Jika selama ini tugas pereka fesyen adalah menjahit busana anggun penuh glamor untuk dijual kepada pelanggan, namun segalanya berubah sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu. Aneka warna fabrik mewah, aksesori manik dan labuci yang kebiasaannya menjadi ‘mainan’ di atas meja jahit terpaksa ‘ditolak’ tepi demi memenuhi permintaan luar biasa kelengkapan perlindungan diri atau Personal Protective Equipment (PPE). Waktu itu, hanya satu material khusus berwarna biru yang memenuhi ruang kerja kebanyakan pereka fesyen tempatan!
Menceritakan kembali saat getir menyiapkan PPE untuk kakitangan perubatan yang terlibat menangani Covid-19, Melinda Looi selaku Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA) yang juga pereka fesyen ternama negara berkongsi kisah. Kata Melinda, momen menyaksikan petugas perubatan bersengkang mata menjahit sendiri PPE mereka di hospital masih segar di ingatan wanita berusia 47 tahun ini sekaligus meruntun jiwanya.
Melinda Looi dengan PPE yang dihasilkan
Enggan duduk di rumah tanpa mempedulikan perjuangan frontliners yang menggadai nyawa demi menangani wabak berbahaya berkenaan, Melinda terus menghubungi pihak terlibat dan menyuarakan hasratnya untuk turut serta membantu petugas perubatan. Tanggal 26 Mac, Melinda nekad menghubungi Hospital Kuala Lumpur dan menyatakan kesediaan untuk membantu menghasilkan PPE.
“Jujurnya, saya sangat berterima kasih kepada volunteer dan rakan fashion designer yang telah bertungkus-lumus membantu menyiapkan PPE ini. Bila tengok di TV, jururawat dan doktor yang sendiri buat, potong dan jahit PPE di hospital… saya rasa sedih kerana menjahit adalah kepakaran dan kerja saya. Saya tak boleh cuma duduk diam dan di rumah. Saya kena tolong!
Jadi saya terus telefon HKL dan beritahu mereka, ‘Saya, Melinda Looi. Presiden MODA dan saya ada banyak kawan designer yang boleh tolong’. Selepas mendapat persetujuan, saya terus post usaha tersebut di social media untuk cari dana dan volunteer. Saya sangat terharu melihat sokongan seluruh rakyat Malaysia yang mahu sama-sama membantu dan sangat sayangkan negara. Tak sangka ramai yang menghubungi saya untuk membantu.
Ads
Tak boleh buat sebarangan dan kena ikut prosedur yang telah ditetapkan pihak hospital. Bila selesai buat sample, kami minta doktor datang ke kilang untuk periksa seterusnya dihantar ke lab bagi mendapatkan kelulusan. Kami kena pastikan ia menggunakan material yang betul. Begitu juga dari segi jahitan.”
https://www.instagram.com/p/B-sCkKfnBc2/
Ads
Ujar Melinda lagi, dua hari selepas menghubungi HKL iaitu pada 28 Mac dia sekali lagi memohon bantuan dan sumbangan daripada masyarakat untuk membeli material di media sosial.
“Orang pertama yang menghubungi saya waktu itu ialah Khoon Hooi. Kemudian, Alia Bastamam diikuti Datuk Rizalman dan ramai lagi rakan designer prihatin lain yang turut sudi membantu. Termasuklah FashionValet yang membantu untuk mencari kutipan dana yang diperlukan menerusi platform e-dagang mereka.”
Difahamkan ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melinda baru sahaja menggantung koleksi hari raya miliknya di butik. Akui Melinda, dia sangat terkesan dan buntu menghadapi hari sepanjang PKP kerana ia adalah kali pertama negara menguatkuasakan lockdown kepada rakyat.
Ads
Antara rakan artis terlibatAntara rakan artis terlibatMelinda di samping ibunyaMaterial yang digunakan untuk hasilkan PPE
Biarpun jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin mampu diatasi dengan baik hingga ke hari ini namun Melinda bersama para sukarelawan dan rakan pereka fesyen tetap meneruskan usaha menjahit PPE untuk kegunaan pihak hospital kelak.
Kata Melinda, sehingga sekarang pihaknya mempunyai 40 ribu set PPE dalam simpanan stok. Syabas dan tahniah buat pereka fesyen negara yang telah memerah keringat membantu para petugas barisan hadapan menangani wabak coronavirus ini. Semoga usaha murni mereka memberi inspirasi kepada semua untuk turut membuat kebaikan. #KITAJAGAKITA
Beruntungnya suami kepada Shila Amzah, Haris Idraki Elias! Walaupun berada jauh beribu batu di kota London tapi masih dapat nikmati juadah masakan Melayu hampir setiap hari. Lagi-lagi dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Mesti lebih sedap dan rasa bahagia. Mahu berkali-kali tambah nasi!
Sebenarnya memasak bukanlah satu perkara yang susah bagi penyanyi bersuara lunak ini. Kata Shila, dia sudah mula masuk ke dapur dan belajar memasak ketika berumur 10 tahun lagi. Jadi lepas berkahwin dan ada tanggungjawab ‘jaga perut’ suami, Shila cuba untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin dengan bantuan ibu tersayang.
Meskipun hanya mampu belajar dan kongsi resipi melalui Whatsapp dengan ibunya, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup belajar bermacam-macam jenis masakan lain. Memang terserlah usaha gigih Shila untuk membahagiakan Haris.
Memandangkan sedang berada di bulan Ramadan, kebanyakan menu iftar disediakan Shila di rumah. Antara menu yang dimasak Shila seperti Nasi Tomato, Ayam Tandoori, Sate, Nasi Ayam, Begedil, dan Kurma Daging.
Disebabkan terbiasa dengan lauk Melayu, Shila sanggup berbelanja hampir RM320 semata-mata untuk membeli produk makanan Malaysia dan ramuan tradisi yang agak susah didapati di London.
“60 pound untuk semua ni. Yang penting dapat cari daun kari dan tempe. Yang lain-lain tu additional je. Rasa macam heaven pergi kedai Wingyip area Wembley tu. Walaupun jauh namun ku sanggup.
Diam tak diam Sha habiskan masa 2 jam beli benda ni je, simply sebab mesmerised tengok banyak barang Asian,” kongsi Shila di laman Instagramnya baru-baru ini.
Shila dah Haris selamat bergelar suami isteri pada tanggal 19 April lepas dan memutuskan untuk tinggal bersama suami di London.
Sumber : Instagram Shahila Amzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
10 Februari merupakan ulang tahun kelahiran selebriti dan juga usahawan, Noor Neelofa Mohd Nor. Dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Kelantan, nama Neelofa cukup gah bukan hanya dalam industri perniagaan dan seni. Bahkan dia juga menjadi ikon fesyen.
Walau kini tampil dengan berniqab, aura dan gaya Neelofa masih menjadi ikutan. Lebih istimewa, dia tetap menjadi pilihan jenama-jenama mewah untuk menggayakan koleksi terkini.
Kredit Instagram @neelofaKredit Instagram @neelofaKredit Instagram @neelofa
Bersempena ulang tahun kelahiran ke-34, Neelofa yang merupakan isteri kepada Haris Ismail menitipkan rasa syukur atas perkahwinannya bersama lelaki pilihan tersebut.
Kongsi Neelofa, “Jazakallah Khair buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.
Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.
Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah, selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku.
Kredit Instagram @neelofaKredit Instagram @neelofaKredit Instagram @neelofaKredit Instagram @neelofa
Semoga Allah SWT sentiasa kurniakan ketenangan, kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita.”
Neelofa sah bergelar isteri Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon dan pelantun lagu Gatal, Janna Nick ada berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya, Kissya Nick di sebuah restoran terkemuka. Hantaran tersebut nyata mengundang perhatian peminat Janna yang kagum melihat keakraban keluarga Janna.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon dan model, Dini Schatzmann.
Menurut kepsyen yang ditulis Janna, dia ada menitipkan kata-kata istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta mendoakan adiknya berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti. Menjengah akaun Instagram Nurul Balqish sendiri, dia kinipun sudah memiliki hampir 63 ribu pengikut.
“Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish,” tulisnya.
Selain sebiji kek, turut kelihatan Janna dan ahli keluarganya memberikan kejutan menghadiahkan sebuah iPhone 14. Yang turut menarik perhatian warga maya juga adalah kecantikan dua adik beradik ini yang nyata manis kerana sudah tentu diwarisi daripada ibu mereka.
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.