Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara semalam.
Foto: Instagram @istana_negara
Keberangkatan tiba Seri Paduka, yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid serta Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Foto: Instagram @istana_negara
Kemunculan Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah ke majlis rasmi itu turut mendapat perhatian umum.
Turut hadir 400 tetamu terdiri daripada pereka fesyen tempatan dan delegasi penggiat tekstil dari 13 negara yang mengambil bahagian dalam simposium yang berlangsung sejak 25 Sept hingga Jumaat ini.
Ads
Foto: Instagram @istana_negara
Acara malam ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan serta pertunjukan busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang. Sekumpulan kanak-kanak cilik turut mempersembahkan tarian tradisional Ketipang Payung untuk para hadirin.
Foto: Instagram @istana_negara
Persembahan kebudayaan itu bagi memperkenal keunikan serta kepelbagaian kesenian, budaya dan etnik Malaysia kepada wakil-wakil negara luar.
Ads
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium itu, yang diadakan secara dwitahunan, bertujuan menghimpunkan penggiat seni tekstil ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan masing-masing.
Foto: Instagram @istana_negara
Simposium anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja itu mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik selain teknik pembuatan warisan Melayu seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Ads
Sempena simposium itu, 19 kertas kerja akan dibentang oleh wakil 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar khususnya bagi membincangkan pemeliharaan seni serta kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ kini dimeriahkan lagi dengan kolaborasi jenama terkenal itu bersama syarikat telekomunikasi mudah alih gergasi tertua di Malaysia, Celcom. Julung kalinya kerjasama ini dijallinkan sebagai tanda penghargaan mereka kepada pelanggan yang selama ini menyokong Rizman Ruzaini yang turut melanggan perkhidmatan jalur lebar itu.
Baucar bernilai RM50 diberikan kepada semua pelanggan Celcom yang berdaftar untuk mereka membeli barangan daripada koleksi RR Raya 2023. Pembelian boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi Rizman Ruzaini iaitu www.rizmanruzaini.my. Pelanggan hanya perlu memasukkan kod khas iaitu RAYARRXCELCOM untuk membolehkan mereka menikmati diskaun berkenaan.
Selain daripada pembelian secara online, pelanggan juga boleh membeli secara terus di tiga RR Pop Up Booth yang terletak di Central I-City, Shah Alam, Fahrenheit88, Kuala Lumpur dan Komtar JBCC, Johor Bahru. Mereka hanya perlu menunjukkan bukti kod baucar tersebut menerusi aplikasi Celcom daripada telefon bimbit mereka. Tawaran ini berlangsung dari 4 hingga 21 April 2023.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, “Kami sentiasa membuka pintu untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat yang melihat jenama kami sebagai satu label berkualiti dan dipercayai dan Celcom antara syarikat gergasi yang memilih Rizman Ruzaini untuk jalinan kerjasama sempena Aidilfitri ini.
Syawal kali ini, kita mahu meraikan lebih ramai pelanggan kami dengan pelbagai tawaran menarik seperti pemberian diskaun. Kami mahu melihat lebih ramai rakyat Malaysia menggayakan koleksi Rizman Ruzaini di Hari Raya nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menebus baucar yang kami hadiahkan ini.”
Baucar ini boleh dilakukan dengan pembelian minimum RM299 dan ke atas dalam satu resit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bertebaran gossip pelakon manis, Laudya Cynthia Bella sudah berkahwin dengan seorang lelaki dari Dubai, kini dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni. Dipetik dari laman Liputan6 selepas satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media, Laudya memberitahu dia sudah lama berniat untuk menamatkan karier seninya dan memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.
“Doakan saya. InsyaAllah tiada filem lagi. Semoga istiqomah. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka. Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.
“Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini,” katanya memetik pada laporan dalam Liputan 6.
Laudya Cynthia Bella mengakui bahawa dirinya sudah lama tidak muncul di hadapan umum, bahkan tidak lagi akan menerima sebarang tawaran berlakon di dalam filem.
Pelakon yang cukup popular dengan siri filem Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 dan bercerai pada Julai 2020.
Sebelum ini, pengurus kepada Laudya berkongsi kenyataan menafikan dakwaan kononnya dia sudah bernikah sekali lagi selepas sebuah video tular di media sosial, baru-baru ini.
NONA mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan segala urusan Laudya Cynthia Bella dipermudahkan.
Kredit foto: Instagram (@laudyacynthiabella)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa ini. Iyalah, macam-macam juadah di jual. Lagi-lagi kalau makanan tu hanya ada ketika bulan puasa saja. Memang inilah masanya hendak penuhi selera.
Pun begitu, jangan terlalu seronok membeli juadah kerana ada beberapa perkara yang perlu anda teliti demi kesihatan diri. Kalau tak sihat, macam mana pula hendak beribadat kepada Allah, kan?
Hidangan berasaskan ayam pastinya menjadi kegemaran ramai ketika bulan Ramadan ini. Selain membekalkan protein untuk keperluan tubuh, ayam yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh memudaratkan kesihatan. Menerusi perkongsian Dr Taufiq Razif di laman Facebooknya, “Kesan darah pada ayam menjadi tempat yang sesuai untuk pembiakan kuman. Contohnya kuman campylobacter, salmonella dan listeria.
Ini salah satu punca keracunan makanan. Itu yang kadang-kadang lepas makan ayam perut jadi cramp, cirit-birit dan muntah-muntah. Lain kali check dulu sebelum makan ye. Biasanya kesan darah ni ada dekat area tulang ayam.”
Mujur Dr Taufiq sudi berkongsi ilmu. Sekurang-kurangnya sebelum beli makanan di bazar atau di mana sekalipun lepas ini, kita lebih peka dengan kebersihan makanan tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.