Hari bersejarah dalam hidup aku semakin hampir. Aku bakal melangkah menjadi seorang lelaki yang lebih matang, bertanggungjawab dan tentu sekali tiba masanya toapprove that I’m a real man! Aku tahu bukan senang untuk melewati hidup baru ini, namun InsyaAllah perkara yang baik itu tentu sahaja akan mendapat bimbingan dan dorongan dari Allah S.W.T. Aku sudah bersedia untuk menggalas semua tanggungjawab ini dalam usia 28 tahun. Dari terus mengusung anak dara orang ke sana ke mari, lebih baik aku membina masjid kukuh bersamanya.
Arisa bakal isteri yang menjadi pilihan hati, setelah setahun bercinta kami memutuskan untuk berkahwin. Dia anak bongsu dari tiga adik-beradik dan aku anak tunggal dari sebuah keluarga kecil. Arisa anak manja ibu dan ayahnya, so apa kurangnya aku juga! Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju dengan ikatan ini tetapi sejak dua tiga bulan sebelum tarikh perkahwinan keadaan menjadi huru-hara, pelbagai perkara timbul yang mencabar keegoan aku sebagai seorang lelaki…
“Mama nak majlis ni jadi wedding of the year, biar semua adik-beradik kita buka mata!” “Hantaran tas tangan dan kasut, at list Channel dan Ferragamo.”
“Wang hantaran kita perlu tukar dan tetapkan sekali lagi sebab mama rasa budget majlis kahwin sudah lebih, harga barang pun semakin meningkat.”
“Mama nak malam berinai, Arisa tukar enam baju.”
“Mama nak nanti dewan dihiasi semua fresh flower, no bunga plastik tau!”
“Mama nak lepas kahwin, tinggal dengan mama. Rumah besar ni sunyi kalau isinya mama dan papa sahaja.”
Ads
“Sayang… boleh tak kita buat wedding kat Hotel five star!”
“Sayang… hari ni kita pergi shopping barang hantaran kat Pavillion ye! Latest hand bag and shoes dah sampai.”
“Sayang… Mama I bukan nak jual anak tapi, boleh tak you discuss dengan family you tambah sikit lagi duit hantaran.”
“Sayang… Malam berinai kita bersanding berdua ye! Boleh ambil-ambil gambar. I tak nak berinai sorang-sorang. You jangan risau mama dah pasang air-cond dekat ruang tamu rumah so you tak la berpeluh nanti tukar enam baju.”
“Sayang… Lepas kahwin kita duduk kat umah Mama boleh! Kesian Mama dan Papa nanti sunyi. Please… kita boleh cut budget tinggal dengan family.”
Gambar Hiasan
Aduh… pening kepala aku dibuatnya! Sebelum ini tidak pula menunjukkan perangai sebegitu sekali. Semakin hampir dengan saat yang di nanti, semakin menjadi sifat ibu mertua dan anaknya. Pening juga kepala bapa mertua, bila aku meminta nasihatnya… Dia sendiri pun tidak boleh campur tangan when it come to women’s talk! Yang menjadi mangsanya Aku…
Wanita ni perangainya macam lalang kut! Kejap berubah-ubah… Aku tahu perkahwinan ini sekali seumur hidup dan menjadi bakal menjadi sejarah dalam hidup kami berdua. Tetapi gelabah wanita menjadi-jadi! Kaum lelaki, macam aku biasanya cool je. Tapi bila demand semakin tinggi, setiap sepuluh minit telefon tanya itu ini, setiap minggu harus pergi berjumpa wedding planner… Suruh aku naik pelamin dua tiga kali tukar baju… cukup je lah bersanding sekali dan terus makan beradab. Fahamilah bahawa aku ni lelaki yang agak pemalu dan bukannya peragawan untuk diulang tayang… Oh! Aku tak tahan lagi dengan semua ini.
Ads
Kesianlah lelaki ini, aku masih banyak tanggungjawab lain perlu difikirkan tentang masalah kerja, kewangan, perancangan lepas kahwin dan sebagainya. Bukan aku tidak bersedia untuk semua ini bila aku sendiri yang putuskan untuk berkahwin tetapi aku rasa biarlah perkahwinan itu sederhana tetapi menjadi kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan. Aku tidak sanggup menjadi seperti sahabat aku yang lain berhutang sana-sini untuk berkahwin demi memenuhi impian perkahwinan orang lain untuk majlis sendiri.
Gambar Hiasan
Yang paling aku bengang! Lepas kahwin tinggal bersama keluarga mertua. Dari awal aku sudah berbincang dengan Arisa tentang perkara ini… Walaupun aku anak tunggal tetapi aku ingin kehidupan sendiri selepas berkahwin. Ingin rasanya duduk sendiri, berdua bersama isteri tercinta. Hari minggu bergilir-gilir pulang ke rumah orang tua dia dan ibu bapa ku… tetapi lain pula jadinya. Ikutkan ibu bapa ku juga… dia orang lagi nak aku dan isteri tinggal bersama mereka.
Ads
Tolonglah wahai kaum wanita… kasihanilah lelaki yang tidak mungkin mampu berlari dengan pemikiran dan nafsu anda bila tiba soal perancangan perkahwinan. Boleh jadi pitam dibuatnya! Aku rela berfikir dan menyelesaikan projek-projek seni bina di pejabat dari menyusutkan fikiran tentang perkara-perkara begini. Aku tidak anggap merancang majlis perkahwinan ianya remeh tetapi aku percaya jika dilaksanakan dengan sederhana, satu persatu, bertolak ansur dan mengikut perancangan yang ditetapkan semua kekalutan ini pasti tidak timbul.
Aku perlukan suasana lebih tenang dari diburu rasa tekanan. Inilah lelaki… kadang-kadang bila sudah sampai tahap kesabaran dan kebosanan, aku rela keluar dari situasi ini, berdiam diri dan mencari penyelesaian sebenar. Lantas aku mengambil keputusan membawa diri bukan bermaksud lari dari masalah tetapi memberi masa untuk semua pihak bertenang dan berfikir seketika.
Aku off handphone membawa diri di satu tempat yang tiada siapa ketahui. Merajuk aku mungkin akan mengecewakan banyak pihak tetapi biarlah menjadi pengajaran buat mereka untuk berfikir kembali. Maruah anak teruna masih boleh dibendung tetapi malu anak dara bukan sahaja menggigit jari boleh kecoh sekampung. InsyaAllah, bukan tujuan aku untuk memalukan sesiapa… Cuma berilah aku masa untuk berfikir kembali. Perkara yang elok tidak sama sekali aku akan kecewakan…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kredit foto: Vanity Fair
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Kredit foto: OntheJLo.com
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph LaurenKredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sahabat mengeluh, teman lelakinya asyik cemburu buta. Pantang sekejap hilang khabar berita, habis satu Malaya dicarinya. Rimas. Pun selepas sahabat ini puas meratap menangisi takdir malangnya, tiba-tiba dia mengumumkan berita perpisahan. Kami semua tumpang gembira kala mendengar episod lukanya berakhir, kenang-kenang kembali bekas teman lelakinya yang kuat cemburu itu pun suami orang.
Dia tenang sekejap. Lama dia menyepikan diri dari kami. Rupanya dalam diam sahabat ini masih menyembunyikan derita yang ditanggungnya. “Jantan tu masih ganggu aku, habis telefon bimbit dan pejabatku dikacaunya. SMS berbaur ugutan dan ancaman jangan kiralah, sampai susah nak bekerja!” Dia merintih lagi, bekas teman lelakinya kini menyalahkan hubungan cinta tiga tahun mereka sebagai alasan rumahtangganya berantakan. Lebih parah, lelaki itu tanpa segan silu datang ke rumah dan bercerita kisah mereka kepada orang tuanya. Malu! Terbaru, wang RM 10,000.00 dituntutnya, konon pampasan pada kerugian selama mereka bersama.
Geleng kepala kami mendengarnya. Pada lelaki, musim bercinta semuanya indah. Duit ditabur pada wanita yang disayangi, semua ingin dibeli, ingin dihadiahi kepadanya. Tidak salah sesekali berbelanja, tapi wajarkah ia dituntut bila kasih tak menjadi? Jangan ingat begitu mudah hati wanita ditakluki. Sudahnya sahabat kami ini jadi tidak menentu. Fikirannya kerap menerawang jauh. Wajahnya berubah suram pucat tanpa seri.
KENALI PENDERAAN DOMESTIK
Kisah benar ini tergolong dalam klasifikasi penderaan domestik, atau kekejaman pasangan intim yang dilakukan oleh pasangan terdekat, suami, isteri, bekas kekasih, teman lelaki atau teman wanita anda. Ia juga pernah terjadi dikalangan heteroseksual dan pasangan sejenis dengan melibatkan penderaan berbentuk fizikal, seksual atau psikologi termasuk kata-kata ancaman untuk memukul, mencederakan atau mengikut jejak pasangan tanpa pengetahuan.
Apabila ada di antara pasangan merasa takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan dengan layanan yang diterimanya, segeralah bertindak. Anda mungkin dalam bahaya!
AWAS! HUBUNGANMU BERMASALAH JIKA…
Pasangan anda,
Ada memalukan atau mentertawakan anda di depan teman dan keluarga?
Melunturkan semangat dan memperkecilkan impian dan pencapaian anda
Membuatkan anda sukar membuat keputusan yang betul
Menggunakan ugutan untuk menarik perhatian
Sering memberitahu bahawa diri anda tidak bermakna tanpanya
Melayan anda dengan kasar – menarik, menolak, mencubit, menampar atau menumbuk
Telefon berkali-kali untuk memastikan anda berada di tempat yang dinyatakan
Menggunakan alasan di bawah pengaruh dadah dan alkohol untuk menyakiti anda
Menyalahkan anda atas sebarang kegagalan dan tindakan buruknya
Memaksa perlakuan seks tanpa kerelaan
Sering membuatkan anda terasa tiada jalan keluar untuk perhubungan dengannya
Menghalang anda melakukan sesuatu yang anda mahu lakukan, seperti meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan
Selalu meninggalkanmu pada bila-bila masa dan dimana-mana dengan niat untuk ‘memberi pengajaran’ apabila bergaduh
Anda,
Selalu merasa takut dengan kelakuan pasangan anda
Berterusan memberi alasan untuk menyelamatkan ‘perangai buruknya’ di depan teman-teman
Percaya bahawa pasangan anda akan berubah jika anda mengubah perangai anda
Selalu mengelakkan konflik agar tidak mencetuskan pertengkaran dengannya
Selalu merasa pasangan anda tidak pernah gembira dengan tindakan anda
Sentiasa melakukan perkara yang disukai oleh pasangan tanpa mempedulikan kebahagiaan sendiri
Memendam perasaan dan takut untuk bersuara serta memutuskan hubungan kerana bimbang pasangan anda mengamuk
ANDA TIDAK BERSEORANGAN
Jika pasangan anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas, bertindaklah sekarang sebelum terlewat.
Bercerita kepada seseorang tentang kelakuan pasangan anda. Kongsi perasaan trauma agar anda mendapat sokongan emosi
Rancang keselamatan anda
Anda tidak bersendirian
Bukan anda yang perlu dipersalahkan
Jika boleh, bercakaplah dengan keluarga dan teman rapat untuk mendapatkan perlindungan daripada mereka.
Simpan kunci pendua semua akses ke dalam rumah dan pastikan anda tahu semua jalan keluar agar senang melarikan diri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah gambaran yang boleh dikatakan pada Siti Jamumall yang seakan-akan mendapat rezeki terpijak. “Sangat terkejut dan tangan terketar-ketar.” Demikian perasaan pempengaruh media sosial atau influencer yang juga usahawan, Siti Jamumall yang mendapat hadiah sebuah kereta mewah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta sempena sambutan hari jadi yang ke-23, semalam.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya. Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya semalam. Ini akan menjadi kenangan dan sesuatu yang sangat berharga dalam diri,” katanya.
Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia masih tidak menjangka dan seperti bermimpi menerima hadiah mewah itu daripada Mommy Hana.
Menurut Siti Jamumall, hadiah itu juga bersempena pencapaian diraih apabila berjaya mencatat jualan produk Mommy Hana lebih RM1 juta yang dibuat secara langsung di TikTok, baru-baru ini.
“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana. Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.
“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya. Mommyhana yang lebih dikenali dengan produk interaktif My first book yang sudah terjual lebih satu juta unit dan juga makanan tambahan nombor satu kanak kanak ExcelHana.
Terbaharu, Mommyhana mengeluarkan produk pendidik berteknologi iaitu set kelengkapan sekolah yang boleh bercakap dan berbunyi dengan kualiti premium tetapi harga yang mampu milik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.