1 Julai nyata menjadi antara momen terindah buat Amar Baharin kerana selain menyambut ulang tahun kelahiran ke-34, pelakon Jodoh-Jodoh Annisa ini menerima kejutan istimewa apabila isteri tercinta ‘menghadiahkan’ alat pengesan kehamilan baru-baru ini.
Tak mampu menyembunyikan perasaan teruja menimang cahaya mata buat kali kedua, Amar berkongsi berita gembira tersebut bersama para peminat di IG miliknya.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.”
Selain mengumumkan berita kehamilan Amyra Rosli di media sosial, Amar turut memuatnaik video pendek di akaun YouTube ‘Amyramar Tube’ milik pasangan romantis ini. Nampaknya tak lama lagi Aqeef Anaqi dah jadi abang!
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yang ke-34, isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah pregnancy test. Yeahhaaaaaaaaa.
Ads
Alhamdulillah syukur. Semoga semua dapat mendoakan agar Amyra dan baby dalam kandungan.”
Amyra Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli dilahirkan pada 24 Ogos 1991 dan sah bergelar isteri kepada Amar yang juga hero gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja pada 11 November 2016. Hampir setahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki comel bernama Aqeef Anaqi pada tanggal 15 Oktober 2017 yang kini meniti usia setahun 8 bulan.
Ads
Di samping aktif dalam pentas lakonan, nama Amyra yang kian melonjak naik sejak membintangi drama bersiri Nur… menjadi pilihan syarikat kosmetik dan pelbagai agensi lantaran rupa paras cantik dan imej bersih yang dimiliki selebriti berusia 28 tahun ini.
Antara produk yang diwakili Amyra sebagai jurucakap termasuklah Baskin-Robbins. Dia juga pernah menjadi duta bagi produk kecantikan AuraWhite bersama Ayda Jebat suatu ketika dulu.
Ads
Kredit: Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Wong Mew Choo pastinya wanita paling bertuah dan bahagia ketika ini. Mana tidaknya, 7 tahun bergelar isteri Datuk Lee Chong Wei dan setelah mempunyai dua orang anak… barulah hari ini beliau dapat menikmati bulan madu seperti pasangan suami isteri lain. Satu tempoh cukup panjang tu! Sabarnya cinta hati Datuk Chong Wei ni, tak semua isteri mampu buat macam Datin Mew Choo. Kalau ada yang berhati baik seperti beliau, memang patut isteri macam ini dihargai.
Itulah sebenarnya hakikat yang harus Datin Mew Choo tempuh bila berkahwin dengan jaguh badminton nombor satu negara. Orang nampak yang manis saja tapi tidak tahu kesulitan yang pernah mereka lalui. Dek kerana mahu memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia, Datuk Chong Wei sanggup menunda percutian bulan madu dengan isteri. Bukan setahun dua… tapi dah tujuh tahun lamanya!
Mengimbas kembali pengakuan Datuk Chong Wei mengenai perkara itu sekitar Jun lalu, “Sebab utama bersara adalah kerana saya perlu banyak berehat. Lagi satu, saya ada ‘hutang’ dengan isteri sebab selama berkahwin pada tahun 2012… kami belum sempat honeymoon lagi. Saya ‘hutang’ dia sudah lama, rasanya dekat tujuh tahun.
Dan seperti semua sedia maklum, lepas balik dari tournament saya selalu terikat dengan bermacam-macam latihan dan tournament lain. Nak bercuti pun tak boleh lama sebab dalam sukan badminton, kami kena sentiasa berlatih dan jadual yang sangat padat.
Sebab itu jugalah saya tak ada masa hendak bawa isteri pergi honeymoon mahupun bercuti. Saya rasa ini adalah masa terbaik untuk saya berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersamanya.
Memandangkan anak pun dah dua orang… jadi lepas ini saya akan ada banyak masa untuk bawa mereka pergi bercuti,” ujarnya sambil tertawa.
Lepas bersara, tumpuan dan masa saya akan lebih kepada keluarga, ibu saya, isteri dan anak-anak. Tapi yang paling utama, nak bawa isteri pergi honeymoon dulu.”
Nampaknya, jaguh badminton kebanggaan negara ini betul-betul dah tunaikan janji. Difahamkan pasangan atlet terkenal tersebut kini sedang berada di Maldives sejak selamat tiba di pulau indah berkenaan pada 7 September lepas.
Berkongsi foto percutian romantik bersama isteri tercinta… Datuk Chong Wei meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang wanita yang begitu memahami. “In my life, I thought no one loves me more than myself. However, when I saw how she broke down when I was diagnosed with cancer, I knew I’m blessed that I have someone who loves me more than myself.
I told myself not to give up and now, literally, my heart beats only because of her. If not for her, I would have lost the motivation to fight on. Everyday now with the most beautiful lady in my life is counted as a blessing in life.
Saya bersyukur kerana mempunyai Mew Choo sebagai rakan sekolah, rakan sepasukan, teman sejiwa, seterusnya menjadi isteri saya dan paling penting, rakan seperjuangan hidup saya. Saya berharap dapat menjalankan tugas sebagai suami dan bapa, mengukirkan senyuman atas mukanya setiap hari selamanya.”
