Berseri-seri wajah ibu hamil yang juga penyanyi dangdut popular Indonesia, Lesti Kejora! Sarat mengandung anak kedua, selebriti berkenaan mengambil kesempatan sebelum melahirkan anak dengan menjalani sesi fotografi di samping suami tercinta dan anak tersayang, Muhammad Leslar Al-Fatih.
Menerusi perkongsian terbaharu itu, Lesti tampil menawan dalam persalinan rona putih. Sedondon dengan suami, Rizky Billar dan anak lelaki kesayangan sambil dilatari dengan bunga-bungaan rona putih dan merah jambu.
Sekaligus menggambarkan keterujaan mereka yang bakal menerima kehadiran bayi perempuan tidak lama lagi.
Pada Disember lalu, Lesti dan Rizky mengadakan majlis gender reveal serba meriah!
Ungkapnya, “Alhamdulillah MasyaAllah tabarakallah berjalan dengan lancar acara 7 bulanan & gender reveal. Alhamdulillah Ya Allah baby girl.”
Ini bermakna pasangan romantis berkenaan akan mempunyai sepasang cahaya mata.
Lesti sah bergelar isteri Rizky Billar pada 19 Ogos 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
This website uses cookies.