang berasal dari Klang itu telah berlepas ke Mekah pada 24 November lalu dan pulang ke Malaysia pada 5 Disember, selepas 11 hari di sana.
Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk anda yang bakal mengerjakan umrah dengan anak-anak suatu hari nanti.
=============================
Disebabkan ramai yang tanya, best ke bawak budak-budak time umrah? Cikka cuma cakap, “Jangan! Jangan tak bawak dorang! Ya walaupun ada dugaan kecil and ibadat agak terbatas, tapi hikmahnya bila time solat si kecik pun nak solat.
Cikka ke sana dengan dua anak kecil, Rayyan umur 1 tahun 10 bulan dan Juna pula berumur 3 tahun 5 bulan. Kami suami isteri memang lebih banyak bersabar kalau ada ujian. Yes! Banyak-banyak bersabar. So ini antara tip yang Cikka boleh share.
(1) Doa dan berfikiran positif
Dua minggu sebelum menunaikan umrah, Cikka sentiasa berdoa minta ibadah kami di sana dipermudahkan dengan anak-anak. Tak meragam masa nak solat, tak berak atau kencing masa kami tunaikan umrah. Sentiasa fikir positif and cakap baik-baik kat sana. Sebab apa yang kita niat and cakap semua akan termakbul tau. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan.
Kat sana kalau meragam memang Cikka bacakan surah Al-Insyirah dan 3 Qul, kemudian hembus kat ubun-ubun mereka. Supaya tak terlalu hyper. Masa nak buat tawaf pun memang niat supaya tak buat sesuatu yang boleh batalkan umrah ibu bapa dia. So akhirnya masa nak tawaf, dorang tidur kat kerusi roda.
(2) Sentiasa bercakap tentang Mekah & Madinah
Seminggu sebelum pergi, Cikka suka tunjukkan anak-anak pasal Kaabah, pasal ibadat kat sana, bawak mereka ke masjid dan selalu cerita tentang situasi di sana. Cikka tunjukkan video tawaf supaya faham. Bila kami sampai kat hotel, bayangkan dorang punyalah teruja dan cakap, “Mama, Mama! Kaabah!”
(3) Permainan dan gajet
Memandangkan tempoh penerbangan yang agak lama, so kami dah bawak siap-siap toys and gadget untuk lekakan mereka. Kami naik flight MAS, apa yang bagusnya kalau bawak si kecil, tak payah beratur panjang. Ibu bapa dan anak-anak boleh terus masuk.
Memula cuak jugak bayangkan kalau kat flight nanti dorang cranky. Tapi rupanya dalam flight dah ada kartun kat TV. So dorang tengok itu je. Bila ngantuk, ada disediakan bassinet untuk si kecik tidur. Si abang pulak tidur kat pangkuan je.
Tengok rancangan kartun dalam flight.Si kecik seronok tidur dalam bassinet walaupun kaki panjang.
Masa di Madinah dan Mekah, honestly permainan yang kami bawak pun tak banyak guna. Gajet pun cuma guna dalam bas je waktu dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah. Perjalanan bas tu saja 6 jam. Masa yang selebihnya, Cikka ajak dorang explore sendiri kat sana. Main dengan kawan kawan, berlari sana sini, bagi rangsangan minda.
Cuma si Rayyan ni memang terlebih aktif. Asal solat je dia hilang nak cari bapak dia. Tapi nasib jemaah lain faham. Asal nampak Cikka dok mencari, terus tunjuk arah Rayyan pergi. Even kami pun bercakap macam ayam dan itik.
Masa di Masjid Nabawi, kami tangkap gambar berlima. Juna kat belakang buat perangai.
(4) First aid kit
Luckily kami bawak ubat dari sini sebab dorang selesema dan batuk kat sana. Mungkin perubahan cuaca. Plus kat sana tak ada klinik dan ubat-ubatannya sangatlah mahal.
Cuma bila sampai di Mekah, Juna terus kena demam panas. Nak tak nak kena masukkan ubat cara rectum suppository. Dan kami kena bergilir-gilir buat tawaf serta ibadat kat sana. Memang agak mencabar sebab kami bawak sekali mak yang dah uzur.
Antara ubat-ubatan yang Cikka bawak. Baby balm ni berguna masa anak selesema, susah nak tidur atau gatal-gatal.Di Mekah, Juna terus demam panas sampai menggigil. Kami kena gilir-gilir buat ibadat di masjid.Kami bawak ke telaga zam zam dan terus mandikan Juna dengan air zam zam. Terus sihat balik.
(5) Kerjasama dan toleransi
Honestly bila sampai sana, kerjasama dua pihak jadi sangat penting. Sebab kita pun tak dapat jangka apa akan jadi kat dorangso kami cadang si abang ikut bapaknya dan si adik ikut maknya.
Peliknya masa kat sana, dorang berdua nak dengan Papanya. Mungkin Allah nak Cikka fokus kat mak kot. But alhamdulillah, husband super ohsem sebab sabar je layan kerenah anak-anak.
(6) Makanan
Kalau cakap pasal makanan, jangan risaulah! Orang sana sangat pemurah dan Rayyan yang paling untung sebab ikut maknya. Jemaah perempuan suka sangat bagi makanan.
Bila tanya kat Juna, dia tak dapat pun, hahaha… Kesian betul. Tapi kerjanya asyik makan coklat je la kan? Mama tak kisah pun time kat sini. bagi chanceeee... Setiap hari kami minum air zam zam je, free flow always! Memang heaven. Setiap kali minum niat je kat dorang. Alhamdulillah Juna dan Rayyan makin lancar bercakap lepas balik Malaysia.
(7) Pakaian
Sekarang memang musim sejuk. Kami pulak tak bawak baju tidur banyak. Sebab mostly spend time kat masjid. And kitorang beli jubah je kat sana sebab jubah budak murah. Dalam 10 riyal je.
Tapi stoking kena bawak sebab sejuk. Kalau di Madinah, ok sikit kawasannya. Cuma kalau kat Masjidil Haram, lantai agak kurang bersih, jadi kenalah pakai selalu. Satu lagi bawaklah selimut kecik dan bantal travel. Senang anak-anak nak tidur kalau pergi masjid waktu pagi dan malam.
Pegi masjid mesti bawak selimut dan bantal kecik. Senang tidurkan anak atas lantai. Sejuk kat dalam tu.
(8) Stroller and baby carrier
Dua dua benda ni Cikka bawak. Penting untuk guna di airport dan kalau pergi ziarah. Tapi rasanya baby carrier lagi mudah. Si abang pula berjalan atau didukung ayahnya.
Cikka ada bawak harness tapi malangnya dorang taknak diikat. Menangis-nangis macam kena dera. Akhirnya reda jer mereka berjalan sana sini.
Kami kena tawaf di tingkat 1 masa buat tawaf qudum sebab ada orang tua yang berkerusi roda dan budak-budak. Jadi mutawwif buat keputusan untuk tawaf sama-sama kat atas terus. Di Mekah kita tak boleh bawak masuk stroller tau. Cikka terpaksa bawa dorang guna kerusi roda yang dipinjam dari hotel.
Di Jabal Rahmah. Anak-anak demam panas disebabkan kena mendaki.Baby carrier sangat berguna waktu ziarah.Sebelum bergerak ke Baitulmal untuk buat tawaf qudum. Disebabkan stroller tak boleh bawak masuk jadi kami pakai wheelchair je.
(9) Tawaf dengan anak-anak
Pasal si kecik dua orang ni sangat aktif so Cikka decide buat tawaf guna skuter je. Yeap, memang ada perkhidmatan tu kat tingkat 3. Kalau double seat dalam 100 riyal. Encik suami bawak mak tawaf kat Kaabah dan Cikka bawak dorang tawaf kat atas.
Kami decide untuk buat tawaf menaiki skuter di tingkat 3. Husband naik single seat skuter dalam 50 riyal dan Cikka naik double seat 100 riyal.
Anak-anak suka sangat bertawaf dan sampai tertidur kena angin. Sambil tu ajaklah berzikir sekali. Memang hubungan ibu-anak jadi lebih rapat kata orang.
But so far pengalaman bawak mereka sangat sangat berbaloi! Banyak rahmat dan barakah kita dapat. Sebab anak pun salah satu penyumbang rezeki kita. Jangan sesekali cakap menyusahkan, insyaAllah dipermudahkan. Norzalina Mohd Alias
Perkongsian Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu melawat kawasan beliau di Langkawi hari ini, mencuri tumpuan. Sebuah rumah usang, rupanya pernah merakam sejarah sebagai tempat tinggal beliau sewaktu bertugas sebagai pegawai perubatan sekitar 65 tahun lepas.
Sambil merenung ke luar jendela, figura tokoh politik ini yang berpelitup muka seperti leka mengimbau nostalgia. Tulisnya,
Pada tahun 1956 saya ditugas sebagai Medical Officer, Langkawi.
Ini kuarters yang saya tinggal selama 6 bulan di Jalan Ayer Hangat, Kuah.
Di seberang jalan terletak hospital lama.
Rekabentuk rumah ini masih kekal.
Di jendela yang sama saya lihat perubahan Langkawi.
PERUBAHAN YANG DIMAKSUDKAN
Dalam mentafsir kata-kata Bapa Pemodenan Malaysia ini, ada banyak aspek yang perlu dikaji sebelum dapat menyimpul maksud yang beliau sampaikan. Adakah Langkawi hari ini membangun seperti yang direncana, atau pun sebaliknya?
Atau apakah bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mahu rakyat berfikir tentang negara?
Sebagai Ahli Parlimen Langkawi, pasti bertuah sekali penduduk di pulau itu lantaran beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali kerap turun padang menyantuni masyarakat. Tak terhitung banyaknya jasa lelaki ini buat tanah air yang disayangi.
Direzekikan untuk masih dapat melihat tokoh negara ini berkhidmat, sihat walafiat dan mampu tersenyum dengan fikiran yang masih ligat, bagi penulis adalah satu pengalaman terindah. Tun Dr Mahathir Mohamad kini berusia 96 tahun.
Pada tahun 1954, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.
Beliau kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu tiga orang lelaki dan seorang perempuan manakala beliau mempunyai 3 orang anak angkat. Anak-anak beliau ialah Marina, Mirzan, Mahathir, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Teringat kisah sewaktu Nona menemu bual anakanda sulung pasangan ini, Datin Paduka Marina Mahathir, 64 tahun.
“Semasa kami semua membesar di Alor Setar, Ayah seorang yang garang dan tidak banyak bercakap. Kalau kami tak pergi ke sekolah, macam buat satu dosa besar bagi dia. Saya juga pernah teruk dicubit dan dimarahi apabila tukang kebun kami mengadu saya menjelir lidah kepadanya.
Berkali-kali Ayah tekankan betapa pentingnya sikap tertib dan adab sopan terhadap orang lain. Itulah yang saya pegang dan menjadi prinsip hidup sampai sekarang,” Datin Paduka Marina Mahathir
Tun Dr. Siti Hasmah pula, akui beliau turut bersikap tegas kerana beliaulah yang menguruskan semua hal berkaitan pendidikan anak-anak.
“Dia memang lemah lembut dan mesra dengan semua orang. Tapi sewaktu kami kecil, dia seorang enforcer kerana mahu melihat kami semua berjaya. Sekarang tidak lagi. Mak merupakan individu paling rajin untuk mengatur percutian keluarga dan dialah yang sentiasa membuatkan kami sekeluarga berhubung antara satu sama lain.
Kami selalu dididik bahawa hajat tak akan tertunai tanpa usaha. Dalam dunia ni tak ada yang percuma. Semua orang mesti bekerja untuk mendapatkan hasilnya. Mereka juga selalu berpesan bahawa pendidikan itu sangat penting. Tak kisahlah kami mahu kerja apa nanti asalkan mesti habis belajar.
Kerana tidak dipaksa, maka tak ada seorang pun di antara kami yang mengikut jejak langkah mereka dalam bidang perubatan. Mujurlah sekarang ada dua anak saudara yang menunjukkan minat sebagai doktor.
Percaya tak, kadang-kadang saya kena baca akhbar untuk tahu Mak dan Ayah berada di mana! Hakikatnya memang mereka berdua sibuk dengan pelbagai aktiviti di merata-rata tempat.
Ayah sudah biasa bekerja. Sebenarnya kami sekeluarga sudah puas memujuk namun Ayah masih sayangkan perjuangannya. Sampai ke satu tahap, kami jadi putus asa.
Selagi dia masih sihat, okaylah. Cuma jauh di sudut hati saya sangat kesian melihat Ayah kerana umurnya yang sudah meningkat.” Datin Paduka Marina Mahathir