Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis memperingati kelahiran Rasulullah SAW yang bertemakan “Membangun Ummah MADANI”.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Majlis sambutan yang menjadi acara rasmi negara setiap tahun itu signifikan kerana menyeru umat Islam meneladani risalah dan keperibadian Rasulullah SAW yang membawa sinar ilmu, menegakkan keadilan, menolak kezaliman serta menjadi rahmat untuk seluruh alam melalui panduan al-Quran dan as-Sunnah.
Angeline Tan, Khairul Aming & Pengarah Filem Ejen Ali Terima Anugerah Maulidur Rasul 2025
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain diumumkan penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M.
Manakala pempengaruh media sosial yang juga usahawan terkenal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya.
Kredit Foto: IG Khairul Aming
Dalam majlis yang sama, pelakon Angeline Tan atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan menerima Anugerah Maulidur Rasul bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wau Animation Sdn Bhd, yang juga pengarah filem animasi Ejen Ali The Movie, Muhammad Usamah Zaid Yasin turut dinobatkan sebagai penerimaAnugerah Maulidur Rasul kategori Pengkarya/Inovator Kreatif.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan merangkap Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang menerima anugerah bagi kategori Agamawan/Kepimpinan Dakwah.
Penerima lain, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Ismail Abdul Ghani bagi kategori Wira Negara dan Pegawai Khas (Hal Ehwal Islam) kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Sarawak, Dayang Nur’ Maisarah Abang Abdul Razak bagi kategori Belia Harapan.
Penerima Anugerah Perdana menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan, manakala penerima Anugerah Maulidur Rasul menerima wang tunai RM30,000, trofi dan sijil penghargaan.
Terdahulu, Mohd Na’im melepaskan dan mengetuai perarakan kontinjen sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2025/1447H yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Seramai 6,104 peserta dengan 119 kontinjen menyertai perarakan sambutan sejauh 1.1 kilometer bermula dari kawasan parkir utama menuju ke Dewan A MAEPS
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tenang sahaja melihat kehidupan Datin Yatie Kamarzaman bersama keluarga tercintanya. Mereka dilihat sentiasa bersama meluangkan masa berkualiti dengan melakukan aktiviti keluarga seperti makan-makan, shopping dan bercuti.
Ini jelas menunjukkan bahawa bonding antara ibu bapa dan anak-anak sangat akrab.
Begitu juga hubungan antara Datin Yatie dan suami, Dato’ Ady yang kekal bahagia walaupun usia perkahwinan lebih 10 tahun.
Baru-baru ini, usahawan yang juga kakak kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini ada memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya di mana dia berkongsi tentang journey perkahwinan selepas 10 tahun.
Datin Yatie bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.
“Setiap 10 tahun journey dalam perkahwinan, saya akan tengok semula apa progress yang kami dah buat. Baik dan buruk.
“Setiap hari adalah learning process, untuk masing-masing perbaiki. Sebab dalam perkahwinan, bukan siapa yang sempurna yang bertahan… tapi siapa yang sanggup belajar, bertolak ansur dan tumbuh bersama.”
Suami Rujukan Anak-Anak
Datin Yatie turut menyifatkan suami seorang yang sangat sabar dan penyayang.
“Dialah lelaki ke-2 selepas abah, yang menjaga saya dengan penuh sabar, lembut & penuh kasih sayang. Contoh dan rujukan pada anak-anak
“Lagi 10 tahun mendatang, macam-macam berada di fikiran. Di mana kami? Bakal menghidupkan generasi akan datang. Norm juga slowly akan berubah.
“Sejujurnya, awal perkahwinan… ini lah topik yg saya selalu borakkan berdua. Masanya slowly akan tiba jua. Hopefully apa yang kita planning diberikan jalan luas & mudah.”
Bisnes Lancar
Dalam bisnes, Datin Yatie cukup dikenali dengan gelaran Yatie Sendayu Tinggi dan seorang yang sangat ligat berniaga.
Selain menguruskan Sendayu Tinggi, Yatie turut memiliki rangkaian perniagaannya yang lain.
Ternyata, pemilik nama penuh Noor Hayati Kamarzaman ini mewarisi minat dan bakat berniaga sama seperti ibunya, Rozita Ibrahim yang merupakan usahawan tersohor di Malaysia.
Dilahirkan sebagai anak sulung dalam keluarga susah telah menjadikan Datin Yatie seorang yang pandai berdikari sehinggalah menjadi siapa dirinya kini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibarat munculnya pelangi selepas hujan. Begitulah kehidupan yang dilalui pempengaruh Cik Epal saat ini selepas dia diuji dengan penceraian pada Oktober 2024. Tidak pernah menyangka rumah tangga selama 10 tahun yang dibina berakhir dengan perpisahan, personaliti ini enggan mengalah dan kembali bangkit dengan semangat baharu.
Tidak mahu lagi menoleh ke masa lalu, Cik Epal yang sebelum ini dikenali sebagai blogger kini membawa namanya ke fasa lebih tinggi.
Selain bergelar pengasas produk Makaji dan Pizza Mendonia, pemilik nama Munirah Mahmud ini juga merupakan duta pelbagai produk terkenal tanah air.
Sejak berita penceraiannya menjadi bualan, satu persatu ‘rezeki’ diterima figura ini.
Sepanjang tempoh setahun menggalas status ibu tunggal, Cik Epal ditawarkan untuk menjalin kolaborasi bersama Pak Mat Western, dilantik sebagai Duta Jakel Textile dan bekerjasama dengan label kosmetik Cubre Mi termasuk mengeluarkan koleksi Perfume Cubre Mi x Cik Epal.
Lebih bermakna, impian ibu kepada dua cahaya mata ini untuk mempunyai perniagaan piza akhirnya dimakbulkan dan mendapat sambutan hangat penggemar makanan.
Kedai Pizza Mendonia yang diusahakan jelitawan ini dilapor mula beroperasi pada pertengahan Oktober lepas.
Berkongsi pencapaian itu di media sosial, personaliti ini meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada followers kesayangan yang tidak henti-henti menyokongnya.
“Alhamdulillah kedai Pizza Mendonia dah siap dan korang boleh beli pizza wagyu tak lama lagi. Tak sabar nak jumpa korang!
Terima kasih semua yang sudi support Pizza Mendonia. Yang suka pizza wagyu Pizza Mendonia, alhamdulillah.
Untuk yang ada cadangan atau nak kami perbaiki, insyaAllah kami akan terus menambah baik kualiti dan servis kami dari semasa ke semasa.”
Tidak sampai sebulan beroperasi, piza wagyu buatan Pizza Mendonia laris di pasaran dengan jualan mencecah ratusan kotak sehari.
Cik Epal Menang Anugerah
Tidak cukup dengan kejayaan dalam bidang perniagaan dan branding, wanita ini turut menerima anugerah Selebriti Trending Terhangat Melodi 2025 dan menggondol dua anugerah di Shopee Superstar Awards 2025. Salah satunya bagi kategori Pencipta Kandungan Terbaik.
Semoga Cik Epal terus kuat semangat menempuh kehidupan di samping dua anak tersayang iaitu Han dan Yuki. Serta mencipta lebih banyak kejayaan sebagai dorongan dan sumber inspirasi kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin ada sesetengah dari anda mengenali wanita anggun ini dan mungkin ada yang tidak. Isteri kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron ini sedang mencipta nama sendiri di dalam kelompok fesyen global. Walaupun Brigitte Marie-Claude Macron berumur 64 tahun, usia tidak menghalang dirinya untuk kelihatan chic dan fashion forward berbanding isteri-isteri Presiden atau Perdana Menteri negara lain.
Walaupun perbezaan umur mereka mencipta sedikit kontroversi ketika kemenangan Emmanuel, namun kini nampaknya kehadiran Brigitte sebagai First Lady negara tersebut diterima baik.
Jom kita lihat penampilan Brigitte yang cukup mengagumkan. Beliau dilihat memberikan satu dimensi baru sebagai seorang isteri ketua negara menerusi gaya yang cukup menarik yang selalu dikaitkan dengan gadis Perancis yang pandai bergaya. Siluet busana pilihannya juga tidak rigid seperti apa yang selalunya dipakai oleh First Lady sebaliknya memilih gaya yang popular.
Brigette bersama Melania Trump, First Lady Amerika SyarikatKetika bertemu selebriti terkenal RihannaBersama suami tercinta. Mengenakan blazer rona merah terang, cukup sempurna sebagai helaian yang memberikan penegasan gaya.
Fakta Menarik
Brigitte dan Emmanuel berkenalan sebagai seorang guru dan pelajar. Ketika itu Emmanuel baru berusia 15 tahun manakala Brigitte pula berusia 39 tahun. Namun pasangan ini hanya bercinta apabila Emmanuel berusia 18 tahun.
Percintaan ini mendapat halangan dari orang tua Emmanuel namun tiada apa dapat menghalang cinta mereka, walaupun Emmanuel telah jauh dihantar ke kota Paris bagi tujuan memisahkan mereka. Pada tahun 2007 sejurus Emmanuel tamat pelajaran di Universiti, mereka melangsungkan perkahwinan. Fiezreen Ahmad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.