Banyak Masa Duduk Di Rumah, Jangan Makan Ikut Sedap Mulut. Amalkan 8 Tip Diet Ini

Ambil kesempatan sepanjang duduk di rumah dengan mendisiplinkan diri untuk kekal sihat dan mengekalkan berat badan ideal. Hakikatnya, ramai yang ingin berdiet tetapi jarang sekali konsisten dan bersungguh dalam melaksanakannya. Jadi, manfaatkan waktu sekarang ini untuk berusaha berdiet sekaligus membantu mengelakkan risiko penyakit berbahaya.

Nona kongsikan 8 tip diet mudah. Jika diamalkan secara konsisten, percayalah anda akan berjaya miliki berat badan ideal bentuk badan idaman.

MINUM AIR MASAK 8 GELAS SEHARI

Sebaiknya banyakkan minum air masak setiap hari dan membantu mengekalkan hidrasi tubuh badan kita. Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kita dicadangkan untuk mengambil sebanyak 8 gelas air sehari.

ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Jangan jadikan alasan terlalu lama duduk di rumah membuatkan anda mudah ‘tergoda’ dengan makanan. Ingat, jika anda meletakkan mindset

iaitu makan mengikut waktu yang teratur dan tidak skip nescaya anda akan menjadi seorang yang konsisten dan berdisiplin. Bagi memastikan diet anda berjaya, wajib mengelakkan untuk mengambil makanan terlalu banyak terutama sebelum tidur. Ini kerana, perut yang masih dalam keadaan kekenyangan akan merangsang tubuh mengalami kegemukan. Minimumkan pengambilan makanan bergoreng, berminyak dan manis. Untuk elakkan pengambilan makanan berlebihan, anda mesti berhenti makan sebelum berasa kenyang. Makan dengan kadar yang sedikit itu lebih baik.

PROTEIN YANG MENCUKUPI
Pastikan anda mengekalkan pengambilan sumber protein bagi membekalkan tenaga yang cukup untuk sepanjang hari. Antara sumber protein terbaik ialah putih telur, daging bakar, ikan stim, ikan asam pedas atau ayam kukus. Ini adalah antara menu terbaik bagi mereka yang sedang berdiet. Jika anda mengambil nasi, mee atau bihun ketika berdiet tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, anda perlu bersederhana dalam pengambilannya dan hanya mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Segenggam sahaja sudah memadai bagi menampung keperluan harian anda.Jika anda mulakan hari dengan menu berprotein tinggi, dapat membantu melambatkan proses pembakaran kalori berbanding makanan berkarbohidrat tinggi. Contoh makanan berprotein tinggi ialah oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

LEBIHKAN SAYUR-SAYURAN & BUAH-BUAHAN SEGAR
Dalam menu sihat disarankan untuk mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Sediakan dalam menu sihat anda setiap hari. Jika teringin nak minum minuman manis boleh cuba buat sendiri jus buah-buahan atau smoothie tanpa gula. Makanan kekacang yang diambil haruslah bebas daripada kandungan garam. Agar menu lebih menarik, boleh jadikan buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai salad. Pasti menyelerakan dan berkhasiat untuk anda amalkan sekaligus membekalkan sumber nutrisi yang lengkap.

ELAK MINUMAN & MAKANAN MANIS
Sebaiknya juahkan diri daripada segala minuman manis atau berkafien tinggi. Tidak salah jika mahu mengambilnya tetapi harus mengawal dalam kuantiti yang sedikit atau sederhana sahaja. Jika anda membuat sendiri, kurangkan penggunaan gula. Tetapi kurang manis itu lebih baik dan selamat untuk tubuh badan anda.Amalkan pengambilan air kosong sebagai minuman ‘wajib’ setiap hari. Ketahuilah, air kosong mengandungi sifar kalori dan membantu merembeskan sisa toksik dalam badan dengan baik.

SENAMAN RINGAN
Anda diingatkan supaya tidak membataskan diri sepanjang duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti kecergasan contonya bersenam. Jangan jadikan alasan terlalu sibuk dan penat bekerja (WFH) atau membuang masa hanya dengan tidur dan bermalasan sepanjang hari tanpa melakukan sebarang aktiviti. Ia bukanlah satu saranan supaya anda melakukan senaman yang berat setiap hari. Tetapi, anda harus pastikan aktiviti harian masih berjalan dengan melaksanakan kerja rumah dan apa jua aktiviti yang menjadikan tubuh anda sentiasa aktif.

LEBIHKAN SERAT
Selain makanan tinggi protein, lebihkan juga makanan berserat tinggi dalam menu diet anda kerana ia menjadi sumber tenaga yang mencukupi untuk tubuh. Proses metabolisme badan bertambah baik. Jadi, bagi anda yang ingin menurunkan berat badan atau mengalami masalah obesiti amatlah disarankan untuk amal diet Atkins mengikut kesesuaian badan anda.

VITAMIN SECUKUPNYA
Bagi mendapatkan bekalan vitamin yang mencukupi untuk badan, pastikan anda mengambil buah-buahan segar dalam pemakanan. Vitamin C, E dan D amatlah penting untuk meningkatkan daya ketahanan badan.

IKLAN
Share