Apabila menyebut soal pengurusan kewangan, pastinya kemudahan seperti pinjaman kredit untuk kenderaan, rumah mahupun pinjaman peribadi menjadi sebahagian gaya hidup masa kini. Namun begitu, kadang-kala proses pemeriksaan kewangan mengambil masa dan melibatkan beberapa proses yang panjang memberi kesan terhadap individu untuk membuat sebarang pinjaman.
Memandang serius keperluan rakyat Malaysia terhadap masalah tersebut, ERBE World, CTOS dan CelcomDigi hari ini mengumumkan kerjasama strategik baharu untuk merevolusikan landskap perkhidmatan kewangan negara melalui aplikasi LULUS yang akan dilancarkan pada November depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah, aplikasi itu menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang mempunyai akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik mereka.
Ads
LULUS akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, biro kredit dan institusi kewangan yang akan meluaskan lagi jangkauan dan mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan mereka.
Gambar hiasan
“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.
“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.
Ads
“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), di sini pada Khamis.
Ads
Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut mensasarkan 21 buah bank akan terlibat sama dalam kerjasama strategik ini membabitkan lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman lain.
” Perancangan fasa kedua pula, pada tahun hadapan kami akan memperkenalkan LULUS sebagai platform e-dompet dan fasa ketiga yang masih dalam perancangan iaitu menjalankan perniagaan pelaburan melalui aplikasi yang sama,” ujarnya menutup perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kehamilannya kali ini membuatkan para peminat berteka teki jantina bayi yang bakal dilahirkan pada tahun hadapan.
Foto: ig @ctdk
Hari ini, penyanyi nombor satu negara telah membuat pengumuman jantina bayi itu secara langsung menerusi sesi live ‘Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza’ di aplikasi Shopee yang turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa. Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki menerusi kehamilan keduanya ini.
Foto: ig @ctdk
Dalam sesi live tersebut, suaminya turut memaklumkan bayi berkenaan akan diberikan nama dengan awalan huruf A.
“Semua anak lelaki (saya) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf ‘A’ lah,” katanya.
Datuk Seri Khalid mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief . Manakala hasil perkongsian hidup dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun. Sebagai info Siti Aafiyah merupakan cahaya matanya yang lahir pada 19 Mac 2018 hasil persenyawaan in-vitro (IVF).
Foto: ig @ctdk
Di dalam program tersebut, Siti turut berkongsi dirinya kini tidak boleh lagi mengambil makanan yang pedas seperti kebiasaan.
“Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.
“Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bila di tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja,” katanya.
Seri Ibu HAmil Jelas Terpancar Di Wajah CTDK
Terdahulu, Siti Nurhaliza mengumumkan hamil empat bulan selepas sekali lagi menjalani rawatan IVF untuk kehamilan keduanya. Pengumuman kehamilan kali ini turut disiarkan secara langsung kepada media bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ketika pelancaran secara online kolabrasi Wonderlab dan Beausiti awal Disember. Siti Nurhaliza berkata, dia kini berbadan dua dan kandungan sudah pun berusia empat bulan.
Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira pukul 8 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Berita kematian itu dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook S Subramaniam, setelah dimaklumkan oleh anak Samy, S Vell Paari.
“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita kematian Tun Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia, daripada anaknya, Vell Paari.
“Bagi kami, dia adalah mentor utama,” tulisnya.
Trivia Mengenai Mendiang Tun S. Samy Vellu:
1.Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari 1983 hingga 1989 dan sekali lagi dari 1995 hingga 2008.
2.Mendiang adalah presiden MIC paling lama berkhidmat selepas memegang jawatan itu selama 31 tahun dari 1979.
3.Mendiang pernah menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Tanpa berputus asa beliau belajar secara sambilan sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.
4. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Datuk Seri S Vell Paari dan seorang anak perempuan.
5. Mendiang merupakan bekas Menteri Kerja Raya.
6. Mendiang menerupakan penerima Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
7.Mendiang juga pernah menyandang jawatan sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau wajah terlindung di sebalik topeng muka, tapi tetap terserlah aura Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Baginda yang diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, menarik tumpuan ramai apabila pertama kali muncul di majlis rasmi selepas berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian pada 13 September lepas.
Terbaharu, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Teh bagi meraikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Wickham, Kuala Lumpur.
Kemunculan baginda sekali lagi meraih perhatian bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh masyarakat.
Apatah lagi, Sultanah Nur Diana memiliki raut wajah menawan yang membuatkan ramai terpesona dengan keperibadian baginda.
Dalam Majlis Santapan Teh berkenaan, Sultanah Kelantan anggun dalam persalinan baju kurung bermotifkan corak batik rona mint green dan lengkap berselendang polos rona sama.
Ini juga merupakan kali pertama Sultanah Nur Diana ditemani Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johannson.
Hadir sama menyerikan majlis berkenaan ialah Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puan Panglima Perlis, YAM Tengku Puan Panglima Selangor dan YM Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah.
Pada hari sama, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah turut berangkat ke Majlis Perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian berkenaan.
Turut berangkat KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, DYMM Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.