Menelusuri posting Instagram penyanyi jelita Elyana Emrizal, beberapa kali terlihat dia memuat naik review tudung berjenama Larnie Scarves.
Bermula dengan penampilan sopannya dalam sepasang jubah serta khimar sedondon sewaktu menghadiri majlis solat hajat pada Disember lalu, Elyana dilihat semakin kerap mendekatkan dirinya pada Yang Maha Esa.
Meskipun beberapa kali Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal lantang menyelar segelintir pihak yang menuduhnya sengaja mencari publisiti daripada musibah kanser yang menimpa, namun dia tetap tenang. Satu kata-kata Elyana ni begitu menusuk kalbu…
Aku tidak peduli dengan mulut orang kerana bukan mereka yang memberi mulutku makan. Aku bukan orang yang baik. Tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik.
Ads
Dia sebelum ini pernah mengumumkan tentang penyakit kanser limfoma yang dihidapinya selama tujuh tahun, serta sedang menjalani rawatan bagi merawat penyakit tersebut.
Masih berharap agar mampu sembuh sepenuhnya, wanita tabah ini tidak mahu terus dianggap lemah. Dia giat mengaktifkan diri dalam pelbagai persembahan seni sambil menjalani rawatan dan menyertai kelas-kelas mengaji bagi menambah ilmu akhirat.
Ads
Sama-samalah kita doakan agar ibu kepada Cinta Sumayyah, 6 tahun, ini kembali sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Sambil tu jom tengok gambar Elyana bertudung ni, cantik sangatkan? Sejuk mata memandang.
Ads
Sumber: Instagram @elyanaofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita bergelar ibu memikul tanggungjawab sungguh berat. Tugasnya bagai tak pernah habis dari hari ke hari. Wanita selalu di sebut lemah tetapi cinta yang telah membuatkan mereka lebih kuat dari sesiapa pun.
Dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew dalam laman Instagram, cukup terkesan di sudut hati apabila mengenangkan kerjaya paling berat tetapi mulia di dunia. Katanya, kerjaya sebagai ibu ayah tiada gaji. Ia adalah kerja paling berat tetapi paling mulia di dunia. Ia juga adalah amanah dari Allah.
“Hargailah ibu ayah. Ucapkanlah sayang kepada mereka. Jika kita sudah menjadi ibu ayah, berilah kasih sayang dan masa untuk membimbing anak-anak.
Menjadi ibu khususnya satu pekerjaan yang tidak ada titik nokhtah. Pekerjaan yang tidak ada cuti, tidak ada MC jauh sekali untuk berhenti. “Kerja ini duit tak dapat, gaji tak dapat. Tak ada istilah sakit dalam kerja ni. Bila dapat saja kerja bila umur bertambah,kerja dia pun bertambah. Kalau usianya 100 tahun, 100 tahun dia akan sayangkan kita,”katanya.
Melafazkan kerinduan pada suri hatinya yang menguruskan rumah tangga 24 jam sehari serta menjaga anak-anak tanpa rehat mencukupi, sama seperti semua isteri dan ibu di dunia. Dia memuji kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Dalam ceramahnya lagi, Ustaz Ebit turut berkongsi rasa kerinduan yang teramat terhadap Allahyarham ibunya. Pernah sewaktu hari lahirnya, Ustza Ebit cuba menghubungi arwah ibunya dari Bangladesh hanya semata-mata untuk mendengar ucapan paling berharga. “Ebit, selamat hari lahir. Mak sayang dekat Ebit. Ucapan yang sangat saya rindui hingga sekarang,”katanya.
Pesan Ustaz Ebit, “Ucapkanlah sayang dan hargailah selagi ada kesempatan. Selalu doakan mereka. Rindunya nak menangis sebab dah tak dengar suara itu lagi dalam hidupku ini. Terima kasih Allah pinjamkan wanita yang sangat baik dalam hidupku. Semoga satu hari nanti, di sana, ku ingin ucapkan sayang dan terima kasih padanya.”
Nama Raja Farah Raja Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Raja Fara, bukan lagi nama yang asing dalam industri seni apabila penglibatanya sekitar awal tahun 2000 berjaya melonjakkan namanya buakn sahaja dalam dunia lakonan malah pengacaraan dan juga model.
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, Raja Farah sudah membintangi banyak drama dan filem. Ini termasuklah drama Durrani, Manjalara, Gadis Dari Bintang serta filem Apa Kata Hati, Anak Halal, Sal dan Aku Masih Dara.
Antara rakan artis seperjuangan dan melonjak populariti pada era itu ialah Diana Amir dan Yana Samsudin. Namun, seiring meningkat usia, kesemua selebriti wanita ini berubah selepas mendirikan rumah tangga. Nama Raja Farah juga seolah lenyap dan terus sepi dari dunia hiburan tanah air.
NONA tumpang bahagia tengok kehidupan Raja Farah sekarang. Tak dinafikan, lama tak nampak kelibat aktres ini di kaca televisyen mahupun majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, dia yang pernah popular dalam filem Haq ini seakan sepi daripada karier seni dan lakonan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah bertukar status dan galas tugas ibu dan menjadi insan lebih baik serta menikmati bahagia di samping keluarga. Kini tumpuan Raja Farah pastinya kepada anak-anak tersayang dan suami tercinta.
Untuk rekod, Raja Farah dilahirkan pada 5 Julai 1988 dan kini berusia 35 tahun. Dia mendirikan rumah tangga bersama Iskandar Ismail pada 6 September 2015 dan kehidupan pasangan ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Tiga anak Raja Farah dan Iskandar Ismail ialah Imran, Ilham yang berusia empat tahun dan anak bongsu juga puteri kesayangan, Intan yang genap berusia setahun pada 17 Jun lepas.
Raja Farah mula dikenali sebagai model iklan komersial TV menerusi iklan Beras Floral. Selain berlakon, dia juga berbakat sebagai pengacara TV dan pernah mengendalikan program Voice Out dan Suara Emas Bintang RTM 2007.
Moga segala urusan Raja Farah dan rumah tangga bersama suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Teka teki selama ini akhirnya terjawab! Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan selain rasa syukur apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua. Usia kandungan kini mencecah 4 bulan.
Nampaknya si Comel Pipi Merah, Siti Aafiyah bakal bergelar ‘kakak’ tidak lama lagi! Spekulasi hamil anak kedua ini mula tercetus pada September lalu apabila melihat gelagat Siti Aafiya mencium perut ibunya yang ketika itu sedang Live di Instagram. DS Siti Nurhaliza pun kelihatan kian berseri-seri sekarang ini.
DS Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan berita gembira ini secara rasmi ketika di penghujung sesi TwoGether Launching Live Stream yang dilangsungkan secara virtual tepat jam 2 petang tadi.
Sang pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu dan Anta Permana ini turut berkongsi berita gembira ini di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah!Di penghujung sesi TwoGether Launching Live Stream, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang berusia 4 bulan. Terima kasih di atas doa kalian semua.
Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.
Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.
Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.
Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!”
Live Stream sesi TwoGether Launching Live Stream ini juga dipancarkan secara langsung di Facebook Siti Nurhaliza & BeauSiti serta Instagram @ctdk & @beausitiofficial
“Syukur hari ini sangat bersejarah kerana saya dapat umum banyak perkara istimewa. Selain pelancaran Beautessence dan Beaunest, perlantikan Nabila Razali sebagai duta kempen produk Beautessence satu lagi pengumuman istimewa buat semua.”
CABARAN HAMIL DALAM USIA 41 TAHUN
Hamil anak kedua dalam usia 41 tahun semestinya memerlukan penjagaan yang rapi dari segi kesihatan mental dan fizikal. Ekoran daripada keputusan DS Siti Nurhaliza yang lalu untuk berehat seketika daripada industri hiburan telah menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau kembali hamil.
“Untuk kehamilan kedua ini saya memang berserah kepada Allah SWT dan melalui proses yang sama iaitu IVF. Ketika itu saya hanya berserah dan bertawakal kerana mungkin saya pernah melalui kegagalan suatu ketika dulu. Dan Siti Aafiyah adalah satu rezeki terindah yang Allah SWT berikan kepada saya.
Untuk kali kedua ini, saya tertanya-tanya juga “Adakah Allah akan beri lagi?” Dan alhamdulillah Dia beri lagi rezeki. Saya bersyukur sangat bila dapat tahu keputusan IVF adalah positif, hanya Allah SWT saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Saya mula persiapkan diri dengan berehat.”
Melihat kepada hikmah di sebalik pandemik COVID-19, selain dikurniakan rezeki hamil buat kali kedua inilah juga masa paling sesuai untuk DS Siti Nurhaliza menjaga kandungan dengan sebaik-baiknya.
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, cuma kehamilan kali ini saya mudah rasa letih. Pengalaman kehamilan bagi setiap anak itu berbeza-beza. Ketika mengandungkan Siti Aafiyah dulu saya mengalami sedikit pendarahan. Mungkin juga faktor usia, tahun depan saya sudah 42 tahun. Selain itu, saya juga kini lebih emotional.
Dalam keadaan sekarang saya banyak duduk di rumah. Tidak ke mana-mana kecuali jika ada perkara yang memerlukan untuk saya untuk keluar. Doakan saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik sehingga hari kelahiran.”
DS Siti Nurhaliza yang dijangka bersalin sekitar bulan April 2021 tidak terlalu memikirkan soal jantina bayi kedua yang bakal dilahirkan asalkan ianya sihat dan sempurna.
Semoga kehamilan kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan DS Siti Nurhaliza. Selain para pengikutnya, beliau turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis termasuk Ustaz Ebit Lew.
Kredit Foto: Instagram @ctdk & @nabila.razali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.