Di sebalik peningkatan kes jangkitan COVID-19, pasti ramai yang tertanya-tanya, boleh ke balik beraya di kampung tahun ini? Hari-hari sugul, tapi usahlah terbawa perasaan hingga hilang mood perayaan.

IKLAN

Nona tertarik melihat himpunan terbaharu LILIT dengan kerjasama pertama mereka bersama pereka fesyen terkenal, Nurita Harith.

Laksana berjalan di pesisiran pantai, menghirup bayu, memijak pepasir dan melihat matahari terbenam, Nurita mengabadikan ketenangannya di Cape Town dalam koleksi yang dinamakan ‘Slightly Sentimental’ ini.

Balik Kampung Atau Tidak, Baju Pra-Raya Rekaan Nurita Harith Ni Mesti Kena Beli!
Nurita Harith

 

“Setiap kali berfikir tentang momen paling menggembirakan, saya pasti teringat kenangan di sana. Memori itu menjadi inspirasi saya untuk diterjemahkan ke dalam koleksi khas buat semua wanita ini.

Saya mahu semua yang memakai koleksi ini merasa perasaan yang sama. Tenang. Gembira. Rasa sayang pada diri sendiri.

Pilihan rona-rona lembut dan sentimental bukan saja sesuai dikenakan pada hari perayaan, malah pada setiap hari-hari indah yang memberikan kegembiraan.” Nurita Harith

Balik Kampung Atau Tidak, Baju Pra-Raya Rekaan Nurita Harith Ni Mesti Kena Beli!

 

IKLAN

Balik Kampung Atau Tidak, Baju Pra-Raya Rekaan Nurita Harith Ni Mesti Kena Beli!

 

Balik Kampung Atau Tidak, Baju Pra-Raya Rekaan Nurita Harith Ni Mesti Kena Beli!

IKLAN

 

Balik Kampung Atau Tidak, Baju Pra-Raya Rekaan Nurita Harith Ni Mesti Kena Beli!

 

Koleksi pra-raya ini menawarkan seleksi tops, dress, seluar, skirt, hijab dan beg tangan yang menggambarkan nikmat bebas serta kebahagiaan.

Menariknya, peminat fesyen Muslimah atau wanita yang menggemari helaian sopan sesuai mendapatkan koleksi feminin ini. Jika tak dipakai untuk Hari Raya, ia boleh juga dipakai ke acara bersesuaian!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI