Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki Marian Rivera Semakin Cantik & Berseri

Pasangan sama cantik sama padan ini tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata lelaki sekali gus melengkapkan kehidupan mereka. Pelakon cantik dari Filipina ini sebelum ini mempunyai puteri sulung, Maria Letizia Dantes yang kini berusia 3 tahun.

Marian Rivera yang kini berusia 35 tahun mempunyai darah kacukan Sepanyol-Filipina ini telah menerima kejutan daripada keluarga mentuanya dengan sebuah baby shower.

Nampaknya seluruh ahli keluarga suaminya, Dingdong Dantes begitu teruja menerima kehadiran bayi lelaki dalam keluarga mereka.

Marian yang pernah berlakon dalam drama MariMar ini mengucapkan rasa syukur kepada mentua serta ipar duainya kerana mengadakan majlis serta memberi kejutan kepadanya dan dikongsinya di laman Instagram.

So much love from my in-laws. Thank you for being as excited as we are in welcoming our baby boy. Grateful for your love,”. kongsinya.

Cantik sungguh wajah Marian ini walau sudah sarat mengandung, tak puas mata memandang. Pasti baby boy yang bakal lahir nanti seindah wajah ibunya dan sekacak wajah ayahnya.

Wanita yang sering melemparkan senyuman manis ini turut mengendalikan perniagaan membekalkan bunga-bunga segar yang dikenali senagai Flora Vida by Marian. Bukan itu sahaja malah pelakon cantik ini sering turun padang mengembirakan kanak-kanak sumbing menerusi Smile Train Philippines Foundation.

IKLAN
Share