Datuk Lee Chong Wei yang dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Datin Wong Mew Choo yang juga bekas pemain badminton negara pada tanggal 10 November 2012. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Kingston Lee dan Terence Lee… masing-masing berusia 6 tahun and 4 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penampilan Emine Erdogan yang anggun dan sihat bertenaga ketika menghadiri majlis rasmi kerajaan pimpinan suami tercinta tidak menampakkan usia sebenarnya yang sudah pun mencecah 70 tahun.
Meniti usia lebih separuh abad, suri hati Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ini masih ligat dengan pelbagai program dan usaha membela nasib golongan tertindas di serata dunia.
Kerajaan Turkiye pimpinan Erdogan menjadi perhatian dunia, khususnya di Malaysia, apabila proses diplomasi negara tersebut bagi membebaskan 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) daripada tahanan Israel membuahkan hasil.
Tidak hanya berjaya membebaskan kesemua aktivis berkenaan, bahkan pihak Turkiye juga membawa mereka pulang ke tanah air dengan penerbangan Turkish Airlines yang ditaja kerajaan Turkiye.
Hubungan baik yang ditonjolkan negara tersebut menarik tumpuan rakyat Malaysia, dan pastinya masyarakat ingin mengenali lebih lanjut mengenai kehidupan pemimpin Turkiye serta isteri kesayangan, Emine Erdogan.
Di Turkiye, Emine Erdogan dikenali sebagai sosok yang aktif memperjuang nasib golongan kanak-kanak dan wanita. Beliau menggunakan status dan pengaruhnya sebagai ‘First Lady’ untuk memperjuangkan pelbagai isu sosial dan kemanusiaan.
Malah, beliau lantang menyuarakan pandangan terhadap isu penindasan umat Islam di seluruh dunia. Emine Erdogan dilahirkan pada 16 Februari 1955 di Istanbul dan disenangi rakyat Turkiye kerana keramahan serta keprihatiannya terhadap masyarakat setempat.
Tidak sekadar menjadi tulang belakang suami, Emine dilapor aktif dalam dunia kebajikan dan sosial sebelum menyandang gelaran Wanita Pertama Turkiye lagi.
Difahamkan, figura wanita berpengaruh dunia ini mendirikan rumah tangga dengan Presiden Turkiye, Erdogan pada 4 Julai 1978.
Hasil perkongsian hidup bahagia itu, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Ahmet Burak Erdogan, Nacmettin Bilal Erdogan, Esra Erdogan dan Sumeyye Erdogan.
Memiliki darah keturunan Arab, Emine Erdogan sering dijadikan inspirasi dalam kalangan isteri pemimpin dunia kerana karisma, kebijaksanaan dan penampilan yang mencerminkan seorang muslimah sejati.
Selain itu, usaha Emine Erdogan menganjurkan kempen kanak-kanak dan wanita “Mothers and Daughters at School” yang membuka peluang kepada golongan ini mendalami bidang akademik serta menguasai kebolehan membaca dan menulis turut meraih pujian ramai.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga aktif menyertai persidangan antarabangsa seperti “Women in Business Life” sebagai tanda sokongan kepada penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan dan politik. Kecekalan dan semangat kemanusiaan yang ditonjolkan menjadikan Emine Erdogan simbol kekuatan dan inspirasi bagi wanita seluruh dunia.
Sebenarnya bukan mudah untuk tampil menarik di tempat kerja setiap hari terutamanya wanita. Biarpun latar karier berbeza, berpakaian formal dan sopan adalah sebaik-baik contoh etika berpakaian ke tempat kerja. Menurut seorang Pengurus Sumber Manusia di Negara Barat, “Kaedah berpakaian ke tempat kerja semakin membimbangkan dan berubah menjadi semakin kasual, tetapi harus ada had. Individu yang bekerja tidak boleh terlalu keterlaluan ke tempat kerja seperti menindik tubuh, atau mewarnakan rambut dengan rona yang terlalu terang.”
Faktor begini menyebabkan bukan sahaja anda dipandang serong tetapi menyekat peluang promosi.
Bagi wanita, keyakinan diri dan penampilan yang bersih dengan imej tersendiri adalah digalakkan. Style tidak salah, namun jangan menjadi mangsa fesyen dan memakai koleksi yang in-trend tetapi langsung tidak sesuai dengan diri dan tubuh.
Jika mengalami masalah dengan koleksi pakaian, periksa dan perbaikinya. Sekiranya anda mendapati koleksi pakaian anda tidak bersesuaian dengan diri anda dan keadaan semasa, anda berhak melontarnya. Tetapi awas jangan buang keseluruhannya kerana masih terdapat pakaian anda yang boleh dipelbagaikan daripada dibuang terus.
Berpakaian seksi tidak salah namun haruslah yang tidak terlalu menjolok mata kerana menghormati rakan sekeliling dan menjaga imej ‘profesionalisme’. 15 cara berpakaian yang dilarang di tempat kerja seharusnya menjadi perhatian anda :
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.