Lama tak tengok lakonan Preity Zinta dalam industri filem Bollywood. Sejak mendirikan rumah tangga dan berpindah ke Amerika Syarikat, Preity memperlahankan karier seni dan lebih mengutamakan masa bersama suami serta keluarga tersayang.
Sebut saja nama Preity Zinta, pasti ramai yang tertarik dengan wajah comel dan lesung pipit yang dimilikinya. Dilahirkan pada 31 Januari 1975 di Shimla, Preity merupakan graduan Bahasa Inggeris dan pernah mengikuti pengajian Psikologi Jenayah dari St. Bede’s College, Shimla.
Dia kemudian dikatakan menyambung pelajaran ke luar negara dan akhirnya berjaya menggengam Ijazah Kedoktoran dalam bidang seni di University of East London pada tahun 2010.
Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini dia memilih untuk tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough. Lebih bermakna, rutin harian Preity sejak hujung tahun lalu bertambah sibuk apabila dia dan suami menerima kehadiran bayi kembar mereka.
Menerusi laporan media The Economic Times, Preity dan Gene membuat pengumuman mengenai bayi kembar perempuan dan lelaki mereka di Instagram pada 18 November tahun lalu. Difahamkan, bayi kembar berkenaan dilahirkan melalui ‘ibu tumpang’.
Ads
Antara selebriti Bollywood yang menggunakan ‘ibu tumpang’ untuk mendapatkan anak termasuk Shah Rukh Khan, Shilpa Shetty dan Priyanka Chopra.
Teruja dengan kehadiran cahaya mata, pasangan tersebut menamakan bayi mereka sebagai Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.
Menikmati momen indah bergelar ibu, Preity ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-47 yang lepas turut berkongsi kegembiraan dengan status baru itu.
“This birthday was like no other. We stayed home and I spent most of the day cleaning and sterilizing milk bootles for the kids, then feeding, burping and changing nappies.
Ads
I cannot believe I’m saying this but I did not find time to wear a nice dress and get all made up. Inspite of all that, this birthday was special cause I had my little ones keeping me company and it was just a family affair.”
Pasangan ini juga baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan ke-6 pada Mac lalu dan Preity meluahkan rasa bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai. “Thank you so much for loving all of me and for making me laugh all the time.
You are my best friend and confidant and I love you more every day. From boyfriend – girlfriend to husband – wife and now mom – dad, I’m loving every new phase of my life with you.”
Daripada perkongsian di media sosial, jelas terpancar wajah bahagia Preity dalam fasa bergelar seorang ibu. Malah, dia juga memuat naik gambar di samping anak tersayang meskipun belum lagi bersedia mendedahkan wajah bayi kembarnya kepada umum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selama lebih dua dekad berbakti kepada negara, bekas atlet Datuk Leong Mun Yee kini menikmati kehidupan selepas persaraan dengan tenang dan bahagia. Biarpun tidak lagi bergelar jaguh sukan namun pengalaman luas yang diraih sepanjang menjadi atlet membolehkannya menjadi jurulatih bagi skuad terjun negara.
Kejayaan Datuk Leong Mun Yee
Kejayaan yang ditempa anak jati kelahiran Ipoh, Perak ini bukan calang-calang. Atas komitmennya dalam sukan akuatik, nama Datuk Leong Mun Yee tersenarai dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak lima kali.
Lebih manis, dia berjaya menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya dwi tahunan Sukan SEA.
Bersandarkan pencapaian membanggakan itu, figura ini dikurniakan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan pada Februari 2022.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, personaliti ini terbuka berkongsi amalan gaya hidup sihatnya bagi menjaga kecergasan diri.
“Untuk mengekalkan kecergasan, saya ada juga belajar shuffle dance tapi sekadar di peringkat asas sajalah. Tapi bila sudah tidak lagi bergelar atlet sepenuh masa, rutin harian berbeza sedikit tetapi saya tetap kekal aktif dengan latihan ringan seperti bermain bola tampar dengan atlet-atlet lain.”
Datuk Leong Mun Yee Bahagia Galas Tugas Ibu
Meniti usia 41 tahun, fasa kehidupan Datuk Mun Yee lebih bermakna apabila menimang cahaya mata sulung lelaki yang dikenali sebagai Lucas pada Mei 2023.
Menerusi perkongsian di media sosial jelas terserlah wajah bahagia rakan gandingan Dato’ Pandelela Rinong berkenaan menggalas tugas sebagai ibu.
Bahkan kebanyakan posting Datuk Mun Yee kini banyak berkisar mengenai anak kesayangan. Difahamkan dia mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan yang tidak didedahkan identitinya pada pertengahan tahun 2022.
Tidak hanya berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia dalam bidang sukan, Datuk Leong Mun Yee melakar kejayaan peribadi menggenggam Sarjana Komunikasi Korporat dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada November 2022.
Semoga kejayaan diraih Datuk Mun Yee jadi inspirasi kepada golongan muda untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar Sasha Saidin. Sejak berkahwin dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang pada Januari 2020, penyanyi cantik ini tidak lagi aktif dalam dunia seni dan memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Apatah lagi, Sasha kini menetap di luar negara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan perkembangan keluarga di media sosial, Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin kian bahagia di samping anak dan suami tercinta.
Sebaik kembali bergelar isteri selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Sasha yang sah bergelar suri hati Sirhan Wahab memutuskan untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya bertugas dalam sektor kewangan di sana.
Berdasarkan posting di Instagram, kakak Zain Saidin ini berkongsi suasana Ramadan di Dubai dan kelihatan anggun berseri-seri tatkala mengenakan hijab.
Bukan hanya penampilan Sasha menjadi perhatian peminat bahkan anak lelakinya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono atau mesra disapa Arya juga menarik tumpuan ramai kerana makin kacak dan tinggi lampai.
Ibu berusia 46 tahun ini turut berkesempatan berkongsi momen menunaikan solat tarawih bersama anak tersayang pada 1 Ramadan lalu. Walau bakal menghampiri usia 50 tahun namun pesona dan wajah cantik Sasha dikagumi peminat.
Malah ada yang berpandangan penampilan Sasha tidak ubah seperti zaman anak dara dan kekal awet muda!
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana pun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang berusia 14 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali pandang, macam gadis Jepun. Cantiknya Nadiah Ramli! Selamat bergelar isteri pada 21 Februari lepas, Nadiah merupakan anak perempuan kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Pernikahan Nadiah terpaksa diadakan secara sederhana ketika memandangkan situasi Covid-19 namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat yang menjadi saksi hari bersejarah dia dan suami tercinta, Taufiq Nadzri.
Berkongsi perkenalan awal dengan suami kepada followers di Instagram, Nadiah menjelaskan mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira empat tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.
Ketika itu Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah namanya ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’
Menerusi gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Credit : @ihsansinsunCredit : @ihsansinsun
Paling mencuri tumpuan ialah wajah penuh ayu yang dimiliki Nadiah. Ternyata dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Ibu Nadiah merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Difahamkan Nadiah pernah bertugas di Universal Muzik.
Terdahulu, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020.
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.