
Dilahirkan dalam keluarga jutawan dan tersohor, satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.

Menariknya, walaupun usia baru mencecah 15 tahun namun Qadejah El Zahra punya pakej lengkap sebagai generasi yang bijak dan matang.
View this post on Instagram
Minat Bisnes Sejak Kecil
Tuah Qadejah membesar dalam keluarga bisnes tersohor di Malaysia telah mendedahkan dirinya kepada dunia bisnes.
Akhirnya minat Qadejah terhadap bisnes mulai bercambah sehingga mendapat kepercayaan penuh daripada kedua ibu bapanya.
View this post on Instagram
Qadejah dan adik beradiknya kini sering dilihat mengendalikan TikTok Live mempromosikan produk-produk bisnes keluarganya. Pelbagai gelagat yang mencuit hati dapat dilihat sehingga mencetuskan rasa kagum.
Dengan usia yang masih muda, mereka bijak mengendalikan ‘tugasan’ yang diberikan sepanjang live berlangsung sehinggalah produk terjual. Hebat!
View this post on Instagram
Selain bisnes, Qadejah juga sering muncul di platform media sosial berkongsi tentang rutin kehidupannya sebagai seorang remaja.
Qadejah sangat petah berbicara serta fasih berbahasa Inggeris. Memang terpegun setiap kali melihat video-video Qadejah terutama ketika mempromosikan bisnes keluarganya.
Semakin Cantik Persis Ibu
View this post on Instagram
Meniti usia remaja membawa perubahan kepada Qadejah khususnya dari segi penampilan.
Anak kedua dalam keluarga ini memiliki raut wajah yang cantik dan manis persis ibunya, Datin Seri Nur Shahida. Ke mana tumpahnya kuah, kan?
Kian Dikenali Ramai
Sejak tular, wajah Qadejah kini kerap muncul di platform media sosial. Antaranya menjadi model untuk koleksi As Bag milik bapanya.
Selain itu, Qadejah juga pernah menjadi penampilan khas bersama keluarganya bagi koleksi raya Leeyanarahman 2025.
Qadejah pernah terlibat dalam sesi penggambaran Minaz Hijab x Astro di Turkiye sebagai hos bersama Cik B, Ara Aziz dan Alyssa Dezek bagi program Gerak Geri Geng-Z.
Semoga Qadejah melangkah dengan kejayaan, membesar sebagai anak yang solehah seterusnya tercapai segala impian.