Eriyca Baiduri usahanita kosmetik yang lebih mesra dikenali sebagai Madammu merupakan seorang jutawan produk kecantikan dan penjagaan kulit muka yang tidak asing lagi dalam kalangan netizen. Memiliki raut wajah yang jelita dan personaliti mempersona membuatkan ramai yang terpikat untuk mengenali figura ini dengan lebih lagi.

Diari MADAMMU Inspirasi Kejayaan Wanita Masa Kini Bakal Ditayangkan Pada 3 Jun Ini!

Pemilik di sebalik Noir Health & Beauty, anak kelahiran Terengganu ini telah memulakan perniagaannya sejak tahun 2017. Siapa sangka Madammu yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pembaca berita ini telah berjaya melahirkan seramai 20 ribu ejen di bawah naungan Noir Health & Beauty. Noir tidak hanya terhad kepada produk kecantikan dan penjagaan wajah, malahan ianya juga meliputi produk yang berbentuk kesihatan. Antara produk Noir yang popular adalah Super Whitening Skin Peptides, Noir Skincare Crystal Set, Noir Pure White Mixed Berries dan macam-macam lagi.

Di atas kejayaan Madammu di dalam bidang perniagaan ini, beliau telah menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya seperti beliau. Warganet yang mengikuti perjalanan Madammu di media sosial, pasti mengetahui serba sedikit tentang hidupnya.

Diari MADAMMU Inspirasi Kejayaan Wanita Masa Kini Bakal Ditayangkan Pada 3 Jun Ini!

Oleh yang demikian, Portal Majalah Nona di bawah naungan Nu Ideaktiv akan menerbitkan sebuah rancangan siri televisyen berdurasi 30 minit yang bertajuk “Diari Madammu”. – “Diari Madammu” merupakan sebuah rancangan TV enam (6) episod yang akan bermula pada 3 Jun 2023, setiap Sabtu, jam 10:00 malam di saluran ASTRO RIA.

Astro sebagai penyiar rasmi rancangan ini bekerjasama dengan portal majalah Nona ingin memartabatkan wanita yang berjaya dan memberi inspirasi  dengan menerbitkan rancangan Diari Madammu. Dengan harapan ianya akan memberi impak yang besar dalam memperkasakan semangat wanita-wanita di luar sana untuk keluar dari zon selesa dan melangkah dengan lebih berani bagi mencapai impian mereka.

Diari MADAMMU Inspirasi Kejayaan Wanita Masa Kini Bakal Ditayangkan Pada 3 Jun Ini!

Rancangan ini akan menampilkan perjalanan hidup dan sisipan inspirasi Eriyca Baiduri (Madammu) dalam menjalanani kehidupan sehariannya sebagai seorang isteri, ibu, dan sebagai seorang usahanita yang berjaya. Diari Madammu ini juga turut memperlihatkan bagaimana Madammu memainkan peranannya di pejabat, di rumah, pertemuan dengan klien, dunia glamor, gaya hidup mewah, perkahwinan, bagaimana Madammu menangkis stigma netizen, menelusuri perkongsian kisah ibunya yang merupakan seorang bekas pesakit kanser, kesusahan zaman kecilnya sehinggalah membawa kepada kejayaannya bersama NOIR dan cintanya yang tidak pernah hilang pada Besut, Terengganu.

Menariknya penonton akan dapat melihat sendiri Madammu berkongsi perjalanan proses IVF bersama suaminya (TP Azri). Penantian selama 8 tahun yang penuh dengan emosi dan air mata ini juga bakal dikongsikan bersama penonton.

Diari MADAMMU Inspirasi Kejayaan Wanita Masa Kini Bakal Ditayangkan Pada 3 Jun Ini!

Program siri TV realiti ini juga akan memperlihatkan sisi Madammu sebagai seorang wanita yang kuat, berkarisma dan mempunyai kualiti dalam kepimpinan. Walaupun sibuk dan bergelut dengan semua ini, Madammu masih mengekalkan aura dan gaya hidupnya yang glamor dan classy.

Di sepanjang perjalanan program Diari Madammu ini juga akan memperlihatkan sisi lain beliau. Transisi 360 darjah yang berlaku dalam kehidupannya menerusi gambaran utama iaitu bagaimana penonton akan menyaksikan transisi perubahan dari segi emosi dan fizikal Madammu sepanjang proses kehamilan berisiko tinggi yang dilaluinya sepanjang program ini. Dari permulaan proses awal IVF sehingga ke labour room bagi menyambut kelahiran baby A yang penuh keterujaan yang tak terduga.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI