Nama Anok Yai kini terpahat megah dalam sejarah fesyen dunia. Wanita berkulit hitam manis yang lahir di Mesir pada tahun 1997 ini baru sahaja dinobatkan sebagai Model of the Year 2025 oleh Majlis Fesyen British.

Pengiktirafan itu diumumkan menjelang acara The Fashion Awards 2025 yang dibawakan oleh Pandora, yang akan berlangsung di Royal Albert Hall, London.

Awal Kehidupan

Anok dibesarkan dalam keluarga asal Sudan Selatan yang berpindah ke Amerika Syarikat ketika beliau masih kecil. Ibu bapanya merupakan pelarian perang yang berhijrah untuk mencari kehidupan lebih baik dan nilai ketabahan keluarga itulah yang membentuk peribadi Anok hari ini.

Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai
Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai

Sejak kecil, dia dikenali sebagai seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Minatnya terhadap sains mendorongnya melanjutkan pengajian dalam bidang biokimia di Plymouth State University, New Hampshire.

Namun siapa sangka, takdir Anok Yai bukan di makmal, tetapi di pentas peragaan antarabangsa. Kehidupannya berubah sepenuhnya pada usia 19 tahun, ketika dia menghadiri acara homecoming di Howard University, Washington D.C.

Seorang jurugambar jalanan, Steven Hall, merakam gambarnya secara spontan dan memuat naik ke Instagram. Dalam masa beberapa jam, foto itu tular ke seluruh dunia.

Bagi Anok, itu hanyalah gambar biasa. Namun bagi dunia fesyen, wajahnya luar biasa. Dalam beberapa hari sahaja, pelbagai agensi peragaan mula menghubunginya, termasuk Kyle Hagler daripada Next Management — salah satu agensi paling berpengaruh di dunia.

Ads

Tanpa pengalaman, tanpa latihan dan tanpa rancangan, dia melangkah masuk ke dunia yang selama ini hanya diimpikan dari jauh.

Model of the Year 2025

Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai

Tahun 2025 menjadi saksi dominasi Anok Yai dalam dunia fesyen global. Selain meraih gelaran Model of the Year, dia turut menghiasi muka hadapan Vogue France dan menjadi wajah utama kempen rumah fesyen ternama seperti Versace, Alaïa, dan Saint Laurent.

Wajahnya juga terus dikaitkan dengan haruman Alien oleh Mugler, menjadikannya salah satu model paling berpengaruh dalam generasinya.

Namun di sebalik glamor dan kemewahan, Anok Yai tidak pernah melupakan perjalanan getir yang dilaluinya. Sebagai wanita kulit hitam berkulit gelap, dia pernah berdepan rasa rendah diri dan penolakan terhadap warna kulitnya sendiri.

Ads

Dalam satu temu bual, Anok mengakui bahawa sewaktu kecil dia jarang melihat wanita berkulit seperti dirinya di media. “Saya tidak pernah melihat model yang berkulit sehitam saya. Ia membuatkan saya rasa saya tidak cukup cantik,” katanya.

Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai
Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai

Dunia mula berubah apabila Anok mula mengukir nama. Tahun 2019 menjadi titik penting apabila dia membuka pertunjukan fesyen Prada, menjadikannya wanita kulit hitam kedua dalam sejarah selepas Naomi Campbell yang pernah berbuat demikian.

Momen itu menandakan kebangkitan wajah baharu dalam landskap fesyen antarabangsa, seorang wanita yang tidak tunduk pada definisi kecantikan Barat, tetapi mencipta standardnya sendiri.

Ads

Simbol Kekuatan

Anok Yai, Kenali Gadis Sudan & Supermodel Kulit Hitam Pertama Dinobatkan Model of the Year 2025
Instagram @anokyai

Sejak itu, Anok Yai menjadi simbol kekuatan, keberanian dan representasi. Dia sering bercakap tentang kepelbagaian dan cinta diri, dengan harapan agar gadis-gadis muda tidak lagi menilai kecantikan melalui warna kulit.

“Saya mahu menjadi inspirasi kepada gadis berkulit gelap untuk mencintai diri mereka, untuk percaya bahawa mereka juga layak berada di sini,” katanya.

Apabila diumumkan sebagai Model of the Year 2025, Anok menzahirkan rasa syukur yang mendalam. “Perjalanan saya dari Mesir ke Sudan Selatan dan ke Amerika adalah kisah tentang ketabahan dan komuniti. Pengiktirafan ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua yang melihat diri mereka dalam kisah saya,” katanya penuh makna.

Hari ini, nama Anok Yai bukan sekadar sinonim dengan keanggunan, tetapi dengan perjuangan dan keberanian. Di sebalik wajahnya yang mempesona, tersimpan kisah seorang wanita yang pernah diragui, namun tidak pernah berhenti percaya pada dirinya.

Dunia mungkin pernah menolak keunikannya, tetapi Anok membuktikan bahawa kecantikan sebenar tidak lahir daripada warna kulit atau bentuk wajah — ia datang daripada keyakinan untuk berdiri tegak, walau seluruh dunia pernah berkata tidak.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/moka-fang-isteri-aaron-kwok-selepas-bersalin/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads