Keluarga Bahagia Datin Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina

Seronoknya melihat kemeriahan keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina di Instagram milik Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Mana tidaknya, pelbagai keletah dapat dilihat apatah lagi melihat penerimaan Bella, Tasha dan pasangan kembar Adam dan Noah melayan adik kembar mereka, Eusoff dan Emelia.

IKLAN
Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Foto: ig @drsheikhmuszaphar

Posting terbaharu Datuk Dr Sheikh Muszapahar berkongsi foto keluarga lengkap dengan pasangan kembar memperlihatkan betapa pasangan ini amat mementingkan nilai kekeluargaan.
“Have always wanted a big family.But somehow I started late,” ujar Dr Sheikh di posting Instagram miliknya.
“Berkahwin pada usia 38 tahun, agak terlewat dari jangkaan awal saya dimana saya meletakkan sasaran untuk berkahwin sebenarnya pada usia 32 tahun,” ujarnya lagi.
Walaupun meletakkan sasaran berkahwin pada usia 32 tahun, namun faktor tugasan dan kerjaya sebagai doktor dan angkasawan membuatkan Dr Sheikh memutuskan untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya sebelum membina keluarga sendiri.

Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Foto: ig @drsheikhmuszaphar

“Saya sememangnya gemar kanak-kanak. Jeritan dan tangisan mereka memeriahkan kehidupan. Sesuatu yang saya tak dapat bayangkan jika tidak mendengar tawa dan tangisan anak-anak. Kini, kehidupan saya dan Dr Halina semakin lengkap dengan kehadiran enam cahayamata yang memeriahkan hidup kami.Walaupun nampak chaotic, tapi ia menyerikan kehidupan kami,Alhamdulillah,” ujar Datuk Dr Sheikh Muszaphar lagi.

Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Foto: ig @drsheikhmuszaphar

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, menerima kelahiran anak kembar buat kali kedua awal November lalu. Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkata, pasangan kembar lelaki dan perempuan itu dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway. Bayi kembar berkenaan masing-masing dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 9.47 pagi dan 9.48 pagi.

Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Foto: ig @drsheikhmuszaphar

Apa yang menarik, sebelum ini Sheikh Adam dan Sheikh Noah dilahirkan pada sambutan hari jadinya Datuk Dr Sheikh Muszaphar. Dr Sheikh Muszaphar nyata teruja kerana hasrat untuk mampunyai ramai anak dipermudahkan.
“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.
“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

IKLAN
Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Pasangan kembar Noah dan adam memangku Eusof dan Emelia

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun. Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.
Beliau turut berkongsi ingin keenam-enam cahayamatanya bergelar doktor suatu hari nanti, sama seperti gelaran yang disandang oleh ibu bapa mereka.
“Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia ,” ujar Datuk Dr Sheikh yang turut berkongsi bagaimana arwah bapa tersayang memberi galakan dan dorongan untuk dirinya bergelar doktor apabila dewasa kelak.Saya percaya kerjaya sebagai seorang doktor merupakan kerjaya yang terbaik kerana ia memerlukan rasa empati yang memerlukan rasa tanggungjawab, prihatin dari dalam diri.”

IKLAN

Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!“Saya menyimpan cita-cita bergelar doktor ketika berusia enam tahun. Arwah ayah, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor memperkenalkan saya terhadap stethoscopes , microscopes dan buku berkaitan biologi sejak kecil lagi. Secara tidak langsung, ia menyemai minat saya untuk bergelar doktor suatu hari nanti,” ujarnya yang turut melafazkan kata-kata ‘Saya Ingin Menjadi Seorang Doktor’ sebanyak 10 kali setiap hari ketika membesar.
Mengimbas lagi memori masa kecilnya, Dr Sheikh melakukan ‘pembedahan’ pertamanya terhadap seekor katak ketika berusia 8 tahun.

Bangga Punya 6 Anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar  Kongsi Foto Famili.Seronoknya Punya Ramai Anak!
Dr Sheikh menyimpan cita-cita untuk anak-anaknya bergelar doktor suatu hari nanti Foto: @newborn.heartshotfocus

“Sejak itu, saya tidak pernah mempunyai cita-cita lain selain ingin bergelar doktor. Saya bersyukur arwah ayah memberi dorongan untuk saya melestarikan cita-cita itu. Saya dapat lihat bagaimana arwah memberi dorongan dalam bentuk visual sepanjang proses membesarkan anak-anak.
What the Mind believes , the Body can Achieve ‘ – is what Dad tells me every single day . And its only natural that I do the same to my children . AlFatihah to my late Abah,” ujarnya menutup perbualan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI