Terhibur dengan gelagat Isaac Raees. Sesiapa pun yang tengok telatah anak selebriti ini pasti tertawan dengan kecomelan buah hati Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza berkenaan.
Lumrah menjadi anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Isaac Raees Buah Hati Zahirah & Aiman
Dilaporkan aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah turut mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa cakap Melayu dengan anak lelaki sulung mereka.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Isaac Raees. Diam tak diam, sudah empat tahun usia permata hati Aiman dan Zahirah ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan selebriti romantis tersebut mengadakan majlis ulang tahun kelahiran ke-4 Isaac Raees bertemakan kereta ‘Super Fast’ baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, keluarga bahagia ini tampil sedondon dalam t-shirt rona biru gelap.
Ads
Happy Birthday Isaac Raees!
Sebagai ibu, Zahirah tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat Isaac. “Happiest 4th birthday my first-born baby. Mummy, Daddy & Inara love you so much!!”
Sementara itu, Aiman juga mengambil kesempatan meluahkan ucapan istimewa buat anak kesayangan.
“Happy 4th birthday Isaac Raees. Daddy is so proud of you. You are such a wonderful son. You are such a sweetheart and loving. Daddy doakan Isaac jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. I love you my son!”
Ads
Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Suri hati Aiman Hakim ini juga menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan pada 31 Disember 2024.Puteri kesayangan Aiman dan Zahirah ini diberi nama Inara Raisa.
Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majalah Nona sekali lagi mencetus fenomena dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh MINAZ dan diserikan oleh Sabihah Gold. Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, acara ini bukan sahaja mengimbau kenangan raya yang sangat menyeronokkan malah koleksi baju-baju Aidilfitri yang menyentuh jiwa.
Bertemakan Arabic dan Malay Classic¸ kehadiran tetamu terdiri peminat fesyen dan pempengaruh terkemuka memberi makna tersendiri kepada acara Glam Lebaran Nona.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad.
Terus meneraju trend dan menjadi rujukan wanita Malaysia, portal Majalah Nona sekali lagi menjalin kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan seperti MINAZ.
Selama 14 tahun di pasaran, MINAZ mengukuhkan kedudukannya dalam industri melalui pelbagai himpunan yang elegan termasuk koleksi raya yang menjadi pilihan wanita dan seisi keluarga.
Dengan gabungan kekuatan tiga entiti yang berpengaruh ini, diharapkan industri fesyen tempatan dapat terus berkembang dan mencipta impak yang signifikan dalam arena fesyen di Malaysia.
Nona terus unggul dalam membantu mempromosi produk fesyen tempatan melalui platform digitalnya yang terkenal dengan liputan yang kreatif, informatif dan inspiratif.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan MINAZ yang menghasilkan koleksi yang memukau ini. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen kami untuk terus mengangkat dan mempromosikan bakat-bakat tempatan serta mendorong pertumbuhan industri fesyen Malaysia.”
Selain peragaan fesyen runway, MINAZ juga turut menampilkan selebriti Nora Danish sebagai muse memperagakan koleksi Lebaran Kita Sempurna. Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Fiza Frizzy serta penyanyi Adira Suhaimi dan Amylea Azizan turut dijemput menghiburkan tetamu.
MINAZ juga dalam rangka kembangkan pasaran ke negara jiran Indonesia. Secara eksklusif pempengaruh Indonesia, Aghnia Punjabi & Nadzira Shafa diterbangkan khas ke acara fashion show ini bagi melihat sendiri koleksi Lebaran Kita Sempurna oleh MINAZ.
Memang ‘demam’ baju raya dibuatnya, jom tonton video penuh Glam Lebaran Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saban kali menatap laporan berita tentang kes haruan makan anak, terasa geramnya bagai mahu meletup kepala. Rasa marah meluap-luap memikirkan bagaimana harga kepercayaan keluarga menjadi semurah ini.
September lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan kes seorang bapa yang didakwa dengan 623 pertuduhan rogol dan liwat terhadap anak kandungnya yang berumur 15 tahun.
Meskipun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kelakuan kejinya, namun jenayah sumbang mahram atau inses jelas lebih terkutuk daripada jenayah rogol.
Terus mengejutkan masyarakat, seorang lelaki berpangkat bapa saudara merogol anak saudara kandungnya yang yatim piatu di Alor Setar manakala dalam satu kes lain di Serian, dua beradik menjadi hamba seks bapa, datuk dan bapa saudara mereka tanpa belas kasihan.
Menyedari bahawa kes seperti ini kian tenat di negara kita, Nona tertarik untuk menghadiri sesi Wacana Sinar Harian berjudul ‘Perogol Dalam Rumah!’ yang diadakan pada 28 November lepas.
Program sekitar dua jam tersebut membawakan empat orang ahli panel iaitu Pakar Motivasi, Prof Datuk Dr. Muhaya Mohamad; Pengarah Kempen Stop #PerogolDalamRumah, Abjda Dato’ Zulkifli; Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim; dan Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang UIA, Dr. Mazlena Mohamad Hussain.
Selain membincangkan perihal akta dan perundangan, Nona tertarik mendengar penerangan Abjda Dato’ Zulkifli tentang maksud sumbang mahram.
“Istilah sumbang mahram adalah label yang terlalu lembut bagi seorang perogol. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menggunakan istilah ‘rogol’ bagi menggambarkan perbuatan keji perogol yang tinggal sebumbung dengan mangsa.
Rogol adalah penyakit yang menular dalam masyarakat hari ini. Untuk membanterasnya daripada awal, kita kena didik anak kita sejak kecil untuk tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, apa yang boleh dipegang dan apa yang tak boleh disentuh oleh ahli keluarga lelaki khasnya.
Terdapat dua jenis perogol dalam dunia ini. Perogol yang lahir dengan masalah mental dan perogol yang melakukan jenayah dalam keadaan mental yang sihat,” katanya lagi.
Proses Hukuman
Bagi Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada cara mereka sendiri dalam menyiasat kes-kes membabitkan pesalah rogol.
“Katakanlah ada lelaki ini dituduh kerana merogol, apa akan jadi seterusnya? Adakah polis akan terus tangkap?
Ada cara sistematik yang dipraktikkan. Polis akan menyiasat yang mana mangsa ini akan dibawa ke hospital terlebih dahulu untuk ujian klinikal. Di situ akan diketahui sama ada terdapat kesan koyakan atau kemasukan dan sebagainya sebelum suspek ini dikesan lalu ditangkap.
Kemudian, suspek akan dihantar untuk jalani ujian forensik dan setelah disabit salah kerana jenayah itu, suspek akan dipenjarakan.
Di sini, pesalah perogol terutama perogol kanak-kanak, saya boleh katakan adalah kasta paling bawah dalam kategori mereka yang dipenjarakan berbanding jenayah-jenayah lain.”
Tingkat Kesedaran
Menurut Dr. Mazlena Mohamad Hussain pula, ramai mangsa rogol tidak tahu ‘cara bertindak’ selepas mereka menjadi mangsa rogol.
“Kadang-kadang masyarakat kita tak diajar untuk mengendali diri sendiri apabila sudah dirogol, sebab kita tak tahu hak kita.
Kadang kala mangsa sangat malu dan dia nak bersihkan diri dia, tetapi tanpa sedar dalam membersihkan diri sebenarnya dia juga mencuci segala bukti yang ada.”
Justeru itu beliau menasihatkan agar mangsa menyimpan segala bukti yang ada bagi memastikan pelaku tidak terlepas. “Sebab dalam mahkamah semua perlukan bukti yang kukuh.
Masyarakat juga perlu diajar mengenai perkara ini, dan keluarga juga perlu mengajar anak-anak mereka tak perlu berkias dalam bercerita mengenai perkara ini,” katanya.
Kesan Psikologi
Pakar motivasi, Prof Datuk Dr. Muhaya Mohamad mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu ghairah berkongsi perkara negatif ini di media sosial, apatah lagi anak-anak kecil turut terdedah dengan perkara negatif tersebut.
“Setiap kanak-kanak dirogol, ada juga yang tidak dirogol tapi sayang sebab kita tidak memandang ‘anak-anak’ ini. Kita lebih fokus kepada mereka yang menjadi mangsa.
Namun, dalam tidak sedar, anak-anak ini turut menjadi mangsa, bukan rogol fizikal tetapi rogol fikiran seperti pendedahan dan pemikiran negatif berkaitan dengan isu ini.
Perkara-perkara ini secara tidak langsung memudaratkan anak-anak tersebut, Oleh sebab itu, kita yang dewasa kena berjaga-jaga,” katanya.
Sementara itu, beliau juga menekankan pentingnya konsep ‘memaafkan’ sekiranya mangsa rogol ingin meneruskan kehidupan mereka.
“Apa yang jadi sudah terjadi, kita tidak boleh ubah masa lampau kita dan jalan yang ada hanya ke depan. Sebab itu, kita perlu memaafkan apa yang terjadi, ‘let it go’. Selagi kita tidak melepaskan,lagi susah kita nak ‘move on’.
Namun ia tidak bermakna kita ‘merelakan’ apa yang terjadi, kita kena percaya pada ALLAH SWT, ‘believe in the system’. Perbaiki diri supaya jadi lebih baik,” katanya.
Kembali Pada Agama
Sumbang mahram dari segi syarak pula memberi maksud perbuatan zina yang dilakukan oleh seorang yang ada pertalian darah atau nasab (keturunan) dengan mangsa atau hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan di mana perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi agama, undang-undang dan adat resam sesuatu budaya tersebut.
Apa yang dimaksudkan dengan mahram atau pertalian darah dan nasab tersebut, disebut di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nisa’: 23)
Di dalam Islam, hukum jenayah sumbang mahram adalah haram dan salah satu daripada dosa besar. Kerana itulah Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitab az-Zawajir berkata: “Zina yang paling keji adalah berzina dengan muhrim (ahli keluarga).” Kejinya itu kerana seseorang yang sepatutnya melindungi ahli keluarganya telah mengambil langkah menganiaya ahli keluarganya sendiri.
Mangsa di dalam hal ini jika dipaksa serta teraniaya tidak dikenakan hukuman. Manakala pelaku yang melakukan secara sukarela wajib dijatuhkan hukuman hudud seperti kesalahan zina di atas perbuatannya itu.
Jumhur ulamak mengatakan bahawa hukuman terhadap jenayah sumbang mahram adalah hukuman ke atas jenayah zina. Hukumannya adalah 100 kali sebatan jika sekiranya pelakunya masih lagi belum pernah merasai persetubuhan dari nikah yang sah. Jika sudah merasai persetubuhan dari nikah yang sah, hukumannya adalah rejam sehingga mati. Norzalina Mohd Alias/Foto Rosli Talib.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepulangan pelumba muda, Hakim Danish Ramli ke tanah air baru-baru ini cukup dinanti-nantikan peminat sukan permotoran. Apatah lagi, selepas kejayaannya merangkul juara di Grand Prix (GP) Republik Czech pada Jun lepas.
Kemenangan anak jati kelahiran Terengganu ini menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk melihat pelumba negara mengungguli kategori Moto3 sejak kali terakhir dilakukan pada 2016.
Mengimbas kembali detik bersejarah itu, Muhammad Hakim Danish Ramli mencipta sensasi menjadi juara di Litar Brno pada 21 Jun lepas yang menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26 saat.
Lebih mengejutkan, pelumba berusia 18 tahun berkenaan berjaya menewaskan pelumba lain meskipun bermula dari petak ke-14 akibat penalti.
Menerusi hantaran di media sosial, Hakim Danish mendedikasikan kemenangan tersebut buat rakyat Malaysia. “My first win at Moto3 Grand Prix. NegaraKu. I love this Brno Circuit. Thank you everyone. Terima kasih Malaysia.”
Sebelum itu, dia turut melakar pencapaian meraih podium sulung menduduki tangga ketiga di Grand Prix (GP) Itali, Litar Mugello pada 31 Mei 2026.
Terbaharu, kepulangan Hakim Danish ke tanah air sempena cuti pertengahan musim disambut meriah peminat sukan permotoran. Lebih istimewa, dia membawa pulang trofi kemenangan di GP Republik Czech.
“Alhamdulillah saya selamat sampai di Malaysia untuk cuti pertengahan musim. Terima kasih kepada semua yang hadir di Airport tadi menyambut saya. Cuti pertengahan musim adalah masa untuk berehat dan luangkan masa bersama family saya. Semestinya saya akan terus perbaiki dan tingkatkan latihan.”
Turut kelihatan menanti kepulangan Hakim ialah kedua-dua ibu bapa tersayang.
Sementara itu, satu majlis bermakna diadakan bagi menyambut kunjungan sang juara ini. “Hari ini saya berpeluang berkunjung ke Aeon Credit untuk berkongsi detik kemenangan ini bersama seluruh warga AEON Credit.
Saya juga berbesar hati membawa pulang trofi kemenangan sebagai tanda penghargaan kepada AEON Credit yang telah menyokong perjalanan karier saya sejak tahun lalu.
Terima kasih AEON Credit atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga kita terus melakar lebih banyak kejayaan bersama.”
Difahamkan bintang muda sukan permotoran dua roda ini menunjukkan minat mendalam dan bakat luar biasa sejak usia 12 tahun. Dia pernah memenangi kejohanan SIC MiniGP Championship. Seterusnya mengejar kerjaya sebagai pelumba profesional.
Atas kejayaan membanggakan di persada dunia dan bergelar juara keseluruhan Asia Talent Cup, Hakim Danish dinobat sebagai Atlet Muda Terbaik Anugerah SAM 100 Plus 2022.
Bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dilapor menjadi individu terawal yang mencungkil bakat Hakim.
Menerusi laporan bersama Utusan ketika menemu bual bapa Hakim iaitu Ramli Ibrahim pada tahun 2022, dia menjelaskan perjalanan anak lelaki tersayang dalam arena sukan permotoran berdepan pelbagai suka duka.
Namun dia dan isteri, Norhayati Abdul Razak tidak pernah lelah menyokong minat anak.
Segalanya bermula apabila Ramli meminjam motosikal pocket bike milik kenalannya demi untuk mengajar Hakim Danish berlumba. Dia dan isteri juga sanggup mengikat perut untuk menampung perbelanjaan menyertai pertandingan di seluruh Malaysia.
Semoga Hakim Danish Ramli terus bersemangat mengharumkan nama negara dalam sukan permotoran dan memberi inspirasi kepada generasi muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!