Sememangnya benar, bahagia itu adalah pilihan sendiri. Kagum dengan semangat MacKenzie Scott, pabila terus melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan kehidupan lalu. Berkahwin dengan Ketua Pengarah Urusan (CEO) Amazon, Jeff Bezos selama 25 tahun yang akhirnya curang membuatkan wanita ini dinobatkan sebagai wanita terkaya di dunia melalui tuntutan harta sepencarian.

Bahagia Itu Pilihan, Wanita TERKAYA Di Dunia Ini Pilih Guru Sains Sebagai Suami Ke-2
MacKenzie bersama bekas suami, Jeff Bezos

MacKenzie menerima separuh daripada harta kekayaan mereka yang mencapai USD140 bilion (RM574 bilion). Namun, wanita ini benar-benar berhati mulia apabila telah mendermakan separuh daripada harta kekayaannya untuk tujuan kebajikan. Kuat sungguh semangat wanita yang berusia 50 tahun ini.

Wanita ini berhak bahagia dan telah memilih guru sains sekolah anaknya sebagai suami keduanya. Berita perkahwinan MacKenzie dan Dan Jewett ini telah diumumkan melalui laman sesawang Giving Pledge.

Bahagia Itu Pilihan, Wanita TERKAYA Di Dunia Ini Pilih Guru Sains Sebagai Suami Ke-2

MacKenzie S. Tuttle lahir pada 7 April 1970 di San Francisco, California, Amerika Syarikat. Ayah Mackenzie merupakan seorang Perancang Kewangan manakala ibunya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. MacKenzie merupakan graduan Universiti Princeton yang memiliki Sarjana dalam Bahasa Inggeris. Beliau merupakan pelajar yang pintar dan menjadi kesayangan pensyarah.

Melalui perkahwinan terdahulu, MacKenzie mempunyai empat orang anak, termasuk tiga orang lelaki dan seorang anak angkat perempuan yang berasal dari negara China. Anak sulung pasangan ini berusia 19 tahun.

Bahagia Itu Pilihan, Wanita TERKAYA Di Dunia Ini Pilih Guru Sains Sebagai Suami Ke-2

Wanita Terkaya Di Dunia ini bersama suaminya terdahulu, Jeff Bezos banyak memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti pernah menghulurkan USD2 bilion (RM8 bilion) kepada keluarga gelandangan untuk membantu anak-anak mereka memulakan persekolahan.

Mereka juga pernah menyerahkan USD3 juta (RM12 juta) untuk membiayai biasiswa untuk pelajar sekolah menengah Amerika Syarikat dengan status Deferred Action for Chilhood Arrival (DACA), sebuah program era Obama yang melindungi imigran muda yang dibawa ke Amerika Syarikat secara haram oleh ibu bapa mereka.

Foto: Instagram @mackenziebez

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI