Terpesona dengan kejelitaan Kuza. Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-49. Diam tak diam, dekat 50 tahun dah usia Kuza. Tidak dinafikan aura dramatis ini masih memikat sampai sekarang.
Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah.
Bersempena hari lahirnya, Kuza turut berkongsi ucapan syukur di media sosial. “Wishing myself the happiest of birthdays. On this special day, I just want to thank you Allah for the priceless gift of life that He has given me and for the wonderful people He has put in my life.”
Disifatkan seorang wanita berjiwa sederhana, Kuza dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu sudi berkongsi pengalaman hidupnya agar dapat dijadikan inspirasi buat peminat.
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Mencecah usia 49 tahun, Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.
Ads
Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.
“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
Ads
Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih. Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”
Dalam kesibukan sebagai pelakon, Kuza berani melangkah setapak ke hadapan apabila menceburi bidang perniagaan tudung. Khabarnya, tudung jenama Kuza Scarf mula dijual sekitar Oktober tahun lalu. Pelbagai rekaan menarik dan menepati cita rasa para hijabi masa kini. Tahniah!
Ads
Sentiasa cekal menghadapi detik sukar sepanjang bergelar ibu tunggal, Kuza bagaimana pun enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Karakter Raline Shah yang mesra dan lucu membuatkan sesiapa sahaja yang pernah bekerjasama dengannya berasa senang. Mula membina nama di pentas ratu cantik pada tahun 2008, percaturan Raline menyertai Pertandingan Puteri Indonesia nyata berbaloi kerana dia kini berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.
Tidak hanya dikagumi kerana rupa paras cantik, pemilik nama Raline Rahmat Shah ini juga bijak orangnya.
Hadir dengan gaya elegan ketika sesi fotografi penghias Nona baru-baru ini, Raline tiba dengan senyuman dan aura mempersona.
Meniti usia 39 tahun, jelitawan Indonesia berkenaan akui teruja setiap kali berkunjung ke Malaysia yang diibaratkan seperti rumah keduanya apatah lagi mempunyai susur galur keluarga berketurunan Melayu.
Tidak hairanlah Raline fasih berbahasa Melayu. Mengulas lanjut latar belakang keluarga, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan membuka bicara.
KELUARGA
“Datuk saya orang Melaka dan tinggal di sana selama tujuh tahun. Selepas itu datuk bekerja di Singapura dan nenek saya orang Johor. Jadi mereka berpindah ke Singapura untuk bekerja. Bila sudah bersara, mereka mahu tinggal di Johor Bahru.
Setelah datuk bersara, dia hendak jadi orang Malaysia sebab katanya dia lahir di Malaysia dan nak meninggal di sini. Datuk sangat bangga menjadi orang Malaysia dan saya juga sangat bangga ada keturunan orang Melayu dan Malaysia.
Sampai sekarang pun saya masih berhubung dengan kawan-kawan di sini dan pernah bersekolah di Malaysia. Tahun 1998 saya pindah ke Johor Bahru dan bersekolah di Kolej Tuanku Ja’afar for my A Level. Pendek kata, bagi saya pergi KL ini seperti pulang ke kampung,” dedahnya yang menggemari hidangan Laksa Johor.
Pernah membintangi filem produksi Malaysia dan Indonesia iaitu Polis Evo 2 pada tahun 2018, Raline merupakan personaliti berdisiplin dan bercita-cita tinggi dalam karier seni. Buktinya, usahawan ini nekad mencari potensi diri dan berusaha menjadi anak seni berkualiti di mata dunia.
“Saya baru selesai belajar di Amerika Syarikat untuk komedi dan lakonan drama demi memperbaiki keupayaan seni lakonan dan suara. Semua ini saya buat kerana saya mahu pergi ke peringkat antarabangsa. Bukan hanya tertumpu di Amerika tetapi juga luar Indonesia.
Misalnya di Asia kerana negara-negara Asia juga banyak peluang dan potensi untuk bekerjasama. Kalau di Malaysia pun apa salahnya. Apa lagi Malaysia dan Indonesia juga berjiran.
Setakat ini ada dua skrip yang tengah diperjuangkan. Ia sesuatu yang menyeronokkan sebab saya dah sekian lama tidak berlakon filem Indonesia jadi ia pastinya menjadi tahun yang bermakna buat saya.
Jika diberi peluang, saya teringin melakonkan watak komedi. Bagi saya art film di Malaysia juga sangat bagus dan pengarah di sini berbakat besar,” ulas Raline mengenai perancangan seni.
AKTIVIS
Tidak sekadar aktif mengemudi kerjaya seni ke peringkat global Raline juga memanfaatkan populariti yang diraih untuk berbakti kepada masyarakat khususnya golongan memerlukan. Difahamkan graduan National University of Singapore ini minat menceburi misi kebajikan daripada ibu tersayang, Roseline yang aktif dengan kerja advokasi.
Sepanjang pembabitan sebagai anak seni, Raline turut dikenali sebagai aktivis kemanusiaan dan bergelar pengasas rumah kebajikan Rumah Harapan Indonesia dan Yayasan Tunas Bakti.
Ditanya impian sekiranya tidak menjadi selebriti, Raline dalam nada tegas menyuarakan hasrat hati.
“Saya nak buat banyak charity. Saya nak educate young women terutama yang tiada opportunity atau pernah didera untuk berdikari dan mencari potensi serta bakat mereka agar dapat kehidupan lebih baik.
Rumah Harapan Indonesia ini menjadi rumah singgahan untuk kanak-kanak bawah usia 16 tahun yang sakit kronik. Kami beri rumah untuk mereka dari kampung ini yang datang ke bandar untuk mendapatkan rawatan di hospital dan tidak ada tempat untuk mereka berteduh sepanjang tempoh itu. Juga memberi mereka kemudahan pengangkutan dan makanan.
Banyak insiden menyentuh hati di sini dan saya boleh lihat kekuatan kaum ibu ini menghadapi anak-anak yang sakit. Mereka bukan saja harus jaga anak tetapi uruskan suami di rumah. Saya sendiri saksikan ada di antara penghuni rumah ini meninggal dunia.
Sebetulnya yang membuat hidup kita ini panjang dan bahagia ialah community building and having each other dan kita perlu tahu bahawa kita tak sendiri di dunia ini. Ada orang mahu bantu dan Allah itu ada,” ungkapnya mengakhiri perbualan.
Konsep: KIFFY RAZAK
Teks: SUZIANA ABU DAUD
Pembantu penyelaras: NORZALINA MOHD ALIAS
Foto: REMY OTHMAN
Video: REMY OTHMAN & MUHD QAAF
Busana: KHOON HOOI
Solekan: TIAR ZAINAL
Dandanan: HAIR BY LALA
Lokasi: COMMUNE KL
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kavita Sidhu ni pakai apa pun terletak cantik je! Memang sudah terbukti fesyen baju kurung takkan pernah lapuk dek zaman. Bekas ratu cantik, Kavita Kaur Sidhu sendiri pun dilihat selesa dan gemar bergaya dengan baju kurung.
Meskipun berbeza bangsa dan agama, namun ia bukan larangan buat wanita tinggi lampai ini mengenakan pakaian tradisional masyarakat Melayu. Tambahan pula, bersempena ketibaan Aidilfitri.
Inilah untungnya bila hidup dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Bukan saja dapat meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal bersama-sama bahkan dapat mempelajari budaya dan adat masing-masing.
Tidak menjadi kesalahan pun. Mesti kaum lain juga rasa dihargai bila tengok orang Melayu mengenakan cheongsam, India memakai baju kurung dan begitu jugalah sebaliknya.
Anggun menggayakan busana tradisi baju kurung terutamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan selebriti, acara rasmi mahupun ketika lebaran tiba, ia sebenarnya bukanlah satu perkara baru bagi Kavita kerana sebelum ini pun memang jelitawan ini sudah terbiasa dengan pemakaian orang Melayu.
Bahkan beberapa tahun lepas juga pelakon dan penerbit TV ini turut memakai beberapa koleksi baju kurung ketika pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri bersama keluarga angkatnya di Seremban, Negeri Sembilan.
Menariknya, suami Kavita iaitu Roberto Guiati pun turut didedahkan dengan Baju Melayu.
Ketika menyambut Aidilfitri di Negeri Sembilan seperti kebiasaan, Kavita turut menerima pujian warga maya apabila dia berkongsi gambarnya lengkap berpakaian tradisi baju kurung di samping suami tercinta.
Malah, dia berpeluang menziarahi pusara ahli keluarga angkatnya yang telah meninggal dunia. Siap pakai kerudung kepala lagi.
Disebabkan minatnya dalam dunia fesyen dan menghargai budaya seni masyarakat Melayu, Kavita turut menjalin kerjasama dengan beberapa jenama terkenal.
Sebelum ini, suami Kavita menjadi perhatian ramai selepas dilihat memakai kain samping songket koleksi tinggalan seniman terunggul, Tan Sri P. Ramlee!
Dedah Kavita, “So excited to see Roberto pakai kain songket dari koleksi kawan saya. Rahsia istimewa kain songket ini kepunyaan seniman agung P.RAMLEE dan digunakan dalam filem MADU TIGA!
Siapa tengok filem tu? ‘Butang baju Abang mana Pahhhh….’ It was an absolute honour to see hubs wearing this piece of treasure.”
Wow, beruntungnya Roberto. Siap pakai samping labuh paras bawah lutut lagi, memang patuh ikut pemakaian samping bagi lelaki sudah berkahwin yang pakai samping bawah lutut.
Mungkin Kavita sudah pesan awal-awal sebelum sang suami memakainya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuaca panas dan penghawa dingin di pejabat boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Selain krim pelembap, face mist juga ‘wajib’ anda jadikan teman baik agar wajah lebih segar dan berseri.
1.Melembap dan melegakan
Iritasi pada kulit sering berlaku bila tubuh dalam keadaan dehidrasi. Bayangkan kulit anda adalah penghalang daripada kesan pencemaran udara, cahaya terik matahari dan bakteria. Produk penyembur wajah yang berfaedah dan sesuai dengan semua jenis kulit adalah Thermal Water Spray yang kaya dengan mineral dan melindungi kulit dari serangan luar.
2.Hidrasi dan perlindungan matahari
Pendedahan kepada ultraviolet dan cahaya matahari adalah antara faktor penyumbang kepada kulit wajah kering. Untuk memastikan kelembapan wajah sentiasa stabil pda tahap normal, hidrasi secara intensif dan perlindungan sangat diperlukan daripada krim siang anda.
Kerana itu, kita digalakkan menyapu wajah dengan krim mengandungi SPF setiap dua jam. Untuk lebih mudah, semburan wajah yang mengandungi SPF sangat diperlukan ketika ini. Hanya semburkan pada wajah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
3.Perlindungan dari pencemaran alam sekitar
Kulit wajah kita mempunyai pori yang membolehkan asap, habuk, gas dan pelbagai lagi pencemaran udara untuk masuk ke dalam liang pori yang terbuka. Inilah musuh yang akan menyebabkan wajah lebih cepat tua.
Penyembur wajah dari bahan semula jadi misalnya menggunakan tumbuhan yang melindungi kulit dan memberi hidrasi secara semula jadi. Malah ia juga menghalang ancaman kepada kulit wajah.
4.Mempertingkatkan penghidratan
Kulit yang mendapat pendedahan berpanjangan menghakis kelembapan semula jadi. Cuba perhatikan arahan pada botol penyembur wajah anda, di mana anda perlu dab menggunakan jari agar kandungan semburan meresap ke dalam kulit.
Penyembur wajah mengandungi antiokxidant photophenols dan plant glycerin sangat sesuai untuk melembut dan menghalang kehilangan kelembapan.
5. Solekan tampak semula jadi
Sebelum mengenakan solekan, penyembur wajah ini juga boleh melembapkan kulit, menjadikan solekan anda lebih semula jadi. Rona yang ‘memeriahkan’ wajah anda juga mudah diratakan dan tahan lebih lama.
6.Kurangkan pengeluaran minyak
Bahagian zon-T dan liang pori besar ada dua perkara yang perlu dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak. Kehadiran penyembur wajah adalah penyelamat yang membersihkan liang pori, memastikan ia bersih dan melepaskan lebihan sebum serta mengelakkan jerawat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap orang pasti ada koleksi barang peribadi yang menyimpan banyak kenangan dan nilai sentimental. Seperti kebanyakan orang, Sofizah Mousin juga tidak terkecuali menjaga barangan ‘istimewa’ miliknya dengan sebaik mungkin. Antara item kesayangan Johan Qariah ini ialah Tafsir Al-Quran yang dibelinya sendiri sejak dahulu.