Nampaknya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seakan menghitung hari untuk menamatkan tugas dan tanggungjawab Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 yang lalu berikutan Sultan Muhammad V dari Kelantan menuruni takhta pemerintahan pada 6 Januari 2019.
Semalam, Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah hanya mempunyai kira-kira 239 hari, sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke Pahang. Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada Allah SWT, untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun lamanya.
“Dalam perkiraan Beta, hanya berbaki 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang,” titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam.
Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI setelah bersemayam sejak 2019. Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Sultan Pahang turut menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada institusi Majlis Raja-Raja atas kepercayaan serta amanah besar kepada Seri Paduka berdua dalam memayungi negara hampir lima tahun sejak 2019.
Seri Paduka bertitah, nasihat dan pandangan yang dizahirkan oleh Raja-Raja Melayu telah berupaya untuk membantu dalam merungkai pelbagai kemelut yang melanda negara.
“Semangat musyawarah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu terus dijunjung dan diperkasakan, sebagai mekanisme semak dan imbang terakhir ke atas tadbir urus negara yang telus, demi kelangsungan hidup rakyat jelata,” titah Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah sistem penggiliran yang di-Pertuan Agong di antara sembilan Raja-Raja Melayu yang diamalkan semenjak kemerdekaan negara, menjadi bukti kekuasaan dan jawatan bukan bersifat mutlak.
Titah Seri Paduka, institusi Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu mercu tanda yang melindungi Perlembagaan Persekutuan, menjadi sumber keadilan, tonggak kestabilan dan penjaga kepada amalan demokrasi negara.
“Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara merupakan tiang seri kepada perpaduan melangkaui kaum, bangsa dan agama.
“Ia merupakan pemusatan dan tumpuan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Kerajaan Persekutuan; Angkatan Tentera Malaysia dan rakyat jelata sekaliannya,” titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah institusi Yang di-Pertuan Agong juga merupakan pelindung kepada sekalian rakyat jelata.
“Natijahnya, Yang di-Pertuan Agong merupakan obor yang sentiasa menyinari negara agar tidak tergelincir dari acuan Perlembagaan Persekutuan, idealisme cita-cita dan harapan negara,” titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah bertitah, sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam turut melambangkan citra untuk mendaulatkan institusi berkenaan yang masih lagi kekal sebati di setiap sanubari rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat jelata atas persembahan ucapan tahniah dan doa bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang disfatkan amat bermakna dan amat besar ertinya buat Seri Paduka berdua.
Sumber: BERNAMA
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Golongan lelaki tua dikatakan semakin mendapat perhatian golongan wanita masa kini yang menyifatkan mereka memiliki sifat yang lebih matang dan berkemampuan. Setiap orang mempunyai hak untuk menentukan hidup masing-masing termasuklah dalam soal jodoh. Tak kisah lah tua, muda, kaya atau miskin sekali pun, kalau itu pilihan dan jodoh kita, harus terima seadanya. Biarlah apa orang nak kata, kerana mereka tidak berada di tempat kita.
Majlis perkahwinan yang bakal diadakan oleh Andi Sulfaidah, 30 (pengantin perempuan) dan Alwi Daeng Makkelo,70 (pengantin lelaki) menjadi bualan hangat di Bone, Indonesia. Bukan saja berkahwin dengan jarak usia yang jauh, nilai hantaran yang diberikan daripada Alwi kepada bakal isterinya, Andi juga menjadi sebutan.
Di majlis pertunangan mereka, Alwi yang berstatus duda tiga orang anak, memberi hantaran-hantaran yang mewah kepada wanita kesayangannya itu, iaitu sebuah kereta Honda, sebuah rumah atas nama Andi, barang kemas dan wang tunai Rp200 juta yang lebih kurang bersamaan dengan RM60,000! Wow, kalau total kan semua nilai barang hantaran yang diterima mahu dekat RM300,000!
“Ya, betul. Ada warga di Kecamatan Cina yang mengesahkan maharnya kelmarin dan majlis akad nikah akan diadakan pada 19 Ogos ini”, kata pendaftar pernikahan di Kecamatan Cina, Bone, Indonesia, kepada detikcom.
Menurut sumber, lamaran telah dibuat pada 8 Ogos di Dusun Bulu Tua, Bone dan pihak pengantin lelaki juga telah mencapai kata sepakat dengan keluarga pengantin lelaki berkenaan hantaran. Kesemua hantaran tersebut juga telah diserahkan dan sah menjadi hak milik pengantin perempuan itu. Alwi merupakan pengusaha dalam bidang hartanah dan mempunyai syarikat sendiri di Indonesia dan Andi merupakan salah seorang pekerja di syarikatnya.
Anak pertama Alwi, Harvana Alwi merupakan seorang doktor dan semua anaknya turut merestui hubungan bapa mereka bersama wanita tersebut. Oh, rupa-rupanya, keluarga Alwi juga bukan daripada golongan yang biasa-biasa. Memiliki perniagaan sendiri dan anak-anak pun bijak serta cantik pula tu. Diharapkan ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini berkekalan.
sumber: detikcom
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali lagi nama negara harum di mata dunia. Kali ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diberi penghormatan menerima anugerah dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) International Medal 2021 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Berita tersebut turut dikongsikan oleh koresponden TV3, Haliza Hashim melalui hantaran di laman Instagram miliknya.
Malah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada beliau sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang pembedahan perubatan di Malaysia.
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas penganugerahan tersebut yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Penganugerahan tersebut membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa,” menurut hantaran itu.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Dr Noor Hisham dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan yang berterusan.
Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut daripada Presiden RSCEd Prof Michael Griffin pada majlis santapan malam bagi memuliakan keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, felo terhormat RSCEd yang juga Canselor Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia.
Turut berangkat pada majlis itu Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Untuk rekod, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah utama dalam pengiktirafan Nona Superhero Award 2021 yang lalu.
Sumber: Utusan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibadah haji menjadi madrasah atau sekolah yang mampu mendidik jamaahnya. Sebulan lebih para jemaah haji sibuk mengerjakan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk sementara waktu, kita jauh dari hiruk pikuk urusan duniawi yang melalaikan. Setiap kali tibanya waktu solat, kita menjadi tetamu setia. Di samping itu, kita juga berkesempatan untuk mengambil ilmu agama dari para ulama tanah suci dan mempraktik agama benar. Rasulullah SAW bersabda berkenaan dengan kelebihan haji yang mabrur yang bermaksud :
Haji yang mabrur tidak lain balasannya melainkan syurga (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bertaubat setelah haji, berubah menjadi lebih baik, memiliki hati lebih lembut dan bersih, ilmu dan amal lebih mantap dan benar, kemudian istiqamah di atas kebaikan itu adalah salah satu tanda haji mabrur. Banyak sekali disebutkan tanda-tanda yang menunjukkan seseorang jemaah mendapat haji yang mabrur dan diterima oleh Allah, antaranya seperti apa yang diperkatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri r.a. :
Haji mabrur adalah bahwa bila pelakunya kembali, zuhud terhadap dunia dan cintakan akhirat
Ibnu Hajar al-Haitami juga mengatakan :
Dikatakan bahwa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, mengganti teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik, dan mengganti majlis kelalaian dengan majlis zikir dan kesedaran.
Logiknya, setiap orang yang menjalankan ibadah haji akan pulang dari tanah suci dalam keadaan yang lebih baik. Namun yang terjadi tidak demikian, apalagi setelah senggang waktu yang lama dari waktu berhaji. Ramai sudah hilang kebaikannya.Beberapa tip di bawah boleh dijadikan panduan untuk terus kekal berhijrah menjadi orang baru yang sentiasa mendapat limpahan kurnia taufiq hidayah dan redaNya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Surat Cinta Naura Kepada CEO mengisahkan Naura Raisya, seorang wanita alpha yang berjaya dalam kerjaya namun terpaksa berdepan insiden memalukan apabila tujuh surat cinta rahsianya tersebar di pejabat.