Siapa yang tidak mengenali penyanyi popular bersuara lunak, Adele yang popular dengan lagu Hello, Set Fire To The Rain dan Easy On Me. Baru-baru ini, menerusi laporan BBC, Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins mendedahkan yang dia bernekad mahu menyambung pengajian demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang sastera untuk menjadi seorang guru.

IKLAN

Bakal Bergelar Pendidik, ADELE Berazam Untuk Sambung Belajar Dan Genggam Ijazah

Adele yang berumur 34 tahun ini memaklumkan yang dia cukup meminati kesusasteraan Inggeris dan sudah lama menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran pada tahap pendidikan Ijazah. Meskipun terpaksa melupakan karier nyanyian buat seketika, namun Adele mengakui sudah lama mengimpikan untuk masuk ke universiti seperti orang lain dan mahu merasai sendiri pengalaman bergelar seorang pelajar.

Bakal Bergelar Pendidik, ADELE Berazam Untuk Sambung Belajar Dan Genggam Ijazah

“Saya boleh gunakan ilmu sastera Inggeris ini dalam apa juga bidang apabila tamat kelak”, jelas Adele lagi. “Jika saya tidak lagi menyanyi, saya boleh menjadi seorang guru dan memang berharap dapat melangkahkan kaki ke universiti,” katanya seperti dilaporkan The Sun.

Kata Adele, dia merancang untuk menyambung pengajian selepas tamat kontrak persembahan residen di Las Vegas pada 2025 yang akan bermula November ini. Semoga impian Adele menjadi pendidik tercapai suat hari nanti. All the best Adele! 

IKLAN

Bakal Bergelar Pendidik, ADELE Berazam Untuk Sambung Belajar Dan Genggam Ijazah

IKLAN

Sumber: BBC

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI