Mengalir jiwa bisnes, terkini Athisha Khan ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas, lancar jenama lifestyle Flip!

Minat terhadap perniagaan diwarisi turun-temurun daripada keluarga. Selepas kejayaan membangunkan empayar hijab Naelofar serta Nunha, selebriti terkenal Neelofa dilihat memberi sokongan terhadap adik kesayangannya, Athisha Khan, ketika sidang pelancaran jenama gaya hidup terbaharu, Flip.

Baru sahaja mendirikan rumah tangga, Athisha Khan Dato’ Halim Khan merupakan isteri kepada Wan Amirul Haiqal Wan Ruzlan dan keduanya kini menetap di luar negara.

Namun demi jiwa bisnes yang mendalam, Athisha pulang ke tanah air bagi menguruskan perniagaannya sebelum kembali ke sana.

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @athishakhan

 

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @athishakhan

 

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @athishakhan

 

Personaliti media sosial ini sering digelar beauty with brains lantaran kelulusan yang dimilikinya.

Berusia 26 tahun, Athisha merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom serta merupakan vlogger popular yang mempunyai lebih 300 ribu followers di saluran YouTube.

Berlangsung di kafe Paolo Paolo Gelato di Damansara, acara santai ini turut dihadiri ibunya, Datin Noor Kartini, adik-beradik Athisha seperti Noor Nabila, Neelofa, Nur Ameera dan Aqief. Athisha merupakan anak ketujuh daripada sembilan beradik.

Turut hadir rakan-rakan terdekat seperti Kasih Iris Leona, Tyra Kamaruzzaman, Khainina Khalil, Sharifah Rose dan ramai lagi.

“Sepanjang saya menulis blog, orang selalu menitipkan komen serta pujian terhadap outfit yang selesa serta cozy dipakai. Jadi itulah yang mengingatkan saya pada pijama yang selesa dan cantik sehingga melahirkan Flip,” ujar Athisha.

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @neelofa

 

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @neelofa

 

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @neelofa

Paling menarik tentunya debut koleksi pijama Flip dalam dua corak berbeza yang menampilkan Athisha dan Little Miss Khan sebagai model utama. Begitu laris, khabarnya pijama comel ini kedua-duanya dah Sold Out di beg kuning!

Koleksi ini sudah mula dipasarkan secara online dan Athisha merancang untuk melancarkan lebih banyak produk gaya hidup seperti planner untuk akan datang.

 

KASIH NEELOFA

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @neelofa

 

Athisha Khan Ikut Jejak Langkah Neelofa, Kini Lancar Jenama Lifestyle Flip!
Instagram: @neelofa

Pujian seharusnya ditujukan juga buat bonda Neelofa dan Athisha iaitu Datin Noor Kartini kerana berjaya mendidik anak-anak menjadi ahli perniagaan berjaya.

Selain Nabila dan Neelofa, Athisha Khan juga ikut jejak langkah Neelofa sebagai pengasas dengan melancarkan jenama lifestyle Flip.

“Sangat teruja dengan pencapaian adik saya! Memperkenalkan ‘Flip’ – jenama terbaharu yang memberikan keselesaan dan gaya ke dalam kehidupan harian anda. Bangga sangat dengan Athisha!” Neelofa

Hadir dalam persalinan serba putih, Neelofa kini giat menjalankan beberapa perniagaan bersama suaminya, PU Riz.

Wanita anak dua yang bergelar jutawan itu merintis aplikasi TheNoor, TheNoor Coffee, Nunha Store, selain masih membantu bisnes keluarganya iaitu Naelofar, Young & Glow, Kucate, susu Nilofa serta banyak lagi.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/cantik-terpelajar-athisha-khan-tamat-pengajian-di-uk-kini-graduan-undang-undang/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI