
Pakaian bermotif tentunya menyerlahkan personaliti anda. Selain itu, ia memberi gaya yang lebih menyeronokkan buat penampilan anda. Menyuai padan helaian yang bercorak dan tekstur yang berlainan adalah satu perkara yang menyeronokkan di dalam dunia fesyen sebenarnya tetapi ianya sedikit berisiko jika kita tersalah menyuai padankannya. Nona kongsikan cara untuk suai padan helaian bercorak dalam berfesyen jika anda sudah bersedia untuk memperagakannya.
1. GUNAKAN HANYA SATU RONA YANG SEANGKATAN
Untuk berfesyen dengan helaian bercorak, anda harus memastikan yang ianya berona yang sama atau berkaitan. Kontra dalam berfesyen adalah sesuatu yang unik tetapi pastikan ianya kekal sebati bersama apabila disuai padan, jadi ia tidak akan tampak janggal di mata khalayak ramai.
2. SEIMBANGKAN DENGAN RONA SOLID
Apabila anda ingin mengenakan helaian yang bercorak, ia penting untuk tidak menggunakan kesemua helaian dengan corak yang berbeza. Berikan sedikit helaian bercorak solid atau rona plain.Terlalu banyak corak dalam satu outfit sebenarnya tampak lebih sarat dan melebih-lebih.
3. PILIH CORAK YANG TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN
Sebagai contoh, corak bungaan dan kotak-kotak amat tidak suai untuk dipadankan bersama dalam satu persalinan. Cuba gunakan corak yang kecil dan satu lagi helaian dengan corak yang lebih understated agar ia serasi antara satu sama lain. Ia sebenarnya idea yang baik dalam menggayakan helaian dengan dua corak berbeza dalam fesyen tetapi asalkan ia masih dalam rona keluarga yang sama.
4. PILIH HELAIAN BERCORAK LEMBUT ATAU HALUS
Kadang kala memilih corak yang lembut dalam fesyen adalah idea yang bagus. Skarf rambut bercorak flora berganding dengan baju solid dan skirt dengan corak polka dot bersaiz kecil padanan yang sangat baik dalam berfesyen dengan helaian bercorak.
Pereka Muda & Berdarah Melayu, Batik Masih Menjadi Tangunggjawab RIDZUAN ALIAS

Menyertai pertandingan Piala Seri Indon suatu ketika dahulu membawa tuah kepada figura bernama Ridzuan Alias. Labelnya kian dikenali dek sentuhan elemen batik dalam rekaanya dan kian menempa nama dalam industri fesyen tanah air. Anak ke tiga dari lima orang adik beradik yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur ini juga merupakan Pengarah Kreatif bagi jenama terkenal, KREE. Pengalaman Ridzuan dalam bidang fesyen jelas terbukti apabila setiap hasil rekaanya mendapat perhatian ramai.
BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENCEBURI BIDANG FESYEN?
Salah satu sebab saya ceburi bidang fesyen ialah kerana minat yang amat mendalam dari kecil lagi. Saya mulai eksplorasi seni reka melalui latihan industri bersama pereka fesyen, Rico Rinaldi. Selepas itu saya mula dilatih untuk mengetuai kumpulan kreatif di KREE. Kini saya menggalas tugas sebagai Pengarah Kreatif di KREE dan juga Ridzuan Alias.
APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA MENCINTAI BIDANG FESYEN DAN SIAPAKAH TULANG BELAKANG ANDA SELAMA INI?
Saya menggunakan fesyen sebagai medium untuk saya mengekspresikan diri saya. Saya mencintai fesyen kerana ia sangat luas dan bagi saya, industri ini tidak pernah membosankan. Ianya boleh berkembang lagi dengan orang-orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen. Sumber dorongan saya pastinya keluarga saya, terutamanya ibu bapa saya yang tidak pernah membantah saya untuk menceburi bidang fesyen. Malah semangat dan dorongan yang diberikan amat bermakna buat perjalanan karier saya. Guru seni saya iaitu Cikgu Lydiawati juga antara pendorong saya yang hebat kerana beliaulah insan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang seni.
APAKAH SIGNATURE JENAMA ANDA DAN MENGAPA REKAAN ANDA BANYAK BERUNSURKAN SENI BATIK?
Ridzuan Alias adalah warna, over the top dan lapisan. Manakala KREE pula ialah attention. Batik ialah tanggungjawab saya sebagai anak muda yang berdarah melayu dan perlu diadaptasikan mengikut kesesuaian masa sekarang. Batik ialah seni yang dicorak pada fabrik. Ianya halus dan cukup personal.
KONGSIKAN KOLEKSI TERBAHARU ANDA
Koleksi terbaru Ridzuan Alias yang dipentaskan pada Kuala Lumpur Fashion Week 2018 untuk musim Panas 2019 ialah batik yang digabungkan dengan pelbagai fabrik. Bertemakan unsur seni Tibet. Manakala koleksi KREE yang turut sama dipentaskan di KLFW 18 bertemakan Power Dressing yang mengisahkan kuasa, tanggungjawab dan kerjaya seseorang suri.
APAKAH KEKUATAN JENAMA ANDA DAN BAGAIMANAKAN ANDA MENDAPAT INSPIRASI UNTUK MENGHASILKAN SESUATU REKAAN?
Saya banyak menitikberatkan pendapat si pemakai. Jadi saya perlu sentiasa relevan dan mengikut peredaran masa. Saya juga sukakan kesegaran di dalam penghasilan rekaan koleksi saya. Manakala saya mendapat inspirasi dan ilham adalah dari si pemakai itu sendiri. Dari situ saya mula olahkan satu persatu agar ianya sesuai dengan si pemakai dan sesuai dengan konsep yang diingini.
APAKAH PANDANGAN ANDA MENGENAI INDUSTRI FESYEN TEMPATAN BUAT MASA SEKARANG?
Pada pendapat saya, industri fesyen tempatan masa kini amat memberangsangkan. Terdapat banyak jenama baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan ia merupakan impak yang positif dalam industri fesyen tanah air. Ia juga adalah persaingan yang sihat. Pereka baru perlu lebih menonjol untuk industri fesyen menjadi lebih inovatif, berani dan segar. Jangan simpan bakat itu. Saya berharap agar satu hari nanti, kita bakal berdiri setanding dengan kota-kota fesyen lain.
BAGAIMANAKAH ANDA MELIHAT JENAMA ANDA PADA 5 TAHUN AKAN DATANG?
Impian saya untuk Ridzuan Alias dalam masa 5 tahun ialah label saya berkembang serta relevan untuk masyarakat. Selaian itu, saya juga ingin melangkah lebih jauh dalam bidang yang saya ceburi bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa, InsyaAllah.
KONGSIKAN SERBA SEDIKIT PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN SEPANJANG BERGELAR PEREKA FESYEN
Pengalaman yang paling sukar untuk saya lupakan ialah saya perlu siapkan tiga koleksi besar dan berbeza dalam waktu yang amat singkat. Selain itu, pengalaman yang boleh saya kongsikan ialah cabaran untuk memberi kepuasan buat pelanggan kesayangan kami. Untuk mencapai kepuasan 100 peratus itu, kami perlu bekerja 300 peratus. Namun pengalaman itulah yang mematangkan saya dan menjadikan saya seorang yang lebih positif.
SIAPAKAH FESYEN PILIHAN ANDA?
Ikon pereka tempatan saya ialah Dato Bernard Chandran kerana beliau mempunyai nilai estetika yang tinggi, beliau teguh dalam pegangan itu dan beliau sangat berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan di luar jangkaan. Ikon antarabangsa pilihan saya pula ialah Oscar De La Renta. Ini kerana rekaan beliau sangat menepati trend, permintaan dan super amazing detailing. Saya sentiasa nantikan setiap kali pementasan fesyen beliau!
NASIHAT ANDA BUAT PEREKA BAHARU?
Nasihat saya ialah perlu berani dan jangan takut untuk mencuba dan terokai perkara-perkara baharu. Ia adalah proses yang boleh menjadikan kita sebagai pereka yang lebih baik. Selain itu, sentiasa berpegang teguh pada pendirian. Ketahui kelebihan anda sebagai pereka dan jadikan ia sebagai signature dalam setiap rekaan. Paling penting jangan cepat mengalah dan berputus asa.
Handbag Baru Vivy Yusof, Buat PEMINAT DUCK Tak Keruan Nak Order Semua Warna!

Sejak teaser demi teaser dikeluarkan, maka hari ini berakhirlah penantian para peminat Duck untuk ‘menyambar’ beg Hannah Crossbody yang dipakai oleh Vivy Yusof.
Ibarat cinta pandang pertama, Nona sendiri tertarik dengan reka bentuk beg kulit nan klasik ini. Jika dulu Duck pernah mengeluarkan beg tote dari koleksi The KL Duck dan The Alphabet, kini jenama gaya hidup itu tekad menghasilkan beg Hannah yang lebih elegan serta penuh estetik.
Para wanita yang mengagumi karakter usahawan e-dagang, Vivy Yusof, tentu sekali teruja dapat melaram dengan beg tangan serupa yang mirip koleksi rumah fesyen Dior, iaitu Diorama. Lagi pun Vivy sendiri sangat terkenal sebagai ratu handbag, oh… makan hati tengok betapa kerapnya beliau bertukar beg dan semuanya berjenama hebat belaka.
View this post on InstagramA post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
Hannah Crossbody Bag ditampilkan dalam empat warna menawan iaitu mustard, navy, dark green dan nude. Ia bakal menembusi pasaran tempatan bermula hari ini melalui butik-butiknya di FashionValet dan The Duck Store, Pavilion, di Bangsar serta secara online.
Jika tak mahu disilangkan, dengarnya tali strap bahu juga boleh dibuka untuk dijadikan beg jinjit. Beg ini diperbuat daripada kulit asli dan paling menarik adalah buckle bertulis Duck yang ditempah khas untuk koleksi terbabit. Cara pembuatannya pun rumit tau, mujurlah hasil beg mewah menggemparkan!
Sampai ke saat ini, banyak netizen yang mula tak keruan, malah sibuk meneka-neka harga beg mewah ini untuk disambar. Jelas sentuhan Vivy Yusuf ibarat kisah The Midas Touch, sentuh apa saja tentu jadi emas! Hebatnya.
Jom kita cuci mata lagi dengan gambar-gambar ni!
View this post on InstagramSay Hello to Hannah ❤Video coming up! – D. #duckbag
A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
View this post on InstagramA post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
Bukan itu saja, pelancaran koleksi beg Hannah Crossbody turut diiringi 3 episod drama pendek macam kat bawah ni. Mohon baca kapsyen untuk faham jalan cerita D, ok?
View this post on InstagramA post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
View this post on InstagramA post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
View this post on InstagramA post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on
Sementara diumumkan, jom teka berapa ratus agaknya harga beg cantik ni?
Koleksi Terbaru MERRACK & CO Bersama Kim Raymond! Menariknya Pelakon Popular KEITH FOO Turut Membintangi Kempen Jenama Ini

Menyatukan cintanya kepada stail yang praktikal dan ringkas bergaya dengan sentuhan kemewahan yang lembut, personaliti fesyen yang terkenal di Kuala Lumpur ini telah berkolaborasi dengan jenama sepatu Merrack & Co dalam menghasilkan espadrilles bertali jut yang sesuai digayakan sebagai stail bersahaja namun memiliki sentuhan eksklusif.
Kim yang merupakan isteri kepada pelakon popular, Keith Foo telah turut sama menampilkan suaminya ini ke dalam kempen rasmi untuk koleksi ini. Koleksi ini dibahagikan kepada dua kategori yang berbeza iaitu Black Collection dan juga Holiday Collection.
Untuk Black Collection ia menampilkan rekaan espadrilles yang menggunakan fabrik baldu dihias dengan diamante dan juga manik mutiara rona putih dan perak. Untuk lelaki, rekaan dibiarkan kosong. Holiday Collection pula menyerlahkan espadrilles fabrik baldu dalam rona champange dan perak berperincian diamante.
Semestinya rekaan-rekaan yang dihasilkan amat sesuai digayakan kala anda bercuti ataupun berlibur. Sentuhan perincian kemewahan memberikan satu titik tumpu gaya yang menarik. Harga koleksi kolaborasi ini bermula dari RM219 ke RM379 mengikut rekaan.