Bekas anggota penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar mengakui bahawa kerjaya seni miliknya masih berjalan seperti biasa, walaupun dilihat sering melakukan aktiviti melibatkan keagamaan.
Linda sekaligus menolak dakwaan bahawa kerjaya seni beliau semakin perlahan, walaupun jarang menghiasi kaca televisyen (TV).
Selain itu, Linda turut mengiyakan dia sememangnya turut aktif menghadiri dan menganjurkan kuliah agama. Namun perkara itu tidak membataskan kerjayanya sebagai anak seni.
Ini demikian kerana, Linda menganggap bidang seni merupakan salah satu punca rezeki yang halal.
“Saya banyak terbabit dengan majlis agama, tetapi aktiviti seni masih ada. Saya ambil pendekatan seimbang.
“Secara jujur, saya lebih ke jalan agama, tetapi saya masih melakukan kerja yang mendatangkan rezeki halal,” ujarnya.
Ads
“Saya tahu had dan jaga batasan seperti pemakaian. Itu semua tiada masalah.
“Mungkin orang ingat saya tidak mahu berlakon. Hakikatnya, saya masih Linda Rafar yang dahulu, cuma penampilan saya berbeza,” jelasnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Tenang dan sejuk je mata memandang bila menatap gambar raya Arni Nazira sekeluarga di Kuala Terengganu.
Biarpun sedikit lewat memuat naik gambar-gambar rayanya itu namun ia tetap membuatkan para pengikut serta peminatnya teruja.
Turut kelihatan dalam hantarannya di Instagram ialah dua anak dara Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha. Kedua-duanya tampil ayu dengan berbaju kurung lengkap bertudung. Manis dan ayunya! Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Arni sekeluarga memilih rona sedondon untuk busana raya mereka sekeluarga.
“Beberapa gambar raya tahun ni buat kenangan. Tak sempat nak upload,” tulis Arni ringkas.
Selain terpesona dengan kecantikan Arni yang tak makan dek usia, para pengikut dan peminatnya turut teruja melihat kemeriahan serta keharmonian keluarga besarnya.
ANAK-ANAK DARA WARISI KECANTIKAN
Sedar tak sedar dah semakin dewasa puteri-puteri Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya, Puteri Aleefa dan Wan Ayesha Maserra. Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa kini masing-masing berusia awal 20-an.
Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama Arni dengan bekas suami, Datuk Awie.
Arni kini bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan 3 anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief.
Sebagai ibu, Arni tetap melayani anak-anak sama rata dan sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik.
Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua kecantikan yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
Memetik perkongsian Arni kepada Nona:-
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang.
“Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 45 tahun.
Sekadar info, sekitar 90-an Arni pernah popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’. Kini hampir 16 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: Instagram Arni Nazira
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, isu mencemuh atau mempersenda penampilan fizikal seseorang semakin menjadi-jadi diperkatakan di laman sosial. Perlakuan ejekan tubuh tidak hanya berlaku secara lisan, tetapi juga melalui gajet dan aplikasi. Contohnya, melalui komen di media sosial yang semakin meluas dilakukan hari ini, sejajar perkembangan teknologi masa kini.
Ejekan tubuh didefinisikan sebagai perbuatan memalukan seseorang atau diri sendiri melalui ejekan dan kritikan terhadap bentuk tubuh, warna kulit, penampilan, pekerjaan serta kekurangan dialami mereka.
Antara selebriti yang berhadapan dengan isu body shaming baru-baru ini ialah selebriti ternama Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL.
Tular di media sosial mengaitkan perubahan fizikal dan perutnya yang sedikit buncit sehingga isu ini menimbulkan fitnah dan diperbesar-besarkan sehingga mengheret dirinya mempunyai hubungan dengan rakan selebriti penyanyi Ariel Noah.
Mengakui terkilan dengan dakwaan tidak berasas tersebut, penyanyi berstatus ibu tunggal itu menjelaskan, isu ‘body shaming’ sebegitu memberi impak terhadapnya yang ternyata sedih dan tidak seharusnya tercetus. Bagi Bunga, andaian tersebut tidak adil terutama datangnya dari kalangan individu yang tidak mengenalinya secara peribadi.
“Sejujurnya saya sedih dan sakit hati apabila menjadi mangsa ‘body shaming’ hanya kerana perut kelihatan buncit daripada biasa.
“Sama seperti orang lain, saya juga makan. Semua ini normal terutama untuk orang yang suka makan tengah malam,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran Konsert BCL Blossom Intimate di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) semalam.
Meskipun dirinya sering menjadi mangsa kecaman apatah setelah kehilangan suami tercinta, penyanyi yang popular menerusi lagu Wanita Terbahagia itu tetap sedar bahawa bukan semua pihak memahami ‘masalah tubuh badan’ yang sering dialami oleh kaum wanita.
“Tidak dinafikan setiap wanita akan berhadapan dengan masalah perut buncit apabila datang bulan dan saya juga tidak terkecuali dari berhadapan dengan situasi yang sama. Jadi, bila isu ini timbul, saya tidak boleh hendak salahkan sesiapa kerana mungkin sudut gambar itu diambil juga mempengaruhi keadaan postur tubuh.
Saya lebih selesa untuk berdiam diri dari menjawab pertanyaan yang tidak masuk akal,” ujar Bunga yang turut berkongsi dengan rakan media perasaannya tatkala dikaitkan dengan isu yang boleh menjatuhkan fitnah itu.
“Namun, saya kecewa apabila masalah perut buncit ini dikaitkan dengan hal tidak enak terutama bersama rakan baik iaitu Ariel.
Tambah Bunga yang gembira dapat pulang ke ‘rumah keduanya’ setelah hampir 2 tahun tidak kembali ke Kuala Lumpur, dia juga belajar untuk menerima bentuk tubuhnya seadanya dan enggan membiarkan perkara negatif membelenggu dirinya.
“Jika tiga tahun kebelakangan ini saya sangat kurus padahal makan banyak tetapi bila nampak berisi, orang lemparkan pula tuduhan lain pula. Saya belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan tidak mahu rasa murung kerana tekanan daripada pihak luar. Semua ini juga boleh terjadi kerana faktor umur yang semakin meningkat,” jelas Bunga yang menginjak usia 39 tahun.
“Harapnya isu ‘body shaming’ ini terhapus dan masyarakat akan menjadi lebih terbuka dan membuang sikap suka mencipta spekulasi sendiri berdasarkan perubahan bentuk fizikal seseorang,” katanya lagi.
BCL bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 27 Januari 2023 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert Blossom-Bunga Citra Lestari merupakan konsert sulung Bunga selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.
Bunga ternyata teruja untuk menghiburkan para peminat di Malaysia dan menganggap konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk dirinya sekeluarga terutamanya selepas suami tercinta, Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.
Buat semua penggemar BCL, jangan lupa saksikan Konsert Blossom-Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023 akan datang. Tiket boleh didapati di www.ticket2u.com.my mulai 11.11.22.
Untuk rekod, BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 11.
Namun bahtera rumah tangga mereka dikejutkan dengan pemergian Ashraf secara mengejut pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung sekitar pukul 4 pagi di rumahnya di Pejaten Barat, Jakarta Selatan, Indonesia. Sejak kematian suami, BCL kerap digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan beberapa selebriti lelaki antaranya termasuklah Ariel, Afgan dan Reza Rahadian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Scarlet Johansson dan suami, Colin Jost berkahwin pada tahun 2020. Kehidupan dalam perkahwinan pasangan selebriti Hollywood terkenal ini dipenuhi dengan gelak tawa dan kegembiraan.
Dalam temu bual dengan CBS Mornings pada 12 Jun 2023 lalu, Scarlett yang kini berusia 38 tahun mendedahkan apa yang mereka lakukan untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga.
“Kami banyak ketawa dan berkomunikasi antara satu sama lain,” kongsi Scarlett mengenai suaminya yang merupakan bintang Saturday Night Live. Pasangan ini bergelar suami isteri sejak tiga tahun.
Tambah Scarlett, suaminya cenderung menjadi lebih “introvert” dan dia memastikan untuk berhubung dengannya.
“Saya berkahwin dengan seorang pelakon, pelawak dan penulis komedi. Dia kadang-kadang agak introvert. Saya pula seorang ekstrovert.
“Jadi, saya fikir kunci untuk kita sentiasa berkomunikasi dan bertanya setiap hari, ‘Bagaimana hari anda?’”
Semasa temu bual, bintang Black Widow itu anggun dalam gaun putih yang elegan. Scarlett melengkapkan penampilanya itu dengan sepasang kasut tumit tinggi.
Ibu dua anak ini turut berkongsi rutin penjagaan kulitnya. Scarlett pernah mengalami kulit berjerawat sepanjang usia 20-an.
“Saya mula menggunakan produk yang sangat lembut sekaligus mengembalikan kelembapan kulit wajah. Ketika itulah kulit saya mulai pulih dengan sendirinya,” kongsi Scarlett.
Pada Mei lalu, Scarlett dan suami beraksi di karpet merah di Festival Filem Cannes. Memandangkan suaminya sering berada di bandar New York atas urusan kerja, momen seumpama itu jarang berlaku.
Pun begitu, mereka kekal bahagia dengan cara tersendiri.
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah Taufik Batisah menyentuh hati ramai apabila beliau setia menemani isteri melalui 6 rawatan IVF dan pernah alami keguguran, bukti cinta tanpa syarat.