Setiap produk yang dikeluarkan di pasaran sememangnya di datangkan tarikh luput (Expired Date) atau tarikh guna sebelum (Best Before) begitu juga dengan produk kosmetik mahupun penjagaan kulit wajah (Skincare). Namun, masih ramai kaum hawa yang tidak jelas dan cakna tentang kewujudan tarikh luput sesuatu produk itu.

Hal ini amatlah membimbangkan, kerana produk kosmetik atau skincare amat berbeza dengan makanan, di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, atau boleh menghidumakanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.

IKLAN

Begitu juga dengan setiap produk kosmetik atau skincare yang turut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa sesuai untuk digunapakai, terletak pada pembungkusannya. Namun ianya sering dipandang enteng oleh kebanyakan Wanita.

Bahaya Guna Kosmetik Tamat Tempoh! Jangan Ambil ‘Mudah’, Wanita Perlu Lebih Cakna!

“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”

“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”

Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.

Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.

Cara Ketahui Sesuatu Produk Telah Tamat Tempoh?

Bahaya Guna Kosmetik Tamat Tempoh! Jangan Ambil ‘Mudah’, Wanita Perlu Lebih Cakna!

Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.

Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.

Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?

Bahaya Guna Kosmetik Tamat Tempoh! Jangan Ambil ‘Mudah’, Wanita Perlu Lebih Cakna!

Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.

IKLAN

Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.

Anggaran Jangka Hayat Produk Solekan Kegemaran Wanita

Bahaya Guna Kosmetik Tamat Tempoh! Jangan Ambil ‘Mudah’, Wanita Perlu Lebih Cakna!

Maskara: 3 bulan

Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun

IKLAN

Gincu: 1 hingga 2 tahun

Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)

Celak krim atau gel: 2 hingga 3 bulan

Pembayang mata: 1 hingga 2 tahun

Pemerah pipi: 1 hingga 2 tahun

Pelembap: 6 bulan hingga 1 tahun

Krim mata: 6 bulan hingga 1 tahun

Serum Vitamin C: 3 hingga 6 bulan

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI