Baru-baru ini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi ada berkongsi video beliau melakukan aktiviti memanah sambil menunggang kuda bersama adiknya, Hazwani Helmi. Video itu mendapat pujian ramai warga maya malah ramai berasa kagum dengan dua beradik ini kerana cukup tangkas menunggang kuda sambil memanah.

IKLAN

Menerusi video tersebut jelas kelihatan Heliza menunjukkan kemahirannya memanah sambil menunggang kuda. Seperti yang kita ketahui, aktiviti memanah dan menunggang kuda merupakan antara sukan Sunnah yang dituntut untuk umat Islam menguasainya.

HELIZA HELMI Ligat Memanah Sambil Tunggang Kuda, Warga Maya Kagum Aurat Tetap Dijaga

Walaupun menunggang kuda dan memanah boleh dikategorikan antara aktiviti lasak yang kebanyakkanya disertai oleh golongan lelaki serta menuntut keberanian dan kemahiran yang tertentu,  kini aktiviti sudah mula digemari dan menjadi pilihan wanita sebagai aktiviti riadah dan sukan.

HELIZA HELMI Ligat Memanah Sambil Tunggang Kuda, Warga Maya Kagum Aurat Tetap Dijaga

Melalui kapsyen yang ditulis oleh Heliza, beliau memohon orang ramai mendoakan beliau dan adiknya, Hazwani Helmi berjaya menjadi seorang srikandi manakala suaminya, Dato’ Sri Mahadi menjadi seorang ‘srikandi’ diredai ALLAH SWT.

IKLAN

Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari 2022.

Menjengah ruangan hantaran Heliza, ramai yang meninggalkan komen merasa kagum dengan kebolehan dan bakat terpendam Heliza.

HELIZA HELMI Ligat Memanah Sambil Tunggang Kuda, Warga Maya Kagum Aurat Tetap Dijaga HELIZA HELMI Ligat Memanah Sambil Tunggang Kuda, Warga Maya Kagum Aurat Tetap Dijaga

IKLAN

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI