Kulit yang berminyak kadang kala menjadi masalah ketika bersolek. Ia boleh menjejaskan solekan serta mudah luntur. Namun begitu, usah jadikannya sebagai halangan untuk anda tampil berseri.
Ikuti 5 cara berikut.
CUCI MUKA SEHINGGA BERSIH
Perkara pertama sekali perlu anda buat jika kulit berminyak. Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum memulakan solekan. Jika kurang bersih kulit akan mudah berjerawat kerana kulit berminyak mudah bertindak balas dengan kotoran yang melekat di wajah. Gunakan pemersih muka yang sesuai agar kulit tidak terlalu kering.
Ads
GUNAKAN PRIMER
Menggunakan primer sebagai asas membantu solekan tahan lebih lama. Kawasan berminyak seperti zon T (dahi, hidung dan dagu) tidak kelihatan berkilat. Gunakan produk berasaskan bebas minyak khususnya primer, bedak asas, bedak dan pemerah pipi.
PRIMER KHUSUS UNTUK MATA
Ads
Ada yang menggunakan concealer bagi menutup lingkaran hitam bawah mata. Namun disarankan agar menghindari concealer di sekitar kelopak mata. Sebaiknya gunakan primer yang dirancang khas untuk mata agar pembayang mata dapat melekat dengan sempurna dan mampu menyerap minyak di kelopak mata.
Ads
KURANGKAN PENGGUNAAN BEDAK TABUR
Jika bedak tabur digunakan secara berlebihan dengan harapan minyak di wajah berkurang itu adalah cara yang salah. Ini kerana ia akan membuatkan pori-pori kulit menghasilkan minyak lebih banyak. Maka, gunakan bedak tabur hanya di sekitar yang berkilat atau berminyak. Gunakan jenis berformula matte translucent yang dapat menghilangkan minyak pada semua warna kulit.
KERTAS MINYAK
Sentiasa sediakan kertas minyak yang dapat menyerap minyak berlebihan di wajah. Tekan perlahan kertas minyak di kawasan berminyak saja, bukan dengan cara menggosok-gosok pada kulit wajah. Lakukan dengan cara yang betul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terinspirasi dengan gaya hidup sihat yang diamalkan Raianna A Rahman atau lebih dikenali sebagai Rai ini. Mana tidaknya, dalam kesibukan kerja pun tetap cari masa untuk kekal cergas dan bersenam. Tidak hairanlah Rai mampu mengekalkan susuk tubuh langsing dan menawan.
Bukan hanya mementingkan soal kesihatan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti beriadah, Rai juga cukup menjaga diet harian.
Pernah seorang followers Rai di media sosial bertanyakan tip kekal cantik dan kurus yang diamalkan, pengacara Go Shop ini yang tidak lokek berkongsi petua lantas membalas komen wanita tersebut dan berpesan elak minum air bergula dan cukup tidur sekurang-kurangnya tujuh jam.
Memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan, Rai yang juga seorang ibu disifatkan wanita workaholic dalam kariernya iaitu sebagai pengacara televisyen, pengacara majlis dan Voice Over (VO) Talent.
Demi memastikan penampilannya di kaca televisyen dan ketika berada di khalayak sentiasa rapi, Rai menjaga stamina dan kecergasan tubuh dengan melakukan macam-macam aktiviti. Misalnya, jogging, berbasikal, hiking, marathon, futsal dan sebagainya. Memang aktif Rai ini!
Malah, Rai sebelum ini pernah berkongsi pandangannya mengenai kesihatan di media sosial.
“It’s important that you look after your well-being, physically and mentally. It has been quite a challenge lately as I am swamped with work but when I do get a chance, I hike. It’s good to be one with nature. It’s my happy place.”
Rai kini antara pengacara terawal Go Shop iaitu sebuah program berkonsepkan beli-belah melibatkan penonton di kaca televisyen.
Kepetahan dan gaya santai Rai menjual pelbagai rangkaian produk seperti kesihatan, aksesori wanita, perhiasan rumah, pakaian dan barangan keperluan dapur berjaya menambat hati para penonton.
Sering diaju pertanyaan mengenai tugasnya dalam program tersebut, Rai menerusi temu bual bersama Sinar Harian mendedahkan, “Bila buat program siaran langsung, semestinya hos perlu lebih bersedia dan bijak mengendalikan sebarang situasi di luar jangkaan yang berlaku ketika program berlangsung.
Dalam masa sama, kita sentiasa kena kreatif dalam cara penyampaian agar apa yang kita sampaikan itu menyakinkan penonton.
Kami tidak ada sebarang skrip ketika bersiaran, semuanya dilakukan secara spontan dan santai untuk mewujudkan suasana lebih mesra dan menyenangkan bersama penonton.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, tengok gambar zaman kanak-kanaknya sahaja sudah jelas terserlah kecantikan asli milik Marian Rivera Gracia Dantes! Dikurniakan hidung yang mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir sejak kecil, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau. Tanggal 12 Ogos tahun ini, genap 37 tahun musia Marian Rivera!
Raut wajah sempurna dan susuk tubuh langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tidak hairanlah ibu muda tersebut dinobatkan sebagai selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.
Nama Marian mula bersinar di negara kelahirannya selepas kejayaan drama Marimar diikuti Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Selain berbakat dalam lakonan, selebriti berdarah keturunan Sepanyol ini juga rupa-rupanya memiliki bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol… anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini mempunyai pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas. Bapanya, Francisco ialah warganegara Sepanyol manakala ibunya pula Amalia ialah rakyat Filipina.
Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Beberapa tahun mencipta nama dalam industri seni Filipina, jelitawan ini akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan aktor kacak Filipina, Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Berdasarkan populariti mereka berdua dan kejayaan masing-masing, perkahwinan mereka turut mendapat julukan The Royal Wedding di Filipina pada tahun berkenaan.
Hampir setahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan anak perempuan comel iaitu Maria Letizia pada 23 November 2015. Empat tahun kemudian, rumah tangga mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang dinamakan Jose Sixto G. Dantes IV pada tanggal 16 April 2019.
Meskipun sudah bergelar ibu dua anak, Marian masih kekal menawan dan ramping. Apa sahaja fesyen yang digayakan selebriti kesayangan Filipina ini pasti disambut baik peminat setianya.
Berbekalkan bakat, wajah yang cantik dan personaliti menarik dimiliki Marian, aktres yang memiliki ketinggian 158 cm ini turut menjadi buruan syarikat pengiklanan yang mahu melantiknya sebagai duta atau penghias kempen pelbagai jenama mewah. Difahamkan sehingga tahun lepas, nilai kekayaan Marian dianggarkan mencecah USD 6 juta!
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga-bungaan segar Flora Vida by Marian. Ujarnya, bukan mudah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga namun kerana tanggungjawab terhadap peminat dan anak anak serta suami dia tetap akan memastikan semuanya berjalan lancar.
“Pada mulanya memang agak sukar menguruskan keluarga dan kerjaya dalam satu-satu masa. Tapi apabila anda sudah dapat membezakan masa satu yang menjadi keutamaan, ia akan menjadi mudah.
Di samping menjaga keluarga, dalam masa sama saya juga akan memantau perniagaan yang diusahakan kerana kedua-duanya adalah penting bagi saya. Walau ada ketikanya susah, tapi saya mampu uruskan keluarga dan perniagaan dengan baik.”
Bagi merancakkan lagi perniagaan tersebut, pada 10 Jun lepas Marian telah melancarkan edisi terbaharu Flora Vida by Marian yang berkonsepkan dried bloom collection. Menariknya, dalam masa hanya 5 hari selepas ia dilancarkan, koleksi ini habis dijual! Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta bakal melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Sememangnya aura Marian cukup berbisa. Apa sahaja yang dijual mahupun dipromosikan pasti laris di pasaran. Patutlah ramai pengusaha dan syarikat berskala besar berebut-rebut menjadikan jelitawan Filipina ini sebagai duta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Ezlisa Loy sedang menghitung hari menantikan hari bersejarah dan bergelar suri hati! Moga adik pelakon popular, Elfira Loy ini berada dalam keadaan sihat dan baik menjelang hari pernikahan yang dijadualkan tidak lama lagi. Iyalah, bak kata orang-orang lama ‘darah manis’.
Ezlisa atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy genap berusia 29 tahun pada 1 Mac lepas. Sebelum ini wajah cantik Ezlisa yang mesra disapa Lisa pernah menghiasi kaca televisyen dengan bakat lakonannya dalam beberapa drama dan telefilem tempatan sejak usia kecil.
Antaranya dalam drama ‘Oh My English!’ musim pertama pada tahun 2012 yang memegang watak sebagai Faiza. Selain itu, Lisa juga pernah terlibat dalam iklan komersial.
Terbaharu, anak ketiga daripada lima beradik ini memuat naik momen menyambut bridal shower di media sosial. Ezlisa kelihatan ceria diraikan kenalan rapat termasuk kakak tersayang, Elfira Loy.
Difahamkan Elfira teruja menguruskan majlis berkenaan khas buat adik tersayang. Terharu dengan usaha Elfira, pengusaha pastri Lisa Bake Day ini meluahkan rasa syukur.
“Beautiful. It was so beautiful! I never thought my bridal shower could be this PERFECT. From decorations to my outfit that Kakak prepared, the photos, and even the games. Everything was amazing.
Alhamdulillah, I have the most amazing sister who managed to pull this off. Thank you, Kakak. Thank you, my bridesmaids, for helping Kakak and making time for me.”
Sebagai kakak, melihat kegembiraan adik tersayang yang juga bakal pengantin adalah satu kepuasan bagi Elfira Loy.
“Only a few more weeks till her big day! I gave my all to make this the best soiree before your wedding. I hope you and your friends had an amazing time.”
Ezlisa Loy mengadakan majlis pertunangan dengan jejaka kacak pilihan yang dikenali sebagai Hafiz pada 27 April 2024.
Selain pernah menghiasi industri seni tanah air, Ezlisa juga mengusahakan bisnes bakeri dikenali sebagai Lisa Bake Day. Aneka jenis pastri dan sajian pencuci mulut yang dihasilkan seperti Caramel Pudding Cake, Kuih Sarang Semut dan Magnolia Banana Pudding.
Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.