Alahai, romantiknya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah! Meskipun sudah berpuluh tahun berkahwin namun kemesraan di antara Seri Paduka Baginda berdua masih mekar. Tak ubah macam pasangan yang baru bergelar suami isteri!
Yang pasti, momen indah yang berjaya dirakam jurukamera Foto Penerangan ini telah mencuit hati rakyat di media sosial. Rata-rata mereka memuji sisi romantis dan penyayang Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Hajah Azizah.
Mana tidaknya, sudahlah tampil dengan busana sedondon warna pic… siap jalan berpegangan tangan di kelilingi bunga-bungaan dan ketawa riang lagi. Terserlah aura bahagia dan ceria di wajah baginda berdua.
Difahamkan ia adalah reaksi spontan Tuanku berdua sewaktu melalui kanopi bunga di Majlis Perasmian Royal Floria Putrajaya 2019 di Taman Botani Putrajaya, petang tadi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, festival Floria Putrajaya tahun ini diadakan bermula 31 Ogos ini hingga 8 September depan.
Ads
Sejak ditabalkan sebagai KDYMM Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lalu, Seri Paduka berdua menjadi inspirasi dan disenangi rakyat jelata kerana keperibadian Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Hajah Azizah yang cukup dekat di hati rakyat.
Pasangan diraja ini telah berkahwin pada 6 Mac 1986. Baginda dikurniakan empat orang putera dan dua orang puteri;
Ads
Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP.
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Titah Tunku Hajah Azizah kepada petugas media beberapa hari sebelum Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung, baginda bersyukur dikurniakan suami yang baik hati, sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan sepanjang 46 tahun mengenali Tuanku Abdullah, tidak pernah didengar baginda meninggikan suara.
“Tuanku ni baik. Hatinya cukup baik, tidak pernah gosip, ‘membawang’, tak pernah cakap orang jahat, tidak pernah komen, sentiasa bercakap lemah-lembut dan tidak kasar. Tuanku juga baik dengan semua orang dan layan orang tidak kira siapa pun mereka, terutama yang susah.”
Ads
Kredit foto: Instagram Istana Negara & Foto Penerangan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanser payudara adalah penyakit nombor satu bagi kaum wanita. Usah ambil mudah tentang perkara ini kerana dikhuatiri anda bakal tergolong dalam penyakit ini. Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk membantu dalam pencegahan risiko kanser payudara. Ingat, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun amat baik untuk diambil secara rutin. Lemak sihat ini boleh menurunkan tahap kolesterol dalam badan.
BUAH OREN
Ia kaya dengan vitamin C, serat, beta karoten dan antioksidan yang boleh mengelakkan anda daripada radikal bebas penyebab kanser. Anda boleh memakannya secara terus atau dijadikan sebagai jus.
TOMATO
Tomato amat disarankan untuk mengatasi ketumbuhan dan kanser. Gabungan tomato, lobak merah dan epal amat sesuai untuk diambil oleh pesakit ketumbuhan dan kanser payudara. Tomato juga kaya dengan likopen, potassium, fosfor dan zat besi. Ia membantu memebuhi keperluan badan wanita termasuk menyihatkan payudara.
KACANG SOYA
Tauhu, tempe atau soya adalah makanan ‘wajib’ yang perlu anda ambil setiap hari. Contoh, wanita Jepun kerap menggunakan soya untuk kecantikan dan kesihatan mereka. Walau pun ada yang mengatakan soya tidak membantu dalam melawan kanser dan ketumbuhan namun ia membantu melambatkan pertumbuhan sel kanser dengan protein yang terdapat dalam soya. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang berkuat kuasa serta merta hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat dengan menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
“(Hal ini termasuk) pengidaraan yang baik di dalam kabin, penggunaan penapis partikel udara yang mempunyai kecekapan tinggi (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang,”katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata KKM amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah serta ibu hamil.
Selain itu, individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga digalakkan untuk terus memakai pelitup muka di dalam kapal terbang.
Khairy memaklumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka di kapal terbang itu selaras dengan syor kesihatan dari negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.
Menurutnya lagi, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020, namun pada 7 September 2022 KKM telah mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah atas pilihan masing-masing.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti sensasi Nick Jonas dan Priyanka Chopra Jonas baru-baru ini meraikan Deepavali dan kali ini, ianya lebih istimewa kerana dapat meraikan sambutannya dengan anak perempuan mereka. Meraikan Deepavali Selasa lalu, Priyanka berkongsi gambar dengan anak kesayangan mereka, Malti Marie Chopra Jonas, sembilan bulan di laman Instagramnya.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, kelihatan Priyanka duduk sambil memangku Malti. Walau bagaimanapun sehingga kini masih belum kelihatan wajah si kecil mereka kerana kedua-dua masih lagi bertindak menyembunyikan wajah mereka kepada tatapan umum.
“Kasih sayang, keamanan dan kemakmuran kepada semua. Dari hati yang benar-benar sarat dengan kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Menyambut Diwali kepada anda semua”, tulis Priyanka menerusi hantarannya itu.
Untuk rekap, Priyanka dan Nick sebelum ini berkongsi berita gembira mereka menyambut bayi sulung melalui kaedah ibu tumpang. Difahamkan, ibu tumpang tersebut melahirkan bayi berkenaan ketika usia kandungan 27 minggu di sebuah hospital di California, Amerika Syarikat.
Nick dan Priyanka berkahwin pada 1 Disember 2018 selepas bertunang pada Mei 2022 dan perkahwinan mereka nyata mengundang bualan berikutan jarak usia 10 tahun antara mereka.